"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, April 27, 2013

CALON N38 ADA KELEBIHAN DAN KEKUATAN DALAM PRU13

Calon N38 bersama mantan YB Syed dan penduduk


Calon N38 Bayan Lepas merupakan anak tempatan Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau merupakan bekas Penyelia Masjid dan Surau, Pejabat Agama Islam Balik Pulau. Memegang jawatan beberapa pertubuhan sosial dan sukarela. 
Beliau merupakan Pengerusi JKKKP Bukit Gemuroh, Ketua UMNO Cawangan Bukit Gemuroh dan AJK UMNO Bahagian Balik Pulau. Di samping itu beliau juga memegang beberapa jawatan dalam NGO tempatan. Beliau pernah menjadi Timbalan Pengerusi Kelab Sukan Komuniti Bayan Lepas, Pengerusi Komuniti Bestari (Komuniti 1Malaysia) Bukit Gemuroh dan Penasihat kepada beberapa pertubuhan tempatan.
Calon N38 bersama pemimpin-pemimpin tempatan

Selaku Pengerusi JKKKP Bukit Gemuroh sejak 10 tahun yang lalu, beliau begitu banyak berjasa kepada masyarakat terutama dalam kawasan pentadbiran JKKK Bukit Gemuroh. Sentiasa membantu masyarakat yang memerlukan bantuan melalui pelbagai peruntukan kerajaan Persekutuan. Beliau mudah didekati oleh pelbagai lapisan rakyat. Tugas beliau sebagai Pengerusi JKKKP beliau sentiasa mendampingi rakyat pelbagai kaum di kawasan Kg. Nelayan, Bagan, Pasir Belanda dan Kg. Suluk. Tidak mengira waktu siang atau malam, beliau mudah ditemui. Paling mustahak baginya, masalah penduduk cuba dibantu dengan seberapa cepat yang boleh. Beliau cukup prihatin tentang masalah orang ramai. Mangsa-mangsa banjir akan dipastikan mendapat makanan yang secukupnya. Erti kata lain beliau tidak mahu mendengar mangsa-mangsa banjir keluh kesah dengan bantuan yang lewat. 

Sebenarnya beliau merupakan pemimpin masyarakat yang sudah teruji tahap kesabaran dan kegigihannya menghadapi karenah orang ramai. Tanpa mengira waktu dan masa, beliau lantas sampai di tempat tragedi seperti kejadian tsunami, banjir, kebakaran atau bencana alam. Memang sudah terbukti dan masyarakat di kawasan Teluk Kumbar boleh mengesahkan penglibatan beliau dengan kegiatan masyarakat. Kita sangat yakin sikap beliau yang ramah tamah, rendah diri dan mesra rakyat akan melayakkan beliau dipilih sebagai wakil rakyat N38 pada 5 Mei 2013 nanti. 

Berdasarkan pengalaman beliau, kita sangat yakin bahawa beliau mampu menjadi wakil rakyat yang baik, mesra rakyat, prihatin tentang masalah rakyat selari dengan gagasan 1Malaysia; rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Jangan lupa pengundi-pengundi kawasan DUN Bayan Lepas meliputi Gertak Sanggul, Binjai dan Sungai Ara akan turun pada 5 Mei 2013 untuk memilih Haji Nordin Ahmad sebagai calon pilihan rakyat N38 dari Barisan Nasional

Dalam kerancakan calon dan jentera pilihanraya BN berkempen, sudah ada FB milik pro pembangkang melempar fitnah terhadap beliau. Oleh itu beliau menyerahkan perkara ini (fitnah) kepada peguam untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab mereka cipta fitnah tersebut. Inilah cara, beginilah modus operandi pembangkang jika nak menang! Fitnah jadi mainan pembangkang. Apa yang nak dihairankan sedangkan agama Islam boleh diperalatkan untuk tujuan meraih undi oleh pembangkang khususnya puak-puak PAS. Umat Islam wajib tolak calon PAS di N38. Ulama pondok, ustaz pondok dan ulama muda telah bergabung dalam satu konvensyen di Gurun Kedah beberapa minggu yang lalu telah mengeluarkan kenyataan bahawasanya umat Islam yang mengundi PAS, DAP atau PKR hukumnya haram. Kena faham haram! haram! haram! mengundi calon Pakatan Rakyat. 

  

Kenapa pengundi wajib memilih calon BN dan hukumnya haram memilih calon PR...jumpa lagi esok dalam ruangan diskusi ini, InsyaAllah!


