"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, May 7, 2013

Apa lagi Cina Malaysia mahu?

Apa lagi Cina mahu? Itulah tajuk utama di muka depan akhbar perdana Utusan Malaysia hari ini. Siapa yang tak marah, bila mantan MB Johor, Abd. Ghani Othman yang begitu banyak jasanya kepada rakyat di Gelang Patah tiba-tiba rebah tersungkur kepada Lim Kit Siang. Dengan majoriti yang besar calon DAP, Pengerusi DAP Pusat tidak pernah ada jasanya kepada rakyat Johor telah mengalahkan mantan MB Johor. Apakah jasa Lim Kit Siang begitu besar kepada penduduk Cina di Gelang Patah? Tepuk dada tanya minda.

Begitu juga bekas Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam juga menerima nasib yang sama kepada calon DAP. Katanya "Mereka langsung tak kenang budi, tidak ambil kira jasa yag saya buat dulu ketika mereka datang jumpa saya hingga lewat malam minta tolong, bila saya bantu, ini yang saya terima sebagai balasan". Katanya lagi "Tak kan saya ini teruk sangat. Melaka perform the best state di Malaysia, pengangguran terendah, orang Cina makin senang, makin kaya, orang Melayu pun sama, ada rumah besar, dapat kemudahan asa yang kita bina, bila dah kaya, kita dipandang hina. Mereka nak tendang kita macam sampah di tepi jalan, cuba nak rampas Melaka tetapi mujurlah masih ada rakyat yang mahu Melaka kekal menjadi milik BN".

Orang Cina ditanamkan dengan suatu semangat perkauman yang amat 'jahat' yang berhasrat mahu meruntuhkan bangsa Melayu. Mereka mahu suatu hari Malaysia akan berada  di bawah kuasa bangsa Cina. Dalam suatu risalah yang tersebar di kalangan orang Cina terkandung kata-kata menaikkan semangat orang-orang Cina di Malaysia. Jika kita orang Melayu baca risalah itu, kita akan marah mereka terutama pemimpin Cina yang menghasilkan risalah itu. Risalah itu meniup api perkauman yang amat dahsyat. Amat merbahaya dalam sebuah negara pelbagai kaum seperti di Malaysia. Pihak berwajib perlu menjalankan siasatan dan tindakan yang tegas perlu diambil.

Melalui risalah perkauman itu jelas pemimpin mereka minta orang-orang Cina berpura-pura hormat kepada orang Melayu dengan memanggil mereka tuan atau Encik agar mereka kembang bontot. Kalau perlu masuk Islam pun tak mengapa kerana lebih baik dan mudah menjalankan dakyah dalam diam-diam. Risalah itu merayu agar anak-anak Cina dan generasi mereka jauhi dari lembah dadah kerana dadahlah yang merosakkan akhlak manusia. Mengikut risalah itu lagi, kita gunakan dadah untuk merosakkan orang Melayu. Dalam tempoh 10 hingga 15 tahun lagi golongan cerdik pandai Melayu akan hilang dan generasi Melayu akan lemah.

Bahagian akhir risalah itu mengingatkan bahawa orang Cina tidak risau dengan rahsia kerajaan, rahsia Polis mahupun tentera kerana mereka ada orang dalam. DAP akan menjadi kuat, jadi mereka (orang Cina) mahu mewujudkan semangat datuk nenek mereka yang terulung di Malaysia. Pemimpin-pemimpin hebat mereka mengikut risalah itu sedang berusaha menawan negeri Melayu yang kuat iaitu Johor. Bila negeri Melayu yang kuat tumbang, negeri lain lebih mudah. Risalah itu juga menyebut bahawa orang Cina telah mendapat bantuan Singapura. Akhir risalah itu merayu orang Cina untuk bangkit dengan apa keadaan sekalipun walaupun terpaksa melakukannya dalam paksaan. Dan Malaysia hak orang Cina 10 tahun lagi.

