"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, March 27, 2010

Mesyuarat Agung Perkasa Kali Pertama: Wadah perjuangan yang boleh menyatukan semula orang Melayu!

Ketibaan Tun Mahathir diringi Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan 200 pesilat. Hadir sama, Tun Dr. Siti Hasmah. Selsai bacaan doa baru majlis  mengumumkan penyerahan keris sebagai lambang kekuatan serta kekuasaan dan ketuanan bangsa Melayu sejak berkurun-kurun lamanya untuk diletakkan di tempat khas oleh Ibrahim. Perkasa pada usia satu setengah tahun sudah berjaya mendapat sokongan dari seluruh orang Melayu dan bumiputera. Undang-undang menghalalkan penubuhan NGO ini. Matlamat Perkasa ialah mempertahankan Islam, hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Mempertahankan nilai teras, melindungi dan mendaulatkan undang-undang dan keluhuran negara yang berdaulat dan merdeka. Menurut Ibrahim, konflik berpunca daripada perpecahan rakyat pelbagai kaum dan sosiobudaya. Orang Melayu di Malaysia diingat agar tidak terjerumus ke dalam konflik atau persengketaan seperti yang dialami di Eropah khususnya di negara bekas Yugoslavia.Konflik 13 Mei 1969 dibangkitkan oleh Ibrahim Ali sebagai renungan orang-orang Melayu.
Konsep Malaysian Malaysia turut disebut sebagai hak sama rata antara orang Melayu dengan bukan Melayu. Ia bertujuan rampas hak keistimewaan orang Melayu, menghapuskan raja-raja Melayu. Ia bertujuan menimbulkan kacau-bilau, memecahkan perpaduan antara bangsa di Malaysia.
Konsep Malaysian Malaysia turut menentang agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa melayu sebagai bahasa rasmi. Ibrahim mencerita bagaimana dua persatuan guru-guru sekolah cina bergabung menjadi satu dan membuat pelbagai tuntutan yang mengguris hati orang Melayu. Perbuatan mereka itu tidak dianggap pula sebagai rasis, tetapi disokong oleh masyarakat Cina dan akhbar-akhbar Cina. Namun mengapa apabila Perkasa ditubuhkan, bukan sahaja ia dikecam tapi dituduh rasis dan ultra-Melayu.
Itulah persoalan yang dilontarkan oleh Ibrahim yang mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang hadir pada hari ini. Perkasa, kata Ibrahim, mahu lihat UMNO kembali seperti asal - kuat dan kukuh. Harapan kita seluruh umat Melayu dan bumiputera di Malaysia agar Perkasa dapat menyatupadukan orang-orang Melayu dan bumiputera, satu badan bukan kerajaan yang sentiasa tegas dan berani mengkritik atau menegur UMNO di samping membantu UMNO memenangi hati rakyat dalam PRU13 yang akan datang. InsyaAllah!

2 comments:

  1. Salam semua;
    Harapan kita Perkasa Balik Pulau seikhlas dan sejujur Perkasa Malaysia. Hingga kini ramai di kalangan orang Melayu sama ada di kalngan org umno mahupun melayu pembangkang sangat sangsi dengan barisan kepimpinan perkasa balik pulau. perlu perkasakan dulu barisan pemimpin yang menerajui perkasa balik pulau spy dapat menyakinkan org melayu khususnya di balik pulau.

    ReplyDelete
  2. yeeah..kita kenal siapa mereka. sorry to say, semuanya orang umno. Takbir 3x.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.