Tuesday, April 23, 2013

Tok Lebai berjanggut mengamuk di Teluk Kumbar, Pulau Pinang

Sokongan rakyat kepada calon-calon BN nampak begitu ketara dalam PRU13. Di sana sini bendera BN, poster calon, gambar Tok Najib terpapar megah. Bilik gerakan BN ada di merata tempat. Lebih banyak dan berkali ganda banyaknya jika nak dibandingkan dengan bilangan markas PAS mahupun PKR. Benar, rakyat Balik Pulau mulai sedar dan mereka mahu perubahan. Perubahan yang semacama mana? Mereka mahu kerajaan PR ditumbangkan segera. Mereka sudah serik hidup di bawah kerajaan PR yang durjana. Mereka kehilangan rumah kediaman, tanah mereka dirampas, kedai mereka diroboh dan banyak lagi! Begitulah sikap zalim kerajaan PR, sikap tidak berprikemanusiaan pemimpin kerajaan PR dan begitulah sikap ganas penyokong-penyokong fanatik mereka yang berada di kampung-kampung.

Di kawasan Bukit Gemuroh ada cerita benar yang berlaku. Seorang pak lebai, dah tua berjanggut kurus kering membuang bendera-bendera BN di tepi jalan. Kerja tak senonohnya itu telah diperhatikan oleh pemuda-pemuda BN di kawasan itu. Semasa dia membuang bendera-bendera BN dia berkata "BN bangsat". Amboi sedapnya mulut dia. Lalu pemuda kampung yang majoritinya penyokong BN keluar untuk mencari 'sibangsat' itu. Nasibnya bagus, dia sudah pergi menghilang diri.

Selepas itu dia mencari Ketua Pemuda di kawasan itu memohon maaf kerana tindakan itu. Sebenarnya 'Sibangsat' itu yang bangsat sebab dia bukan penduduk asal di kampung itu. Elok dia dipanggil 'sibangsat' sebab dia suka berpindah surau. Baguslah rajin ke surau tapi 'sibangsat' ini tidak menghormati orang tempatan di situ. Ke mana surau yang dia sampai, dia nak jadi imam seolah-olah orang tempatan di situ tak layak menjadi imam. Oleh kerana sikapnya begitu, ramai juga kawan-kawan kita dari penyokong-penyokong dan ahli-ahli PAS sendiri tak berkenan kepada 'sibangsat' ini. 
Kita penduduk di Teluk Kumbar sangat berharap penyokong-penyokong PAS yang lain tidaklah fanatik seperti 'sibangsat' ini. Ingatlah kita dah tua, berjubah pula, malulah sikit kepada diri sendiri dan orang-orang muda di kampung ini. Kita bimbang jika ada orang yang fanatik seperti 'sibangsat' inimacam-macam boleh berlaku. Di Kelantan jurukamera RTM meninggal dunia selepas ditumbuk oleh penyokong-penyokong PAS. [Baca selanjutnya di sini]. Manakala di Puchong, Bilik Gerakan BN dibakar [Baca selanjutnya di sini]. Perbuatan begini mungkin akan berlaku di kawasan Balik Pulau jika penyokong-penyokong PAS atau PKR begitu fanatik kepada parti masing-masing. 

Ingatlah kita orang Melayu beragama Islam. Lawan dan kawan dalam politik mungkin dari kawan-kawan kita dan mungkin calon-calon itu mempunyai pertalian dengan suku sakat kita. Sebaik-baiknya bersatulah kita di bawah BN/UMNO supaya orang Melayu/Islam lebih kuat pada masa akan datang. Hampir kebanyakan NGOs Islam termasuk ulama-ulama dan ustaz-ustaz pondok mengisytiharkan bahawa menyokong PR adalah haram. Oleh itu marilah kita semua orang Melayu/Islam tinggalkan PAS yang semakin bercelaru. Jika kita sokong PAS bermakna kita menyokong DAP. Menyokong DAP bermakna kita menyokong dasar DAP iaitu menyokong LGBT, menentang negara Islam dan menyokong kalimah suci Allah digunakan oleh Bible berbahsa Melayu. Nauzubillahi min zalik!  

