"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, March 27, 2013

Isu Terowong Pulau Pinang: Cerita pelik tapi benar!

Suatu masa dahulu, sebelum Jambatan Pulau Pinang yang pertama dibina, puak-puak pembangkang terutama DAP menentang keras pembinaan jambatan berkenaan. Tun Mahathir, PM semasa itu menghadapi bantahan dan cabaran dengan tenang. Akhirnya Jambatan Pulau Pinang dapat dibina dengan kos asalnya RM800 juta. Peliknya, tiada sebuah pun jambatan yang menghubungi bahagian pulau dengan tanah besar pada masa itu. Feri merupakan pengangkutan utama pada masa itu. Kenderaan beratur panjang, berjam-jam menunggu jika musim perayaan dan musim cuti sekolah. Walaupun begitu, pembangkang tetap membantah pembinaan jambatan dengan alasan pembaziran wang rakyat. Inilah yang dikatakan pelik tapi benar. Yang benar kerana pembangkang pada masa itu diterajui oleh DAP yang membantah pembinaan jambatan itu. Jambatan pertama itu pun tak cukup besar, ditambahkan lagi 4 lorong. Masih tak cukup satu jambatan ditambahkan lagi jambatan kedua yang masih dalam pembinaan.

Yang peliknya, kenapa Guan Eng selaku KM Pulau Pinang begitu nampak tergesa-gesa nak bina terowong dasar laut? Peliknya jambatan kedua belum siap digunakan, terowong pula nak dibina. Apakah terowong itu merupakan suatu yang amat perlu untuk mengatasi kesesakan yang berlaku setiap hari di atas jambatan Pulau Pinang? Tidak sabarkah Guan Eng untuk menunggu sehingga Jambatan Kedua Pulau Pinang digunakan sebulan dua, kemudian buat kajian aliran trafik kedua-dua jambatan tersebut.

Yang benarnya, konsotium telah dilantik. Harganya bukan murah. Harga satu terowong melebihi harga kedua-dua jambatan Pulau Pinang. Bantahan banyak pihak tidak dilayan. Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan pelbagai NGOs telah membantah dan mengadakan demontrasi. Guan Eng tetap bertegas akan meneruskan projek berkenaan.
Ramai lagi yang tinggal di rumah seperti ini
Peliknya, kenapa Guan Eng begitu cepat nak bina terowong? Apakah Jambatan Kedua Pulau Pinang belum cukup mengatasi kesesakan dan pergerakan kenderaan dari Pulau ke tanah besar atau sebaliknya? Jika jambatan kedua digunakan, kemungkinan besar tiada lagi kesesakan di atas kedua-dua jambatan itu, bolehlah kita dakwa kerajaan negeri dipimpin oleh Guan Eng telah membazirkan wang rakyat sebanyak RM6.5 bilion.
Yang peliknya lagi, Guan Eng tidak sensitif dengan permasalah rakyat mengenai rumah kos rendah. Apakah kerajaan negeri telah membina puluhan ribu unit rumah kos rendah? Dalam isu ini, yang mana merupakan suatu keperluan kepada rakyat Pulau Pinang? Rumah kos rendahkah atau terowong dasar laut? Inilah isu yang sangat pelik, Guan Eng kena jawab kepada rakyat Pulau Pinang.  Rakyat perlu tempat tinggal. Rakyat tidak perlu terowong dasar laut kerana sudah ada feri dan dua jambatan Pulau Pinang.
Mengapa PAS Pulau Pinang sunyi sepi. Dulu PAS turut membantah pembinaan jambatan Pulau Pinang kononya membazir wang rakyat. Apakah terowong dasar laut yang begitu mahal harganya tidak membazir wang rakyat? Harga keseluruhan projek RM6.5 bilion. Oleh kerana kerajaan PR ditubuhkan atas dasar kepentingan rakyat, cuba alihkan sebahagian kos projek itu kira-kira RM3 bilion untuk bina rumah-rumah kos rendah keperluan rakyat. Kerajaan PR dapat bina sebanyak 85,714 buah rumah kos rendah yang berharga RM35,000 sebuah. Oleh itu selesailah masalah rakyat hari ini yang terbelenggu dengan masalah rumah kos rendah.
Rumah Kos Rendah dibina oleh Kerajaan BN
 Sebenarnya, terowong dasar laut itu bukan suatu yang 'perlu'. Sebaliknya kehendak Guan Eng sendiri. Masalah utama rakyat tidak diselesaikan seperti kesesakan jalan raya di bandaraya Georgetown, masalah banjir, rumah kos rendah dan banyak lagi, tiba-tiba wujud terowong bawah tanah! Pelik kerana projek itu bukan suatu yang sangat perlu pada masa ini mungkin 10 tahun lagi. Apakah ada tujuan yang tersirat yang tersembunyi, cuma Guan Eng dan konco-konconya kepimpinan PAS dan PKR yang tahu! Rakyat Pulau Pinang sudah sedar. Kerajaan yang benar-benar menjaga kebajikan rakyat bukan kerajaan PR sebaliknya kerajaan BN yang dipimpin oleh DS Najib Abdul Razak. Rakyat Pulau Pinang tidak mudah diperbodohkan. Semua sudah sedar. Sebahagian pemimpin PAS yang tiada kepentingan mulai sedar. Kita mengalu-alukan mereka bersama UMNO, MCA, Gerakan dan PPP dalam PRU13 untuk memastikan rakyat Pulau Pinang yang berbilang kaum hidup lebih sejahtera dan harmoni di bawah kerajaan BN dengan gagasan 1 Malaysia, " Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

3 comments:

  1. apa tujuan nak buat terowong tu???
    nak sakau duit la....apa lagi....

    ReplyDelete
  2. Sila baca ulasan dalam blog saya berdasarkan fakta-fakta ilmiah seperti berikut :
    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/03/pembinaan-terowong-pulau-pinang-dari.html

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Sebagai melengkapkan infor dalam blog saudara, saya sertakan tulisan saya,"Pembinaan terowong Pulau Pinang dari sudut teknikal".

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/03/pembinaan-terowong-pulau-pinang-dari.html

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.