Parlimen telah pun dibubarkan pada 3 April 2013. Kemudian baru tadi, SPR telah mengumumkan 20 April 2013 adalah hari penamaan calon dan 5 Mei 2013 (Ahad) adalah hari pilihanraya umum kali ke 13.
Cuma yang belum diumumkan ialah calon-calon dari BN. PKR, PAS dan DAP sudah mengumumkan nama calon masing-masing. Ketua Umum DS Anwar Ibrahim nampaknya tidak diberi mandat untuk mengetuai pengumuman bagi Pakatan Rakyat. Pandai-pandai sendirilah umumkan. TG Haji Hadi merasakan kawasan ini menjadi hak PAS maka diumumkan calon yang PAS fikirkan boleh menang. PKR dan DAP melakukan perkara yang sama. Persoalannya kenapa pimpinan ketiga-tiga parti itu tidak dapat duduk bersama mengkaji dan menganalisis keupayaan calon-calon mereka yang akan bertanding. Jika beginilah keadaannya baru di peringkat pemilihan calon, bagaimana pula keadaannya malahan dijangka lebih teruk lagi jika diberi peluang memerintah negara ini.
Tidak sama dengan BN. DS Najib diberi kuasa penuh untuk mengkaji dan menganalisis setiap calon yang akan bertanding. Pejumpaan demi perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin parti komponen tidak kurang dari 13 buah parti, dari Perlis hingga ke Sabah. Namun begitu, DS Najib mempunyai pendekatan yang mantap dengan bantuan agensi-agensi tertentu dan pihak-pihak tertentu yang dipercayai kewibawaan mereka untuk memberi maklumat yang tepat kepada DS Najib. Kita berharap DS Najib dapat membuat pilihan yang tepat berdasarkan maklumat yang betul supaya calon yang dipilih memang memenuhi harapan pengundi-pengundi.
Pada PRU13 ini, pemilihan calon bagi kerusi Parlimen Balik Pulau dan DUN tertentu begitu rumit. Kita sangat yakin bahawa DS Najib dan penyokong-penyokong BN tidak mahu berlaku 'pisang berbuah dua kali'. Dalam PRU12 sebelum ini, calon parlimen Balik Pulau, Dato' Dr. Noraesah (BN) telah kalah kepada Yusmadi (PKR) dengan alasan kesilapan meletakkan calon. Manakala kerusi DUN iaitu DUN Bayan Lepas, Pulau Betong dan Telok Bahang, wakil BN cuma menang dengan majoriti yang tidak besar. Memang benar tsunami politik berlaku dalam PRU12 yang lalu. BN telah kehilangan banyak kerusi DUN dan Parlimen.
Oleh sebab itulah kepimpinan tertinggi UMNO/BN sedang fikirkan untuk semua kawasan DUN dan Parlimen seluruh negara. Laporan agensi dan lain-lain agak saling bercanggah telah menyebabkan proses penilaian menjadi ketidaktentuan. Semua nama yang disebut-sebut sebagai calon tidak mahu mengalah. Tidak kira sama ada bakal-bakal calon itu orang lama atau orang baru. Yang lama ada kekuatannya dan yang baru pula ada kelebihannya. Inilah yang menyebabkan DS Najib dan pembantu-pembantunya merasakan begitu rumit dan kompleks untuk membuat keputusan yang tepat. Jika tidak kena, akan berlaku rasa tidak puas hati di kalangan bakal-bakal calon yang tidak dipilih.
Walau bagaimanapun harapan kita pengundi-pengundi kawasan Balik Pulau agar DS Najib akan membuat keptusan yang tepat dan terbaik untuk pengundi-pengundi keseluruhannya. Yang tidak dipilih jangan kecewa, mungkin tiada rezeki. Akurlah dengan keputusan parti untuk kepentingan parti. Yang dipilih itu sudah pasti yang terbaik untuk rakyat Balik Pulau. Bukan dipilih berdasarkan emosi dan tekanan oleh pihak-pihak tertentu.
Kita tunggulah sehari dua lagi. Masa akan tiba jua. Nama-nama calon akan diumumkan oleh DS Najib. Berilah kepercayaan 100% kepada DS Najib. Walaupun masing-masing antara kita mempunyai senarai bakal-bakal calon sendiri berdasarkan keupayaan, keikhlasan dan ketelusan seseorang bakal calon tetapi yang terpakai dan diikhtiraf adalah yang bakal diumumkan oleh DS Najib sendiri. Oleh itu penyokong-penyokong kepada bakal-bakal calon diharap jangan begitu fanatik. Jangan ada isu boikot memboikot, tutup bilik gerakan, dan sebagainya kerana tindakan itu semua akan merugikan kita juga.
Jika ada rasa tidak puas hati jika berlaku kesilapan meletakkan calon mengikut anggapan kita, jangan kita mengambil tindakan semasa kempen PRU13 ini. Pastikan calon BN menang dahulu. Jika ahli UMNO, gunakanlah Mesyuarat Agung UMNO sebagai platform terbaik untuk mengeluarkan rasa tidak puashati ahli-ahli semua. Sudah pasti mesyuarat agung UMNO akan lebih berdegar dengan suara-suara geram dan rasa tidak puashati jika calon BN mengalami kekalahan.
Oleh itu kepimpinan bahagian BN/UMNO perlu melihat masalah ini dengan serius. Jangan nasi sudah jadi bubur, barulah masing-masing tunduk dan akur. Tak gunalah kita kesali jika sudah berlaku. Lebih baik kita mengambil sikap " Sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian tak berguna lagi". Perlu ingat penama-penama calon yang menawar diri untuk bertanding akan menggalaskan tanggungjawab yang amat berat. Maklum balas rakyat dan pengundi perlu diberi keutamaan. Jangan syok sendiri nanti memakan diri. Sekadar renungan untuk semua khususnya penyokong-penyokong BN dan juga mereka yang menawarkan diri sebagai calon. Yang paling penting, BN menang dengan majoriti yang lebih besar bagi kerusi parlimen dan menawan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan haram! Hidup BN hapuskan Pakatan Haram.
Sebenar nya ramai yg tak sanggup bekerja dengan Lim Guan Eng..Adun Pas sendiri pun tak sanggup...kerana keadaan politik di penang berbeza dgn negeri lain.
ReplyDelete