Pakatan Rakyat ketandusan isu di kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang

Salam hormat pengundi-pengundi sekelian;
Pakatan Rakyat ketandusan modal di Parlimen Balik Pulau. Calon Parlimen PKR, Bakhtiar masih membangkitkan isu kapal selam yang tak boleh selam katanya. Isu yang sudah basi cuba nak kitar semula oleh Bakhtiar. Beliau berceramah di Teluk Kumbar baru-baru ini di hadapan kira-kira 30 orang penyokong. Dia ingat orang-orang Teluk Kumbar bodoh! Dia ingat orang Teluk Kumbar masih duduk di bawah tempurung. Kapal selam sudah pun boleh selam beberapa kali. Guan Eng KetuaMenteri Pulau Pinang telah diberi peluang merasai berada dalam kapal selam. Lepas itu Guan Eng tidak mengkritik lagi. Bakhtiar pun tahu, kereta mewahnya pun kadang-kadang ada masalah semasa baru beli. Oleh itu janganlah dok temberang kepada penduduk-penduduk kawasan Teluk Kumbar dan juga seluruh DUN Bayan Lepas, Pulau Betong dan Teluk Bahang.

Kami orang-orang Melayu Pulau Pinang mahu tahu kenapa selama Pulau Pinang diperintah oleh DAP dan disokong oleh PAS dan PKR belum membina satu unit pun rumah kos rendah?Nak runtuh dan halau penduduk-penduduk miskin lagi ada sepertimana yang berlaku di Kampung Buah Pala dan Kampung Pokok Asam Jelutong. Kampung-kampung tradisonal Melayu dan India telah pun lenyap kerana kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang lebih pentingkan pembangunan rumah-rumah mahal daripada menjaga kebajikan rakyat. Kita mahu bertanya kepada pemimpin lama dalam PAS terutama, cikgu Asnah selaku calon PAS di DUN Bayan Lepas dan Dato' Halim calon PKR di Teluk Bahang, berapa buah rumah kos rendah untuk keluarga miskin yang telah dibina oleh kerajaan PR Pulau Pinang? Mengapa pula, begitu banyak projek-projek rumah mahal telah diluluskan oleh Exco Kerajaan Negeri yang naik bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan? Harga ratusan ribu ringgit seunit! Apakah Pak Mad Kampung Masjid Teluk Kumbar boleh beli? Pak Mad, Pak Hussin dan semua orang Melayu hanya dapat melihat rumah-rumah mewah tersergam indah yang menyelinap dalam kampung-kampung dalam kawasan DUN Bayan Lepas, Pulau Betong dan juga Teluk Bahang. Selaku pemimpin Melayu yang berada dalam kerajaan PR di Pulau Pinang tidak perlu takut untuk membantah atau mendesak pimpinan kerajaan negeri memberhentikan projek-projek yang boleh menghalau orang-orang Melayu secara senyap.

Jika kita nak bandingkan dengan kerajaan BN dahulu, memang jauh berbeda ibaratkan bumi dengan lagit dari segi pembangunan rumah untuk rakyat di kawasan Parlimen Balik Pulau. Ini bicara benar dan fitnah pun bukan. Ketiga-tiga calon PR memang sedar dan tahu pun tentang kelemahan kerajaan PR mereka. Ingatlah rumah merupakan keperluan asas kepada setiap penduduk selain makanan dan pakaian. Yang kita hairan kenapa Tuan Speaker DUN Pulau Pinang dan Penyelaras DUN Bayan Lepas boleh diam tentang isu rumah kos rendah. Semua orang tahu wakil-wakil rakyat PAS dan PKR sebenarnya tidak mampu berbuat apa-apa. Hebat lagu mana sekalipun wakil rakyat itu, mereka tak sanggup berdepan dengan Tuan Lim Guan Eng yang autokratik dan degil.

InsyaAllah! Rakyat akan menolak ketiga-tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat. Sebaliknya rakyat akan memilih calon-calon BN kerana kerajaan BN lebih diyakini menjaga kebajikan rakyat melalui gagasan 1 Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Pilihan yang bijak; Dato' Seri Dr. Hilmi Hj. Yahaya, calon parlimen, Tn Hj. Nordin Ahmad calon DUN Bayan Lepas, Mohd Farid Mohd Saad calon Pulau Betong dan Datuk Shah Headan calon Teluk Bahang. Ketiga-tiga wakil rakyat tersebut telah menawarkan diri untuk berkhidmat kepada rakyat di Balik Pulau seiring dengan kepimpinan kerajaan BN "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". 

Sebenarnya banyak isu kerajaan PR yang boleh diketengahkan untuk diperdebatkan oleh rakyat umum. Biar dahulu, kita memanaskan badan dengan isu kapal selam dan isu rumah kos rendah untu hari ini. Wallahu alam.

Wednesday, April 17, 2013

Betulkah calon BN di kawasan DUN dan Parlimen Balik Pulau akan kalah?



