Surat tanpa tarikh daripada Anwar Ibrahim telah sampai kepada golongan muda di seluruh negara. Surat itu mungkin ditujukan kepada golongan muda Islam. Anwar Ibrahim mengakui negara sentosa dan merdeka berkat perjuangan bapa-bapa dan ibu-ibu pendiri negara ini. Pengakuan yang jujur oleh Ketua Pemimpin Pembangkang kepada anak-anak muda.
DSAI juga mengingatkan anak-anak muda tentang pengorbanan para wira negara. Maklumlah pemimpin pembangkang juga yang menjatuhkan maruah pasukan keselamatan di Lahad Datu dengan menganggapkan pencerobohan itu sebagai sandiwara kerajaan. Ketua Pemimpin Pembangkang juga menyanyikan lagu 'Sabah akan hilang' dan Sabah dah hilang' sebelum dan selepas peristiwa pencerobohan itu.
Sebenarnya kandungan surat itu gagal mempengaruhi jiwa anak muda. Sekadar menyebut rakyat dibelenggu prejudis dan masalah desakan keperluan hidup sementara golongan berkuasa mengaut khazanah negara. Pihak manakah sebenarnya menjadikan rakyat terbelenggu prejudis. Bukankah DSAI sendiri terlibat dengan isu liwat I dan II, video seks, pengakuan baru bapa Saiful, penolakan Anwar untuk sumpah laknat, menyokong LGBT, menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja dan banyak lagi telah benar-benar mengelirukan rakyat dan seterusnya menyebabkan rakyat sudah faham siapa yang sebenarnya punca rakyat terbelenggu prejudis.
Begitu juga Anwar Ibrahim menyebut golongan berkuasa mengaut khazanah negara. Dia nak beritahu kepada orang-orang muda bahawa pemimpin kerajaan BN ini pencuri harta rakyat dan pengamal rasuah. Bolehkah Anwar Ibrahim ketengahkan dengan fakta atau setidak-tidaknya laporkan kepada SPRM? Rakyat Malaysia umumnya sudah pun mengetahui bahawa Anwar Ibrahim sendiri yang menjadi bapa kepada rasuah di negara ini semasa dia berada dalam kerajaan BN suatu masa dahulu. Sejak jadi Ketua Pembangkang, Anwar bijak bersandiwara. Anwar merupakan pelakon paling hebat mengatasi kehandalan pelakon Bollywood. Anwar boleh menyanyi, boleh berkhutbah, boleh jadi imam, boleh menari, boleh...boleh...boleh...semua boleh!
Akhirnya Anwar mengajak anak-anak muda memberi peluang dan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tidak akan menkhianati amanah dan mandat yang diberikan oleh rakyat. Boleh percayakah kita? Siapa mereka yang akan jadi pemimpin kita jika PR memerintah? Bolehkah seorang pemimpin yang begitu banyak isu moral diangkat sebagai PM? Bolehkah kita menerima Kit Siang penasihat DAP sebuah parti anti Islam sebagai Timbalan Perdana Menteri? Bolehkah Haji Hadi Awang, Presiden PAS memastikan Islam dimertabatkan bersama PKR dan DAP? Sedangkan Buku Jingga, Haji Hadi bersetuju bahawa tiada negara Islam dan hukum hudud dilaksanakan jika PR memerintah.
Jika begitulah keadaannya, kita merayu golongan muda hari ini celik dan lihat dengan fikiran yang matang dan rasional. Jangan terpengaruh dengan pujuk rayu dan hamburan fitnah pembangkang. PR sudah tidak ada modal atau isu untuk diketengahkan. Kerajaan PR di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor tidak sunyi dengan pelbagai masalah rakyat. Hampir setiap minggu atau mungkin setiap hari ada saja laporan polis dibuat terhadap kerajaan negeri PR dan pemimpin PR sendiri. Rakyat Malaysia hari ini sudah bosan dengan politik kotor yang dimainkan oleh pembangkang. Rakyat Malaysia terutama golongan muda sudah tidak sabar lagi untuk mengembalikan kerajaan PR kepada kerajaan BN. Kerajaan BN memang terbukti berjasa kepada rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang.
