"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, March 24, 2010

Bukti DS Najib dan Rosmah terlibat dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu!

Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Bharu) membuat pendedahan yang beliau pernah diberi tawaran supaya mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu. Zulkifli Noordin diminta membuat pengakuan bersumpah supaya membabitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan tersebut. Beliau mendedahkan kejadian yang mengejutkan dan memalukan itu dalam sidang Dewan Rakyat kelmarin.
Menurut Zulkifli Noordin lagi, arahan itu disertakan tawaran yang lumayan hingga mampu `menggoncangkan iman'nya. 
Hari ini penceramah-penceramah pembangkang yang terdiri daripada ustadz-ustadz dan tok guru-tok guru serta wakil-wakil rakyat yang selalu mengaitkan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu dengan Najib dan Rosmah perlu memohon maaf kepada DS Najib dan Rosmah. Terdapat banyak Blog-blog pro pembangkang yang memaparkan foto DS Najib dan Rosmah di sebelah Altantuya Shaaribu. Jika golongan ini malu untuk memohon maaf secara langsung kepada DS Najib dan Rosmah, disyorkan supaya bertaubatlah kerana Allah swt, semoga dosa-dosa mereka ini diampuni oleh Allah. Sebenarnya DS Najib pernah bersumpah dalam sebuah masjid di kawasan Parlimen Permatang Pauh tetapi mereka (golongan pembangkang) tidak mengindahkannya. Mereka beranggapan perbuatan itu hanya lakonan DS Najib semata-mata. Hari ini YB Zulkifli Nordin telah membuktikan bahawa dia menolak arahan untuk satu pengakuan bersumpah supaya mengaitkan DS Najib dan Rosmah pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu kerana ianya merupakan satu FITNAH yang sangat zalim terhadap seorang Perdana Menteri dan isteri. Begitulah zalimnya individu tertentu yang sanggup melakukan apa saja demi keuntungan politik dirinya. Masihkah ada lagi pengikut -pengikut yang terus bersekongkol dengan individu yang sanggup merosakkan imej Islam dan negara?

2 comments:

  1. Salam Pak Tam,

    Tahniah d atas peralihan nama dan alamat blog, background alhamdulillah cerah dah sikit.Cuma izinkan kan saya komen sikit,saiz huruf kecik la Pak Tam, jenuh nak renung dan klu boleh tlg la pebesaq cikit.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih cadangan yg sdr berikan, insyaAllah akan saya gunakan saiz font yg lebih besar selepas ini.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.