Dalam politik seribu kemungkinan boleh terjadi. Hari ini menjadi musuh, tegur pun tidak ikhlas, jika bersalam pun hujung jari tiba-tiba esok boleh jadi kawan paling baik. Sebaliknya hari ini jadi kawan baik boleh melawak, makan dan tidur sekali, esok jadi musuh. Cerita begini pernah berlaku dan sedang pun berlaku di kalangan orang kita. Siapa pun tidak boleh menduga, menelah atau meramal, tiba-tiba muncul orang kita sebagai seorang calon. Kata orang inilah rezeki tapi rezeki tidak datang bergolek. Ibarat kata pepatah, “Untung sabut timbul, untung batu tenggelam”. 
Selepas nama-nama calon diumumkan, terdengarlah cakap-cakap yang pelbagai. Ada yang sejuk kita mendengarnya dan ada pula yang panas telinga dibuatnya. Sudah pasti ada pihak yang berpuas hati dan ada pula sebaliknya marah, geram dan memaki hamun. Itulah reaksi spontan kawan-kawan yang tidak dapat menahan emosinya. Sembang-sembang politik di warung-warung kopi, pasar dan gerai-gerai tepi jalan mulai membuat pelbagai kritikan dan ramalan. Ada yang kata calon kita yang ini dan yang itu boleh menang tapi perlu bekerja lebih kuat dan ada pula yang kata memang boleh menang dan ada pula yang kata boleh kalah jika tak kena cara. 
Dalam situasi politik menghadapi PRU13 ini, semua penyokong dan pemimpin UMNO dan BN terpaksa bersatu hati dan tenaga. Nafsu amarah hendaklah cuba dipadamkan secepat yang mungkin. DS Najib beri tempoh hanya 24 jam sahaja untuk merajuk atau membawa diri. Selepas itu kembalilah kepada parti untuk bekerja bersama-sama memenangkan calon BN yang dipilih. Jangan ada sampai hendak menutup bilik gerakan dan jangan sesekali cuba memboikot atau mensabotaj calon dan parti. Yang rugi adalah parti, yang rugi adalah kita orang-orang Melayu dan yang rugi adalah anak cucu kita. 
Memang kita faham ada nama-nama calon yang muncul di saat-saat akhir. Ada pula nama calon untuk kerusi DUN dan Parlimen belum dapat diumumkan hingga saat akhir. Begitulah yang sering berlaku dalam proses lobi melobi untuk menjadi calon. Nama calon bertukar di saat-saat akhir. Ini menjadi lumrah bagi setiap pilihanraya. Hakikatnya calon yang telah dipilih dan diumumkan dalam apa jua cara sekalipun perlu dibantu dan diberi sokongan atas semangat parti dan setiakawan. Paling penting calon BN mesti menang. Maruah BN akan terbela jika calon BN menang.
Yang tidak terpilih baik pada tuan tubuh atau penyokong-penyokongnya hendaklah perlu bertenang dan bersabar. Seandainya berlaku ketidakadilan dan penganiayaan sekalipun kita harus terima keputusan pucuk pimpinan itu sebagai ketentuan dari Allah SWT. Mungkin akan ada tempat yang sewajarnya untuk pemimpin yang berjasa. Biarlah kita berundur sebagai pemimpin yang terbilang. Jasamu dikenang oleh rakyat. Ketiadaan pemimpin yang berjasa bagai suatu kehilangan yang besar kepada rakyat. Rakyat melihat dan rakyat menilai budi baik pemimpin selama ini. Walau bagaimanapun, jasamu masih diperlukan oleh parti terutama di saat PRU13 kian hampir. Agak penat dan mungkin juga tenat jika mantan YB yang banyak jasanya, dihormati kawan dan lawan terus menyendiri. Calon parlimen dan DUN amat memerlukan sokongan mantan YB. Pastikan semua calon BN menang dan kerajaan BN dapat dibentuk selepas PRU13 ini di Pulau Mutiara. InsyaAllah!

Sunday, April 14, 2013

Ceramah PR begitu hambar di Teluk Kumbar semalam!

Semalam aku pergi dengar ceramah PR memperkenalkan calon DUN Bayan Lepas dan calon parlimen Balik Pulau. Tidak sampai 100 orang. Siap dengan skrin besar. Mungkin pihak pembangkang dah sedar kehadiran tidak akan ramai. Sebab tu, ceramah PR tidak lagi menggunakan Dataran Teluk Kumbar yang lebih luas dan tersedia pentas berbumbung yang selesa. Pembangkang dah sedar bahawa ceramah-ceramah di Dataran Teluk Kumbar tidak seramai sepertimana dahulu. Jelas ceramah semalam di bahu jalan, adalah suatu muslihat pembangkang supaya rakyat tidak sedar dan tahu bahawa ceramah pembangkang sudah tidak mendapat sambutan.

