"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, March 30, 2010

Parlimen senyap sepi bila Firaun Kecil ditegur oleh pemimpin PKR sendiri di Parlimen!

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong kecewa terhadap beberapa ‘Firaun Kecil’ atau ‘Little Napoleon’ dalam pakatan pembangkang yang mempersoalkan pemilihannya oleh Parlimen Malaysia menyertai lawatan kerja di Washington, baru-baru ini. Beliau percaya firaun kecil terbabit yang iri hati dengan pemilihannya, sebenarnya pernah dipilih mengikuti lawatan kerja menteri atau Speaker Parlimen sebelum ini.
"Saya tidak pernah mempertikaikan pelantikan firaun kecil (menyertai lawatan keluar negara) kerana saya tiada perasaan cemburu walaupun firaun kecil itu mengetepikan saya dan mengklasifikasikan saya sebagai `junior MP'.

Beliau berkata, walaupun firaun kecil itu mengakui fitnah yang dilakukannya, namun tiada tindakan diambil tetapi tindakan disiplin dikenakan terhadap pemimpin lain atas perkara remeh.
“Saya juga kesal firaun kecil yang langsung tidak menjawab isu 16 September 2008 atau isu lain di dalam dan luar Parlimen, tetapi terus melakukan serangan peribadi dengan harapan rakyat terus ditipu,” katanya.
"Little Napoleon, nasihat saya adalah, jika kamu tidak mempunyai jawapan terhadap segala isu adalah lebih baik bersembunyi sahaja kerana Silence is Golden (Diam amat bernilai). "Saya juga berharap Little Napoleon tersebut jangan memaksa saya untuk membongkarkan politics of deceit (politik penipuan), politics of expediencies (politik kewajaran) mereka dan politik cakap tidak serupa bikin atau politik bermusim," katanya.
Choo Keong berharap Little Napoleon menghentikan kegiatan politik kotor dan fitnah-memfitnah mereka melalui Internet atau medium lain untuk satu matlamat politik sempit yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan kepentingan rakyat. Ahli-ahli Parlimen dari pembangkang didapati sunyi sepi. Malu tidak berlagu. Kena batang hidung sendiri. Syabas kepada Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang berani berkata yang benar biarpun pahit untuk ditelan. Apakah Wee Choo Keong akan dipecat atau disingkirkan dari PKR oleh firaun-firaun kecil kerana mengkritik parti dan kawan seperjuangan. Tunggu dan lihat episod seterusnya. [Klik sini]

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.