Senario politik dan keputusan mengejutkan kita melalui PRU13 ini ada logiknya dengan visi risalah ini. Prestasi calon Parlimen DAP melonjak naik. Calon favorite BN seperti mantan MB Johor dan Melaka dengan mudah jatuh tersungkut di tangan calon DAP. Calon-calon DAP itu tak pernah pun berjasa kepada pengundi-pengundi di kawasan parlimen itu. Tapi kenapa calon DAP itu menang? Lihatlah di Pulau Pinang PAS telah mengadakan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR. Tahaluf siyasi oleh PAS yang kononnya dikatakan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sebaliknya mengikut pandangan ulama pakatan yang boleh memberi menafaat kepada agama Islam yang dikatakan boleh bertahaluf siyasi. Jika merugikan agama Islam maka ulama pondok, ustaz-uztaz sekolah-sekolah agama rakyat dan tahfiz yang bersidang di Havard Hotel, Gurun menegaskan hukumnya haram memberi undi kepada PAS, PKR dan DAP.

Bila kita orang Melayu bercakap pasal bangsa dan agama Islam nanti mereka akan kata kita orang Melayu itu rasis. PAS pun tumpang sekaki (rakan DAP)  turut menyokong mengatakan UMNO itu rasis. Nah! sekarang siapa yang rasis? PAS tidak rasis, bagus tapi hanya satu calon tunggal PAS dalam kerajaan negeri Pulau Pinang, apa PAS boleh buat? Jangan kita gadaikan maruah agama dan bangsa. UMNO kehilangan satu kerusi lagi dalam PRU13 di Pulau Pinang. Malangnya bukan PAS yang ganti sebaliknya PKR yang ganti. Jika ini berlaku PAS sebenarnya gagal menggantikan peranan UMNO dalam PR. Sepatutnya jumlah calon PAS lebih banyak yang menang dalam PRU13 ini seperti mana DAP perolehi. Apa yang dapat kita simpulkan di sini tahaluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR amat-amat merugikan umat Islam. Hampir seluruh orang Cina di Malaysia mempunyai hasrat yang sama untuk menguasai ekonomi dan politik Malaysia tanpa rasa hormat kepada bangsa pribumi. Oleh itu orang Melayu terutama ahli-ahli PAS perlu sedar, bukan masanya kita umat Islam bercakaran sesama sendiri. Kita perlu bersatu dan berdiri teguh seperti mana orang-orang Cina yang berhasrat menjadi pemerintah dalam sebuah negara yang majoritinya umat Islam. Jika kita terus berpecah atau tidak bersatu, kita yakin suatu masa nanti tahaluf siyasi anjuran PAS dalam Pakatan Rakyat akan merugikan bangsa Melayu dan umat Islam. Fikir-fikirlah wahai umat Nabi Muhammad SAW!



22 comments:

  1. Salam PT...utamakan kedai islam..kedai cina diakhirkan...pindah daftar pemilih bagi bumiputra/islam yang berkerja di penang...kempen daftar pengundi dari rumah ke rumah...banyakkan penempatan pengundi-pengundi bumiputra/islam di bandar bagi negeri-negeri yang di kuasai BN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong tunjuk kodai islam kek eden. Bilo keto ghusak (rosak), eden kono hanta kek pomen cino gak.

      Lagi satu, tukang ghumah (rumah) - kalau tukang melayu - contoh buek tiles, senget sano senget sini. Bilo togo (ditegur), merajuk tak nak datang buek. Tompi kalau tukang cino, finishing dio bagus apo.

      Delete
  2. Saya sokong sebarkan kpd org Melayu/Islam. PAS dan UMNO perlu bersatu. Jangan bersengketa lagi. Kukuhkan perpaduan demi agama, bangsa dan negara tercinta.

    ReplyDelete
  3. jangan lupa tulisan JAWI juga wajib dipelajari di sekolah kebangsaan dan agamaa...Jawi mesti dimartabahtkan semujla...bila tulis dlm jawi banyak faedahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tompi tulisan jawi ni sapo yang hapuskan.

      Eden pun dah tak berapo lancar lagi tulih (tulis) jawi. Baco buleh laie (lagi).

      Delete
  4. kita gempur pusat2 perniagaan haram org cina babi ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eden sokong jo.

      Tompi kalau kandang babi haram macam di Melako tu eden tak nak poei (pegi) la. Tompek lain selain kandang babi buleh jo.