Cikgu Lim penceramah pertama semalam, bercakap ala kampung cuba nak ambil hati orang Islam yang hadir dengan cuba menggunakan ayat-ayat keramat yang sering digunakan oleh orang Islam. Ada yang hairan dan terkejut dan ada pula yang terlalu gembira bila Cikgu Lim seolah-olah ia sedang berdoa kepada Tuhan agar usaha mereka akan mendapat hidayah daripada Tuhan dan bersyukur kepada Tuhan. Jika kalimah Allah tidak mendapat tentangan hebat daripada umat Islam seluruh Malayia rasanya Cikgu Lim tidak keberatan akan menggunakan kalimah Allah.

Begitulah caranya cikgu Lim mengambil hati orang Islam. Cikgu Lim cuba menafikan bahawa jik Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, agama Islam sebagi agama rasmi negara tidak akan diubah kepada kristian. Katanya, belum cukup korum untuk mengubh perlembagaan. Secara tidak langsung cikgu Lim menafikan pendedahan sdr Razali, bekas pemimpin DAP. Sebenarnya sdr Razali tidak bohong malahan fitnah jauh sekali. Sdr Razali mendedahkan harapan pemimpin DAP dalam suatu perjumpaan di sebuah hotel Pulau Pinang cuba menjadikan Malaysia sebuah negara republikdan agama kristian adalah agama rasmi. Ini harapan pimpinan DAP secara tersirat dalam perjumpan dengan kepimpinan kristian yang mereka hadir. Itulah sebabnya umat Islam tidak terkejut apabila Lim Guan Eng mendesak kerajaan persekutuan membenarkan kalimah Allah dibenarkan diguankan dalam bible bahasa Melayu. Walaupun beratus-ratus demontrasi bantahan umat Islam tetapi Guan Eng tetap tegas tidak menarik balik dan tidak meminta maaf kepada umat Islam. Apa umat Islam terytama penyokong PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam dapat lakukan?

Tiba giliran Mohd Bakhtiar, calon parlimen dari PKR memperkenalkan dirinya. Dia membangkitkan isu kapal selam tak boleh selam dan rasuah oleh pemimpin UMNO. Isu lama yang telah dijawab dan diperjelaskan oleh kerajaan Malaysia melalui media perdana. Ketua Wanita UMNO, Shahrizat pula didakwa menerima rasuah sebanyak RM250 juta. Pembangkang cuba mengaitkan dengan Sharizat sedangkan urusan pinjaman itu dilakukan oleh syarikat milik suaminya. Kes itu sedang dibicarakan dimahkamah. Kata Bakhtiar kerajaan tak buat apa. Mohd Bakhtiar nak beritahu kepada hadirin bahawa kerajaan Malaysia membenarkan rasuah berlaku. Begitulah hebatnya putar belit pembangkang yang sebenarnya sudah tak ada isu lagi.

Apa yang berlaku sekarang di sebaliknya. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merupakan bapa rasuah Malaysia. Ayahanda Ibrahim menjadi jutawan dan hartawan semasa Anwar jadi Menteri Kewangan. Shamsidar, isteri Azmin kata Ummi Hafilda merupakan 'isteri perkongsian' Anwar diberikan saham ratus jutaan ringgit kerana kemurahan hati Shamsidar melayani Anwar. Azmin tahu dan keluarga Ummi Hafilda tahu perlakuan sumbang itu. Azmin Ali pernah memarahi Ummi Hafilda kerana mengganggu urusan isterinya. Ummi Hafilda mencabar Anwar supaya menyaman dirinya supaya dia boleh bongkarkan segalanya termasuk perbuatan sumbang Anwar dengan kakak ipar di sebuah apartmen mewah di Kotaraya Kuala Lumpur. Azmin kaya dan Dato' Bala (bekas rakan karib Anwar) juga kaya. Semasa Anwar mencabar Allahyarham Ghafar Baba sebagai Timbalan Presiden UMNO suatu masa dahulu, Anwar telah menggunakan wang yang begitu banyak untuk mendapatkan jumlah pencalonan yang sangat tinggi.

