"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, June 17, 2012

PRU13: Calon BN mungkin bukan dari pemimpin UMNO

Pemimpin UMNO kena rasional. Jangan terlalu ghairah nak jadi calon. Jika ada yang lebih layak, bersedialah untuk menerima orang lain dengan hati terbuka. Janganlah ada pihak yang mahu sabotaj. Cuba merendah-rendahkan kebolehan orang lain. Masing-masing ada kekuatan dan kelebihan tersendiri. Mungkin calon yang terpilih itu ada sedikit kelebihan dan keistimewaannya maka dia terpilih.
Kalau diperhati-hatikan PRU13 yang akan datang ini merupakan suatu pilihanraya yang sangat unik dan genting. Yang boleh menentukan mati dan hidupnya UMNO dan orang Melayu. Jika calon UMNO/BN tumbang dalam PRU13 yang akan datang kita dapat merasakan suatu pemerintahan yang lebih zalim akan berlaku. Orang Melayu akan terus berpecah dan hancur. Masjid dan surau dengan sewenang-wenangnya akan menjadi tempat berpolitik. Lihatlah hari ini, masjid-masjid yang menjadi 'milik sepenuhnya' kepunyaan PAS/PKR sudah pun ada kuliah-kuliah agama berunsurkan politik kepartian.
Oleh itu pemimpin UMNO jangan pentingkan diri sendiri. Tidak semestinya setiap Ketua Bahagian menjadi hak mutlak akan dipilih sebagai calon pilihanraya. Begitu juga Yang Berhormat-Yang Berhormat tidak semestinya akan menjadi wakil rakyat seumur hidup. Ada masa naik dan ada masa dan ketikanya kita kena turun. Yang penting calon BN mesti menang dalam pilihanraya yang akan datang.
Cuba kita lihat perkembangan politik semasa. Ada banyak NGOs dan individu yang sudah lama bekerja kuat menentang pembangkang. Di atas pentas mereka berceramah di sana sini seolah-olah mereka pemimpin UMNO menentang Pakatan Rakyat. Pemimpin UMNO pun tidak sehebat mereka. Malahan sambutan ceramah mereka cukup hebat. Kadang-kadang kehadiran penonton dalam siri ceramah mereka ini melebihi kehadiran majlis yang dihadiri oleh PM dan TPM sendiri. 
Oleh itu pemimpin tertinggi UMNO kena mengambil kira kehebatan tokoh-tokoh dan NGOs yang dimaksudkan. Antara NGOs dan tokoh-tokoh yang perlu diberi ruang dan peluang yang sudah pasti dapat membantu BN dalam PRU akan datang ialah YB Zulkifli Nordin (MP Kulim Bandar Baru), YB Ibrahim Ali (Presiden PERKASA), Ezam Noor, Roslan Kassim, Zahid Md. Arip (Murshidul Am TIBAI) dan lain-lain lagi.
UMNO jangan memandang ringan kumpulan ini walaupun suatu ketika dahulu mereka menentang kuat BN/UMNO. Senario politik sudah berubah, cabaran cukup hebat, kepentingan Melayu dan Islam menjadi keutamaan maka tidak dapat tidak UMNO dan pemimpinnya juga kena terima perubahan itu. Pemimpin UMNO semua peringkat kena terima hakikat bahawa calon BN tidak semestinya datang dari pemimpin UMNO sendiri. Terimalah! asalkan calon itu boleh membantu UMNO dan memastikan kerajaan BN terus memerintah Putrajaya dan merampas kembali negeri-negeri yang diperintah pembangkang.  

3 comments:

  1. saya setuju sangat.

    ReplyDelete
  2. Saya amat setuju...keperihatinan Rakyat amat tinggi dan sensitive..perlu akur pada Reality Politik semasa... Pendukong dan Pemimpin UMNO perlu ada mind set dan daya keupayaan untuk menerima kaedaan sebegini....Inilah dinamakan dinamik...dalam menyelamatkan Negara dari tangan anasir Perosak.
    Namun begitu...pemilihan mereka non UMNO perlulah pada yg tepat dan yg dihurmati olih orang UMNO tempatan dan Rakyat Am nya... Pastikan bukan pelakon Politik atau kroni yg oportunis...yg sememang nya rakyat jelik..atau akan dijelik kan pulak...
    Meletakkan kepercayaan penuh dan sokongan padu lagi jitu untuk DS Najib ..dalam pemilihan calon amat penting dalam menentu kejayaan PRU 13.....

    Awas...Anwar dan rakan pemfitnah..akan menyerang dan memainkan isu adu domba dikalang Umno dalam hal sebegini.. mcm PRU 12 dulu..

    Hperancis

    ReplyDelete
  3. Tidak dinafikan merika semua ini hebat ketika berceramah .tetapi jangan lupa merika ini semua kaki lompat untuk mendapat perhatian dan sokongan .Andainya merika ini dicalunkan untuk BN dan setelah menang nanti merika melompat semula sebelah sana apa nak cerita masa itu?Apa kata andainya anwar ,haji Hadi serta mat sabu menyokong BN serta berceramah menghentam PR adakah BN atau umno mahu mencalunkan merika sebagai calun UMNO untuk PRU13 nanti?Politik dan stratigi untuk tubuh kerajaan didalampolitik adalah diharuskan .Biarlah merika kekal sebagai calun bebas dan merika bebas untukmenyokong sesiapa selepas menang nanti.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.