Secara umum, kerajaan BN mempunyai peluang yang lebih baik untuk mempertahankan Putrajaya dan merampas kembali negeri-negeri kerajaan PR termasuk kerajaan PAS di Kelantan. Majoriti pemerhati-pemerhati politik, tokoh-tokoh akademik, ahli-ahli korporat dan pemimpin-pemimpin pertubuhan sukarela bersetuju bahawa majoriti rakyat Malaysia lebih yakin dengan kepimpinan kerajaan BN yang dipimpin oleh DS Najib.
Ada banyak petunjuk positif memihak kepada kerajaan BN. Kebijaksanaan BN melaksanakan pelbagai transformasi dalam pentadbiran kerajaan, pendidikan dan ekonomi telah berjaya memukau sebahagian besar rakyat. Gagasan 1 Malaysia "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" bukan sekadar slogan yang diwar-warkan, malahan janji ditepati DS Najib selaku PM amat menyakinkan pelbagai peringkat rakyat di Malaysia.
Yang merisaukan kita, nama calon yang ditunggu-tunggu. Inilah masalah yang paling menakutkan kita. Sejarah membuktikan kita, BN kalah kerana protes para pengundi. Mengikut pandangan pemerhati politik, PAS boleh kekal di Kelantan sekian lama melebihi dua dekad kerana UMNO tidak bersatu di Kelantan. Pemimpin UMNO berpecah sesama sendiri disebabkan calon pilihan mereka tidak naik.Inilah masalah politik yang paling merunsingkan Presiden UMNO/BN. Sudah banyak kali DS Najib berpesan kepada para perwakilan pada setiap kali ucapan beliau dalam persidangan agung UMNO. DS Najib pernah meminta para perwakilan bangun berdiri dan mengangkat tangan berikhrar sumpah setia kepada parti. Namun tidak dinafikan, akan ada individu yang terluka nanti akan terlupa akan ikrar yang dilafazkan itu.
Esok atau lusa, DS Najib akan umumkan nama-nama calon BN yang akan menggalaskan tanggungjawab yang amat berat. Yang dipilih sebagai calon BN, kita mengharapkan nama-nama mereka yang terbaik kepada pengundi-pengundi. Kata pemimpin UMNO, siapa naik pun tak apa, asalkan mewakili BN. Itu kata pemimpin UMNO/BN. Mungkin kata-kata itu sesuai dalam era politik tahun 70an dan 80an. Dalam dunia globalisasi, masyarakat kaya dengan maklumat, pemikiran masyarakat telah banyak berubah. Dulunya mungkin boleh tapi sekarang yang boleh itu sudah tidak boleh lagi.
Oleh itu, pemilihan calon amat penting. Kesilapan memilih calon akan memberi kesan buruk kepada parti dan kelebihan kepada pihak lawan. Usaha merampaskan kerusi parlimen atau DUN yang dipegang oleh pembangkang akan gagal. Paling sedih, kerusi parlimen atau DUN yang dipegang oleh BN sekian lama terlepas ke tangan pembangkang.
Masalahnya, satu kerusi parlimen atau DUN ada lebih dari seorang, dua atau tiga individu yang mahu menawarkan diri untuk menjadi calon. Sukarnya memilih calon yang terbaik, apabila ketiga-tiga bakal calon itu mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri. Ditambah lagi kusutnya apabila ketiga-tiga bakal calon itu tetap tegas dengan pendirian mahu menjadi calon. Inilah yang membingungkan kepimpinan tertinggi untuk membuat penilaian yang tepat supaya tidak ada berlaku kecacatan selepas keputusan dibuat.
Walau bagaimanapun semua ahli UMNO dan penyokong BN perlu menaruh kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti membuat keputusan. Kita beranggapan bahawa pucuk pimpinan parti akan membuat kajian dan penilaian secara terperinci sebelum keputusan dibuat. Tidak dinafikan nanti akan ada pihak yang kecewa. Demi survival parti keramat orang Melayu, demi Islam agama rasmi negara kita, demi raja tanda kedaulatan negara kita, rasa kecewa cuba kita redakan sebaik yang mungkin untuk kemenangan calon BN dalam PRU13 ini. Tamatkan pemerintahan DAP di Pulau Pinang.
Kasihan dik...kalimah Allah jangan kita jualkan, negara Islam jangan kita korbankan, bangsa mu jangan kau lenyapkan dan Raja Melayu mesti kita daulatkan. Jika tidak dik-dik ooiii, masa depan adik susah. Yang tak susah dik, mereka yang bersahabat dengan DAP, PAS dan PKR. Fikirlah dik sebelum memilih Pakatan Haram dik...
ReplyDeleteKEPADA
ReplyDeleteKump. Pemuda, Puteri UMNO BERSARA Dari UMNOApril 7, 2013 at 1:35 PM
KAMI TAK NAK SOKONG PELIWAT DAN PENZINA...JUGA KOMUNIS DAP
kpd:Kump. Pemuda, Puteri UMNO BERSARA Dari UMNOApril 7, 2013 at 1:35 PM
ReplyDeleteTolong laa....LAIN KALI LAH............
Kami setia dengan BN