Kini bapa rasuah diangkat oleh pembangkang sebagai pemimpin mereka. Satu demi satu, rakan karib Anwar angkat kaki meninggalkan perjuangan Anwar yang songsang. Terakhir Dato' Prof. Sidek Baba turut mengikut jejak rakan-rakan yang lain. Beliau sudah menjalankan siasatan sendiri dan berpuashati bahawa keputusan meninggalkan Anwar adalah sangat tepat dan wajar.

Ceramah pembangkang semalam di bahu jalan amat muram. Yang datang orang Teluk Kumbar tidaklah begitu ramai. Kira-kira 20 orang mungkin orang tempatan Teluk Kumbar. Yang selebihnya kira-kira 80 orang adalah orang luar yang datang dengan kenderaan masing-masing. Kehadiran Ustaz fadzil Noor, selaku penceramah jemputan semalam tidak mampu menarik orang ramai untuk hadir. Orang ramai dah bosan dengan ceramah politik ustaz-uztaz sebab kebanyakannya lebih temberang daripada fakta. Kemungkinan besar isu video Stopa Ali telah menghantui dan mengjahanamkan kepercayaan orang Islam terhadap PAS. Pimpinan PAS cuba mengatakan video itu adalah palsu dan fitnah. Dato' Hassan Ali minta PAS jalankan siasatan. Sebaliknya pimpinan PAS Pusat kata itu tidak penting. Lebih penting kempen politik ke Putrayajaya. Patutlah boleh kata setiap hari di sana sini, berpusu-pusu umat Islam meninggalkan PR. Manakala ulama-ulama dan guru-guru pondok telah mengisytiharkan untuk menyokong perjuangan BN/UMNO dan haram kepada umat Islam kata mereka menyokong calon DAP, PAS dan PKR. Tunggu apa lagi?

Wednesday, April 10, 2013

Susahnya nak pilih calon BN di Balik Pulau!

Parlimen telah pun dibubarkan pada 3 April 2013. Kemudian baru tadi, SPR telah mengumumkan 20 April 2013 adalah hari penamaan calon dan 5 Mei 2013 (Ahad) adalah hari pilihanraya umum kali ke 13.
Cuma yang belum diumumkan ialah calon-calon dari BN. PKR, PAS dan DAP sudah mengumumkan nama calon masing-masing. Ketua Umum DS Anwar Ibrahim nampaknya tidak diberi mandat untuk mengetuai pengumuman bagi Pakatan Rakyat. Pandai-pandai sendirilah umumkan. TG Haji Hadi merasakan kawasan ini menjadi hak PAS maka diumumkan calon yang PAS fikirkan boleh menang. PKR dan DAP melakukan perkara yang sama. Persoalannya kenapa pimpinan ketiga-tiga parti itu tidak dapat duduk bersama mengkaji dan menganalisis keupayaan calon-calon mereka yang akan bertanding. Jika beginilah keadaannya baru di peringkat pemilihan calon, bagaimana pula keadaannya malahan dijangka lebih teruk lagi jika diberi peluang memerintah negara ini.

Tidak sama dengan BN. DS Najib diberi kuasa penuh untuk mengkaji dan menganalisis setiap calon yang akan bertanding. Pejumpaan demi perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin parti komponen tidak kurang dari 13 buah parti, dari Perlis hingga ke Sabah. Namun begitu, DS Najib mempunyai pendekatan yang mantap dengan bantuan agensi-agensi tertentu dan pihak-pihak tertentu yang dipercayai kewibawaan mereka untuk memberi maklumat yang tepat kepada DS Najib. Kita berharap DS Najib dapat membuat pilihan yang tepat berdasarkan maklumat yang betul supaya calon yang dipilih memang memenuhi harapan pengundi-pengundi.

Pada PRU13 ini, pemilihan calon bagi kerusi Parlimen Balik Pulau dan DUN tertentu begitu rumit. Kita sangat yakin bahawa DS Najib dan penyokong-penyokong BN tidak mahu berlaku 'pisang berbuah dua kali'. Dalam PRU12 sebelum ini, calon parlimen Balik Pulau, Dato' Dr. Noraesah (BN) telah kalah kepada Yusmadi (PKR) dengan alasan kesilapan meletakkan calon. Manakala kerusi DUN iaitu DUN Bayan Lepas, Pulau Betong dan Telok Bahang, wakil BN cuma menang dengan majoriti yang tidak besar. Memang benar tsunami politik berlaku dalam PRU12 yang lalu. BN telah kehilangan banyak kerusi DUN dan Parlimen.

