Kata orang "Bercakap tak serupa bikin".. Bijak mengkritik, membedal dan memfitnah tapi bila kena batang hidung sendiri, tutup sebelah mata. Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) membangkitkan mengenai pelantikan Jamaluddin yang didakwanya mencemar imej negara kerana terdapat laporan polis dibuat terhadap beliau sebelum ini. Tetapi kenyataan Karpal Singh disanggah oleh anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang berkata pembangkang mempersoalkan keputusan kerajaan melantik Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (BN-Rompin) sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat, sedangkan pada masa sama mereka masih menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang kini dibicarakan atas tuduhan liwat, sebagai Ketua Pembangkang. Walaupun ada laporan polis dibuat terhadap Jamaluddin, namun beliau tidak didakwa tetapi beliau masih dikatakan telah mencemar imej negara katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Dewan Rakyat di sini hari Khamis.
Khairy berkata ia berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai pendirian yang konsisten, di mana pemimpin-pemimpin yang didakwa di mahkamah perlu meletakkan jawatan dan membersihkan nama mereka terlebih dahulu, termasuk bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dan bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam. "BN cukup jelas mengenai perkara ini. Kita tidak beri ruang bagi sebarang kekaburan," katanya.
Khairy berkata Pakatan Rakyat juga tidak menunjukkan konsistensi apabila mereka setuju "mensubkontrakkan" dasar ekonomi Pakatan Rakyat kepada DAP seperti yang didedahkan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) sebelum itu, juga berkenaan pilihan raya kerajaan tempatan, yang hanya diusulkan oleh Selangor dan Pulau Pinang. "Yang minta hanya kerajaan Selangor dan Pulau Pinang. Hanya DAP dan PKR, tapi PAS berdiam diri dalam hal ini. Kerajaan Kelantan dan Kedah tak cakap langsung pilihanraya kerajaan tempatan. Khairy berkata beliau juga menerima rungutan daripada kontraktor-kontraktor kecil di Selangor di mana mereka yang mempunyai sedikit kaitan dengan Umno bukan saja tidak diberikan kontrak, malah disenarai hitam. Semasa BN memerintah kontraktor-kontraktor pro pembangkang tidak disenarai hitamkan, biasiswa dan semua bantuan pendidikan termasuk dari Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak pernah berlaku (mendiskriminasian bantuan). Lihatlah di Perak, Johor, Negeri Sembilan dan lain-lain negeri di bawah pemerintahan BN, rakyat dilayan sama rata, tidak kira pembangkang mahupun pro kerajaan.
Pembangkang juga sering membangkitkan soal kebebasan media, tapi tidak membenarkan wartawan dari Utusan Malaysia untuk membuat liputan sidang akhbar mereka, malah TV Selangor, yang disediakan oleh kerajaan Selangor langsung tidak memberi liputan kepada BN. Kerajaan Pulau Pinang turut mengharamkan agensi-agensi kerajaan negeri melanggani akhbar bahasa Melayu, Utusan Malaysia. Dimanakah maruah pembangkang yang sentiasa melaung-laungkan kebebasan media? Cakap tak serupa bikin. Hanya tahu mencari kesalahan pihak lain tapi kesalahan diri sendiri buat-buat tak nampak. Membohongi rakyat bahawa merekalah yang telus dan adil kepada semua kaum. Umpama kata pepatah Melayu, "Hati kuman di seberang nampak, hati gajah di sebelah tidak nampak". [Klik sini- cerita selanjutnya]

No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.