"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, August 17, 2010

Berita gempaq di Pulau Pinang!!!!! Boleh jadi.

Dari sumber yang diterima melalui sms pagi tadi, diberitahu ada pihak yang cuba berusaha menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah wilayah autonomi. Maksudnya, Pulau Pinang nak dijadikan sebuah negara baru yang berpisah dari Malaysia. Sepertimana kewujudan sebuah negara di selatan Semenanjung Malaysia, Singapura. Dipercayai bahawa Singapura merupakan pusat pemerintahan kerajaan Melayu sebelum ia diduduki oleh Sir Stamford Raffles. Pada 16 September 1963, British bersetuju untuk menyerahkan Singapura, Sabah, dan Sarawak untuk bergabung dengan Tanah Melayu supaya Persekutuan Malaysia dapat dibentuk. Selepas menyertai Malaysia, parti politik utama Singapura iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) memenangi Pilihanraya Singapura. Tindakan PAP yang sering menyuarakan ketidakpuasan mengenai keistimewaan kaum Bumiputera. Ramai ahli UMNO mengesa Kerajaan Persekutuan supaya menangkap Lee Kuan Yew. Jadi pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman menyingkirkan Singapura daripada Malaysia. Ramai rakyat Malaysia mengganggap tindakan Tunku Abdul Rahman ini sebagai satu kerugian kerana mengikut mereka banyak lagi cara lain untuk menjaga keamanan Singapura. Begitulah yang telah berlaku kepada Singapura, sebuah negara yang dulunya sebahagian Persekutuan Tanah Melayu dan mungkin pemimpin utama Pulau Pinang mahukan Pulau Pinang mengikuti jejak pemerintahan Singapura. Memang pun boleh berlaku! Oleh itu orang Melayu bergaduhlah sesama sendiri supaya lebih mudah Pulau Pinang menerima pemerintahan autonomi. Walaupun orang Melayu didapati sedikit lebih ramai daripada kaum bukan Melayu di Pulau Pinang, tetapi kerana Melayu tidak bersatu, maka orang Melayu jadi lemah dan yang kuat adalah puak minoriti yang bersatu padu. Itu pun orang Melayu tak mahu sedaq lagi. Pemimpin PAS masih tegar dengan pendirian mereka tak mahu bersatu dengan UMNO. Mereka memilih untuk bersahabat dengan DAP yang jelas merupakan kafir harbi yang menentang Islam. Suara lantang untuk menegakkan negara Islam, undang-undang Islam (hukum hudud), kepimpinan ulamak sudah tidak kedengaran lagi. Ceramah-ceramah PAS masih menghentam UMNO. Bukan MCA atau MIC atau Gerakan yang jadi sasaran sebaliknya UMNO yang mereka serang. Seolah-olahnya musuh ketat PAS adalah UMNO bukan DAP. Walaupun kepimpinan UMNO  sejak merdeka telah banyak membawa perubahan dan kemajuan kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya tapi pemimpin PAS tidak akan mengiktirafkan itu semua. Mengiktirafkan kejayaan UMNO hingga menjadikan Malaysia sebuah negara Islam contoh merupakan satu kesilapan besar kepada PAS. Sampai bila pun, jika PAS berterusan dengan sikap tegarnya maka orang Melayu/Islam akan terus berpecah dan akan menjadi satu kumpulan minoriti. Oleh itu orang-orang Melayu/Islam yang masih ramai tapi tidak condong kepada mana-mana parti, diminta berfikirlah semasak-masaknya sebelum memilih parti yang bertanding. Jangan pisang berbuah dua kali, sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian takbergunalah lagi.

2 comments:

  1. Melayu sudah mulai sedar. Kaum lain diminta jangan terlalu penting diri sendiri. Hargailah keamanan yg telah kita kecapi selama ini.

    ReplyDelete
  2. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah membuat pendedahan semalam semasa beliau menjadi panel Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya, Ipoh. Menurut beliau bahawa sudah ada ‘perlembagaan baru’ dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kemakmuran negara selama ini.
    Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.
    Sila rujuk akhbar Utusan Malaysia 17/8/2010

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.