Oleh sebab itulah kepimpinan tertinggi UMNO/BN sedang fikirkan untuk semua kawasan DUN dan Parlimen seluruh negara. Laporan agensi dan lain-lain agak saling bercanggah telah menyebabkan proses penilaian menjadi ketidaktentuan. Semua nama yang disebut-sebut sebagai calon tidak mahu mengalah. Tidak kira sama ada bakal-bakal calon itu orang lama atau orang baru. Yang lama ada kekuatannya dan yang baru pula ada kelebihannya. Inilah yang menyebabkan DS Najib dan pembantu-pembantunya merasakan begitu rumit dan kompleks untuk membuat keputusan yang tepat. Jika tidak kena, akan berlaku rasa tidak puas hati di kalangan bakal-bakal calon yang tidak dipilih. 

Walau bagaimanapun harapan kita pengundi-pengundi kawasan Balik Pulau agar DS Najib akan membuat keptusan yang tepat dan terbaik untuk pengundi-pengundi keseluruhannya. Yang tidak dipilih jangan kecewa, mungkin tiada rezeki. Akurlah dengan keputusan parti untuk kepentingan parti. Yang dipilih itu sudah pasti yang terbaik untuk rakyat Balik Pulau. Bukan dipilih berdasarkan emosi dan tekanan oleh pihak-pihak tertentu. 

Kita tunggulah sehari dua lagi. Masa akan tiba jua. Nama-nama calon akan diumumkan oleh DS Najib. Berilah kepercayaan 100% kepada DS Najib. Walaupun masing-masing antara kita mempunyai senarai bakal-bakal calon sendiri berdasarkan keupayaan, keikhlasan dan ketelusan seseorang bakal calon tetapi yang terpakai dan diikhtiraf adalah yang bakal diumumkan oleh DS Najib sendiri. Oleh itu penyokong-penyokong kepada bakal-bakal calon diharap jangan begitu fanatik. Jangan ada isu boikot memboikot, tutup bilik gerakan, dan sebagainya kerana tindakan itu semua akan merugikan kita juga. 

Jika ada rasa tidak puas hati jika berlaku kesilapan meletakkan calon mengikut anggapan kita, jangan kita mengambil tindakan semasa kempen PRU13 ini. Pastikan calon BN menang dahulu. Jika ahli UMNO, gunakanlah Mesyuarat Agung UMNO sebagai platform terbaik untuk mengeluarkan rasa tidak puashati ahli-ahli semua. Sudah pasti mesyuarat agung UMNO akan lebih berdegar dengan suara-suara geram dan rasa tidak puashati jika calon BN mengalami kekalahan.

Oleh itu kepimpinan bahagian BN/UMNO perlu melihat masalah ini dengan serius. Jangan nasi sudah jadi bubur, barulah masing-masing tunduk dan akur. Tak gunalah kita kesali jika sudah berlaku. Lebih baik kita mengambil sikap " Sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian tak berguna lagi". Perlu ingat penama-penama calon yang menawar diri untuk bertanding akan menggalaskan tanggungjawab yang amat berat. Maklum balas rakyat dan pengundi perlu diberi keutamaan. Jangan syok sendiri nanti memakan diri. Sekadar renungan untuk semua khususnya penyokong-penyokong BN dan juga mereka yang menawarkan diri sebagai calon. Yang paling penting, BN menang dengan majoriti yang lebih besar bagi kerusi parlimen dan menawan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan haram! Hidup BN hapuskan Pakatan Haram.

Monday, April 8, 2013

Sokong PR haram, kata Ulama Pondok


GURUN 8 April - Para ulama pondok sekali lagi menegaskan haram bagi umat Islam memberikan undi kepada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana mereka menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah.
Ia diputuskan dalam deklarasi Persidangan Ulamak Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz yang berlangsung di Hotel Haverd, di sini hari ini.
Persidangan tersebut yang dianjurkan oleh Yayasan Jiwa Murni disertai oleh kira-kira 200 orang ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Minda Pondok, Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan, Yayasan Pondok Malaysia dan serta beberapa pertubuhan lain.
Deklarasi itu dibuat berdasarkan nas-nas daripada kitab-kitab Ulama Ahlusunnah Waljamaah yang muktabar setelah para peserta mengadakan perbahasan selama tiga hari bermula Sabtu lalu.
Para peserta persidangan itu mendapati perjuangan parti pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP bukan sahaja menyalahi nas-nas tersebut bahkan bertentangan sama sekali dengan Islam serta sesat lagi menyesatkan. - UTUSAN ONLINE

Haram undi PAS dan PKR dalam PRU13!

Saturday, April 6, 2013

Berdebar-debar menunggu nama calon DUN dan Parlimen!