Jika begitulah keadaannya, kita merayu golongan muda hari ini celik dan lihat dengan fikiran yang matang dan rasional. Jangan terpengaruh dengan pujuk rayu dan hamburan fitnah pembangkang. PR sudah tidak ada modal atau isu untuk diketengahkan. Kerajaan PR di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor tidak sunyi dengan pelbagai masalah rakyat. Hampir setiap minggu atau mungkin setiap hari ada saja laporan polis dibuat terhadap kerajaan negeri PR dan pemimpin PR sendiri. Rakyat Malaysia hari ini sudah bosan dengan politik kotor yang dimainkan oleh pembangkang. Rakyat Malaysia terutama golongan muda sudah tidak sabar lagi untuk mengembalikan kerajaan PR kepada kerajaan BN. Kerajaan BN memang terbukti berjasa kepada rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang.
Golongan muda yang menerima surat cinta dari Anwar Ibrahim tolong baca dan faham betul-betul. Jangan rosakkan negara dan masa depan anda sendiri dengan hanya sekeping surat daripada Anwar Ibrahim.
AKU ORANG MUDA.
ReplyDeleteAKU TAK RELA PELIWAT DAN PENZINA MEMERINTAH NEGARA ISLAM MALAYSIA TERCINTA.
KITA JAGA KERUKUNAN ISLAM.
TOLAK ALJUBS.
KITA BERAGAMA ISLAM.
KITA SAYANG ISLAM.TAKRELA AGAMA ISLAM DICEMARI.
SOKONG UMNO UNTUK KESEJATERAAN UGANA, RAKYAT DAN NEGARA.
ISLAM IS OUR WAY OF LIFE.........NO LIWAT AND NO TO ZINA.
Rasa geram dan benci membaca surat tu. Jangan harap lah. Dah ditong sampahkan pun.
ReplyDeleteJangan kita cepat melatah ataupun kita memperlekehkan PR, Sesungguhnya apa yang perlu adalah muhasabah diri,parti serta pemimpin yang meminpin. Pokoknya yang penting adalah pemimpin yang mahu meminpin bukannya PARTI. Kalau kita lihat aspek isu sekarang ini maka kita boleh melebelkan ianya sebagai agenda POLITIk. Tidak kiralah ianya dari Pemerintah sekarang ataupun PEMBANGKANG. Semuanya isu2 tersebut adalah buatan manusia yang mana kita tidak tahu arah yang benarnya. Semuanya itu ada pra dan kontranya kerana ianya adalah bersifat politik yang hanya mahukan kuasa sahaja.Wahai anak2 muda , belia malaysia serta rakyat Malaysia sedarlah kamu, sesungguhnya politik itu cuma mahukan KUASA. Terjadinya kuasa yang bermaharaja lela itu adalah dari pemimpin itu sendiri. Maka yang memilih adalah rakyat. Justeru itu rakyat harus faham sesungguhnya yang penting adalah pemimpin yang kita pilih bukannya Parti. Maka apabila dianya apa yang kita pilih , apakah parti ataupun PEMIMPIN ? Maka jawapannya adalah pemimpin bukannya Parti. Sekira nya di Pilih Parti maka itu adalah satu kesilapan kerana yang meminpin ataupun yang menerajui Parti adalah PEMIMPIN. Justeru mengapa harus dipilh PARTI, Justeru yang penting adalah pemimpin itu. Sekarang kita buat pengiraan berapa peratus undi golongan muda berbanding org lama. Maka jwpnya adalah org muda,belia2,mahasiswa, serta ahli para cendikawan. Maka justeru itu tidak mustahil pandangan serta cara menjadi titik perubahan era POLITIK Malaysia. Terjadinya kerana apa? Semuanya kerana kesalahan pemimpin. Dari itu Pilihlahlah pemimpin yang benar bukannya bertereskan Parti. Tidak kiralah ianya dari Pemerintah ataupun Dari Pembangkang. Kita melihat bukan dari sudut luaran umpama seperti melihat ketayap putih yang melilit dikepala tapi hitam didalamnya. Serupa jua melihat wang yang dilonggokkan melimpah ruah hakikatnya hutang bertimbun. Atas kesedaran ini maka anak anak muda akan memilih pemimpin. Wahai parti2 politik maka berhati2lah kamu meletakkan pemimpin kamu kerana inilah yang akan mencorakkan negara itu. Maka dengan itu wahai Rakyat malaysia sedarlah serta bangkit lah memilih pemimpin.
ReplyDelete