      Delete
  5. UMNO ni masih buta. Sama sajalah dengan utusan, masih lagi tak faham apa yang rakyat (Melayu, Cina, India, dll.) mahukan. Kalau masih take insaf dan sebaliknay terus marahkan rakyat kerana kalah, pasti BN akan tumbang dalam PRU14.

    ReplyDelete
  6. apa rakyat marhaen mcm sayaa mahu? kuasa mutlak melayu, macam yg cina mahu utk bangsa die. sedara kat ataas ni x faham2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 100% of a rotten egg is still a rotten egg.

      Delete
  7. sedara yg kate org bute..ko le bute.

    ReplyDelete
  8. MEREKA KURANG AJAR....DALANG NYA MELAYU JUGAK....
    CELAKO CELAKO CELAKO.
    DYMM SULTAN TAK PAYAH JEMPUT MEREKA KE APA APA MAJLISVDI RAJA.
    MEREKE OTAK TONG SAMPAH....TOKAKNSANI, TOKAK SINI.
    MELAYU LAKNATULLAH. M

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eik! Apo kono kau jang?

      Ini eden teraso ni sobab eden ni Melayu jugak walau pon tidaklah 100%. Ado darah jawo dan minang + melayu.

      Kau ni kan, janganlah marahkan nyamok kelambu dibakar. Kalau nak bosatu jangan lah cakap macam tu. Abih lari sumo orang kang. Kalau orang dah lari, tingga kau sorang, macam mano pulak nak monang nanti?

      Delete
  9. MELAYU BANYAK KUTUK MELAYU.
    MELAYU PATUT BELAJAR CINA BERPOLITIK.....
    KEPENTINGAN BANGSA DAHULUU......PRIORITY.

    ReplyDelete
  10. orang melayu memang suka memburukkan sesama sendiri,kalau kita dengar berita,asyik2 Liwat,video seks,fitnah sesama agama,pemimpin BN pun banyak yang tamak, mahu tambah kekayaan.Asyik kutuk orang tapi tak sedar kain sendiri pun koyak,cuba lah sepakat,kan sepakat membawa berkat.

    ReplyDelete
  11. bahasa melambangkan akhlak. akhlak melambangkan peribadi.. sama-sama muhasabah diri.

    PT mungkin boleh tengok ada usaha anak-anak muda yang inginkan umat Islam kembali bersatu padu tanpa mengira bangsa. https://www.facebook.com/IniKaliLahGabung

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Bila malaysia dah jadi seperti singapura baru melayu nak sedar. Dah terang2 signal ditunjukkan,diaorg ni tak sedar lagi ke atau pura2 buat tak tahu..bersatu lah bangsa ku,tak kira la parti mana pun..ini untuk masa depan anak cucu kita..jgn la kita terlalu taksub sangat,kadang kala kita kena fikir adakah ia nya baik untuk agama,bangsa dan negara kita?aku berdoa semoga pas dan umno bersatu..AMIN..melayu jgn mudah lupa

    ReplyDelete
  14. PAS terlalu keras dan berdegil. TG Nik Aziz nampaknya penghalang ke arah penyatuan umat Islam antara umat Islam PAS dan UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke tu?

      PAS pernah join UMNO dalam BN. Then UMNO tendang PAS keluar - buat macam tendang sampah kat jalan jer (pinjam kata-kata Dato' Ali Rustam).

      Orang dan join then kau tendang kasi flying kick - sakit woo.

      Delete
  15. Kalau UMNO togakkan hukum hudud, den keluar PAS masuk UMNO.

    Jom copeklah UMNO istihar nak togakkan Islam di Malaysia ni. Apo takut - MCA pun dah lomah. Tak kan nak takut kat MCA lagi. Lopeh tu ramai-ramai kito sokong UMNO.

    Eden memang nak sokong UMNO. Tampi, solagi UMNO tolak hudud, sampai mati pon den tak akan sokong UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau ni sokong pas sebab pas dah guna pakai hudud kat kelantan agaknya.dah 20 tahun pun tak boleh-boleh lagi di kelantan.kata tak takut dgn manusia,tapi nampaknya dengan tuhan pun tak heran ! kalau pas tegakkan hudut kat negeri yang diperintah,esok aku masuk pas,sekali dgn anakbini aku...

      Delete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.