Secara umum, kerajaan BN mempunyai peluang yang lebih baik untuk mempertahankan Putrajaya dan merampas kembali negeri-negeri kerajaan PR termasuk kerajaan PAS di Kelantan. Majoriti pemerhati-pemerhati politik, tokoh-tokoh akademik, ahli-ahli korporat dan pemimpin-pemimpin pertubuhan sukarela bersetuju bahawa majoriti rakyat Malaysia lebih yakin dengan kepimpinan kerajaan BN yang dipimpin oleh DS Najib.
Ada banyak petunjuk positif memihak kepada kerajaan BN. Kebijaksanaan BN melaksanakan pelbagai transformasi dalam pentadbiran kerajaan, pendidikan dan ekonomi telah berjaya memukau sebahagian besar rakyat. Gagasan 1 Malaysia "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" bukan sekadar slogan yang diwar-warkan, malahan janji ditepati DS Najib selaku PM amat menyakinkan pelbagai peringkat rakyat di Malaysia.
Yang merisaukan kita, nama calon yang ditunggu-tunggu. Inilah masalah yang paling menakutkan kita. Sejarah membuktikan kita, BN kalah kerana protes para pengundi. Mengikut pandangan pemerhati politik, PAS boleh kekal di Kelantan sekian lama melebihi dua dekad kerana UMNO tidak bersatu di Kelantan. Pemimpin UMNO berpecah sesama sendiri disebabkan calon pilihan mereka tidak naik.Inilah masalah politik yang paling merunsingkan Presiden UMNO/BN. Sudah banyak kali DS Najib berpesan kepada para perwakilan pada setiap kali ucapan beliau dalam persidangan agung UMNO. DS Najib pernah meminta para perwakilan bangun berdiri dan mengangkat tangan berikhrar sumpah setia kepada parti. Namun tidak dinafikan, akan ada individu yang terluka nanti akan terlupa akan ikrar yang dilafazkan itu.
Esok atau lusa, DS Najib akan umumkan nama-nama calon BN yang akan menggalaskan tanggungjawab yang amat berat. Yang dipilih sebagai calon BN, kita mengharapkan nama-nama mereka yang terbaik kepada pengundi-pengundi. Kata pemimpin UMNO, siapa naik pun tak apa, asalkan mewakili BN. Itu kata pemimpin UMNO/BN. Mungkin kata-kata itu sesuai dalam era politik tahun 70an dan 80an. Dalam dunia globalisasi, masyarakat kaya dengan maklumat, pemikiran masyarakat telah banyak berubah. Dulunya mungkin boleh tapi sekarang yang boleh itu sudah tidak boleh lagi.
Oleh itu, pemilihan calon amat penting. Kesilapan memilih calon akan memberi kesan buruk kepada parti dan kelebihan kepada pihak lawan. Usaha merampaskan kerusi parlimen atau DUN yang dipegang oleh pembangkang akan gagal. Paling sedih, kerusi parlimen atau DUN yang dipegang oleh BN sekian lama terlepas ke tangan pembangkang.
Masalahnya, satu kerusi parlimen atau DUN ada lebih dari seorang, dua atau tiga individu yang mahu menawarkan diri untuk menjadi calon. Sukarnya memilih calon yang terbaik, apabila ketiga-tiga bakal calon itu mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri. Ditambah lagi kusutnya apabila ketiga-tiga bakal calon itu tetap tegas dengan pendirian mahu menjadi calon. Inilah yang membingungkan kepimpinan tertinggi untuk membuat penilaian yang tepat supaya tidak ada berlaku kecacatan selepas keputusan dibuat.
Walau bagaimanapun semua ahli UMNO dan penyokong BN perlu menaruh kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti membuat keputusan. Kita beranggapan bahawa pucuk pimpinan parti akan membuat kajian dan penilaian secara terperinci sebelum keputusan dibuat. Tidak dinafikan nanti akan ada pihak yang kecewa. Demi survival parti keramat orang Melayu, demi Islam agama rasmi negara kita, demi raja tanda kedaulatan negara kita, rasa kecewa cuba kita redakan sebaik yang mungkin untuk kemenangan calon BN dalam PRU13 ini. Tamatkan pemerintahan DAP di Pulau Pinang.



Wednesday, April 3, 2013

Tuesday, April 2, 2013

66 anggota PKR menyertai UMNO di DUN Bayan Lepas

SYED Ameruddin Syed Ahmad (kiri) menerima borang keahlian UMNO daripada Mohd. Eruwan Yusof di Balik Pulau, Pulau Pinang