"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, March 27, 2010

AMK Bayan Baru buat laporan polis terhadap DS Zahrain?

Ahmad Azrial, AMK Bayan Baru membuat laporan polis berdasarkan kepada kenyataan ahli Parlimen BN Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh mendakwa tawaran kepada Zahrain tentunya besar kerana dia keluar parti. Itu sajakah? Begitulah yang dapat AMK Bayan Baru lakukan bagi pihak PR terhadap DS Zahrain. Hanya 'hearsay' tidak ada bukti. Itupun dari MP Kalabakan yang nun jauh menyeberangi Laut Cina Selatan. AMK Bayan Baru jangan cari pasal dengan bekas Ketua PKR Bayan Baru itu. Ingatlah, awak punya Ketua Menteri dari Melaka pun takut menerima saman fitnah dari bekas DS Zahrain. Jika awak berani buatlah kenyataan sendiri sebab awak AMK Bayan Baru sangat hampir dengan bekas Ketua PKR Bayan Baru. Kenapa buat laporan polis berdasarkan MP Kalabakan yang tinggal jauh seberang Laut Cina Selatan. AMK Bayan Baru umpama budak kecil baru belajar dalam politik. Menyanyi dan hayatilah lagu 'budak kecil main api', barulah AMK Bayan Baru tahu kenapa MP Bayan Baru juga bekas ketua AMK Bayan Baru, bertindak keluar PKR. Sepatutnya AMK mengikuti jejak orang lama dan berpengalaman dalam 'sepak-terajang' arena politik seperti DS Zahrain.
MP Kalabakan dalam ucapan di parlimen, begitu emosional seolah-olah ada masalah peribadi. Selaku MP dari kerusi BN, bercanggah arus tidak seperti MP lain dari BN yang juga nama-nama mereka disebut antara yang bakal lompat parti oleh Datuk Seri Zahrain tetapi tidak melenting 'gile' pun. MP Kalabakan marah kerana DS Zahrain tidak sebut ke semuanya kenapa 8 orang MP disebut termasuk namanya. Sebenarnya siapa yang mengikut ucapan MP Kalabakan, tampak ucapan beliau seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Bukan salah DS Zahrain. DS Zahrain sekadar memberitahu kepada semua MP dalam parlimen bahawa itulah nama-nama yang dapat beliau sebutkan. Oleh kerana MP Kalabakan begitu marah kepada DS Zahrain maka terkeluarlah dakwaan bahawa DS Zahrain mendapat tawaran besar hingga keluar PKR. Pelik tapi benar, MP Kalabakan ini berucap seolah-olah beliau bukan MP dari BN kenapa begitu? [Klik sini]

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.