"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, April 8, 2013

Sokong PR haram, kata Ulama Pondok


GURUN 8 April - Para ulama pondok sekali lagi menegaskan haram bagi umat Islam memberikan undi kepada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana mereka menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah.
Ia diputuskan dalam deklarasi Persidangan Ulamak Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz yang berlangsung di Hotel Haverd, di sini hari ini.
Persidangan tersebut yang dianjurkan oleh Yayasan Jiwa Murni disertai oleh kira-kira 200 orang ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Minda Pondok, Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan, Yayasan Pondok Malaysia dan serta beberapa pertubuhan lain.
Deklarasi itu dibuat berdasarkan nas-nas daripada kitab-kitab Ulama Ahlusunnah Waljamaah yang muktabar setelah para peserta mengadakan perbahasan selama tiga hari bermula Sabtu lalu.
Para peserta persidangan itu mendapati perjuangan parti pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP bukan sahaja menyalahi nas-nas tersebut bahkan bertentangan sama sekali dengan Islam serta sesat lagi menyesatkan. - UTUSAN ONLINE

5 comments:

  1. harap umno kelantan adakan kerjasama dan kerakkerja sepadu dan pantas untuk membuat ceramah mega seluruh kelantan dan juga edaran risalah keputusan deklarasi Persidangan Ulamak Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz ke seluruh negara.

    seluruh media arus perdana WAJIB menyiarkan deklarasi ini esok diruangan utama akhbar masing2 kerana ini adalah demi menyelamat akidah dan maslahat umat islam di negara ini dari digadai oleh parti ajaran sesat pas!

    gen2felda

    ReplyDelete
  2. KEBOLEHPERCAYAAN... Seandainya Pakatan Pembangkang... Menang Dengan MAJORITI TIPIS... 112...!!! Daripada 222 KERUSI PARLIMEN...!!!
    ADAKAH... Pakatan Pembangkang... AKAN PATRIOTIK DAN MEMERINTAH DENGAN MAJORITI TIPIS TERSEBUT...???
    ADAKAH PAKATAN PEMBANGKANG BOLEH DIPERCAYAI... TIDAK AKAN MEMBENTANG KARPET MERAH MENGALU ALUKAN KEMASUKKAN SEMULA JIRAN DISEBERANG TAMBAK YANG MENGUASAI 81 DRPD 87 KERUSI...!!!
    JIKA DICAMPUR... KERUSI PARLIMEN MALAYSIA 222 + SEBERANG TAMBAK 87 = 309 KERUSI KESELURUHAN...
    JIKA PAKATAN PEMBANGKANG DGN 112 + 81 = 193 / 309...!!!
    DAN ITU ADALAH MAJORITI YANG KUAT DAN GAGAH... UTK MENEBUK NEBUK MENGUBAH PERLEMBAGAAN NEGARA...???!!! BOLEHKAH DIBERIKAN KEBOLEHPERCAYAAN KEPADA PAKATAN PEMBANGKANG MEMEGANG STRUKTUR SISTEM KENEGARAAN INI...!!!
    DEMOKRASI ADALAH PERTANDINGAN KEPADA ANGKA...!!! SIAPA BANYAK... DIALAH YG MENANG...!!! TIADA ISTILAH NAIB JUARA...!!!

    ReplyDelete
  3. bagaimana pulak orang yg tolak dan hina hukum Allah? buat kerja biar kerana Allah, jgn kerana fulus..

    ReplyDelete
  4. rosaknya islam bkn kerana tak jaga nama ALLAH, tapi kerana umat islam itu sendiri, tolak AL Quran dan Al Sunnah dgn tolak kewajipan yg telah difardukan seperti tolak hukum Allah, solat, zakat, puasa ramadan, ALLAH MAHA BERKUASA,ALLAH tak perlukan kita utk menjaga namaNYA,ALLAH suruh kita jaga diri kita agar kita tak tgolong dlm golongan munafik dan golongan ahli neraka

    ReplyDelete
  5. gambar ulama pondok tp pondok tunggu durian la, kalau durian luruh dptlah habuan,kalau nak jadi ulama kenalah jujur dan ikhlas

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.