"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, March 23, 2010

Kasi RM100 heboh satu dunia. Itulah politik Lim Guan Eng !!!!

Kata Lim Guan Eng, "Kerajaan negeri Pulau Pinang diperintah DAP memang baik hati. Apa yang UMNO bagi semasa BN memerintah dulu. Satu sen pun UMNO tak bagi kepada warga emas". Jangan bodoh-bodohkan warga emas. Wang RM100 itu bukan dari poket Lim Guan Eng, bukan dari gaji dan elaun wakil-wakil rakyat DAP, PAS atau PKR. Berapa juta ringgit yang Lim Guan Eng bagi itu kepada setiap warga emas di Pulau Pinang sebenarnya adalah dari hasil cukai yang dibayar oleh rakyat juga. Janganlah tunjuk baik hati heboh satu dunia! Dia memperlekeh kerajaan dulu, apa yang UMNO bagi kepada warga emas?
Memang masa BN memerintah dulu, UMNO tak bagi apa kepada rakyat terutama warga emas. Tapi UMNO tidak menggunakan wang rakyat untuk kepentingan politiknya. UMNO menggunakan agensi-agensi kerajaan dan tidak pun disebutkan UMNO yang bagi. Memanglah nanti ada yang kata 2 x 5 = 5 x 2. Tapi lambang UMNO tidak digunakan untuk beri bantuan oleh agensi-agensi kerajaan persekutuan walaupun jumlahnya lebih besar daripada Lim Guan Eng berikan. Tidak pun heboh seluruh dunia. Malahan senyap sepi terutama jika yang menerima bantuan bulanan dari Pejabat Kebajikan itu adalah ahli PAS. Pemimpin-pemimpin UMNO tidak pula melaung-laungkan kepada rakyat bahawa yang tuan-tuan dan puan-puan terima bantuan dari Pejabat Kebajikan adalah dari UMNO. Dan UMNO yang bagi bantuan banjir. UMNO yang bagi bantuan kepada pelajar-pelajar miskin. UMNO yang bagi biasiswa persekutuan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah. UMNO tidak seperti parti-parti pembangkang yang mengambil kesempatan. Ambil duit rakyat (melalui hasil cukai) kemudian mengakui parti DAP yang bagi. Dapat sumbangan zakat dari korporat mengakui sumbangan parti PAS kepada rakyat. Bukan fitnah. Kejadian yang memalukan ini diakui sendiri oleh wakil rakyat Lunas, Kedah semasa beliau mengistiharkan keluar parti PKR dan menjadi calon bebas.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.