"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, August 20, 2010

Terbukti PAS dan PKR membawa Melayu dan Islam menuju kehancuran!!!!!!!

KEPALA BATAS 19 Ogos - Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.
Beliau berkata, tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.
"Lazimnya lafaz doa bagi khutbah kedua dibacakan untuk ketua negeri atau ketua agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang di sini hari ini.
Setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu tetapi segala bukti berhubung perkara berkenaan memang ada, katanya.
Selain itu Ahmad Zahid turut mempersoalkan tindakan ketua menteri yang hadir pada majlis pengagihan wang zakat yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.
"Walaupun niat kerajaan negeri adalah untuk menggambarkan bahawa beliau (ketua menteri) seorang yang fleksibel tetapi mungkin ia mempunyai agenda tersembunyi bagi tujuan politik,” katanya. - Bernama

5 comments:

  1. UMNO MEMANG TAK DAK KERJA LAIN,HARI2 FITNAH SAJA KERJA DEPA. MEMANG SAH LAH, UMNO AKAN BERKUBUR TAK LAMA LAGI. ZAHID YANG KATA HEBAT SANGAT SAMPAI TAK DAK ORANG UMNO PENANG BOLEH PEGANG JAWATAN PERHUBUNGAN NEGERI PUN DAH BUAT TUDUHAN TANPA BUKTI,MEMANG UMNO BANGGANG SELAMA-LAMANYA.
    APA SALAH NYA GUAN ENG HADIR MAJLIS AGIH WANG ZAKAT TU, PASAI DIA KETUA MENTERI YANG DIPILIH RAKYAT. TAKKAN NAK PANGGIL ZAHID YANG TAK DAK JAWATAN APA DALAM KERAJAAN NEGERI?

    ReplyDelete
  2. Salam sahabat yang memberi komen diatas. Ingin saya menyuarakan isi hati terhadap apa yg saudara komen. Bukan hendak menyebelahi mana-mana pihak dalam hal ini akan tetapi dalam isu sebegini eloklah diberikan timbalan ketua menteri yang "ISLAM" daripada membiarkan Guan Eng yg mengunakan flatform Mesjid dlm mengukuhkan kedudukannya dlm kerajaan negeri. Soal siapa banggang tak timbul jika sama-sama mengambil kira hal ini dgn sedalam-dalamnya. Ini soal keagamaan dan bukannya soal politik sempit yang dimainkan oleh pihak-pihak yg tertentu. Jangan sampai islam tinggal islam tapi yg kafir umpama ular menyusup akar.

    ReplyDelete
  3. Wahai anon 8:49am di atas;
    Bukan tuduhan atau fitnah. Hal masjid tak boleh dipolitikkan. UMNO tak akan buat begitu. Sampai tak ada had sempadan punya nak jaga pemimpin Cina yg ultra kiasu. Nak jaga Ketua Menteri yang sdr sayang pun, biarlah berpatutan. Dah kalimah Allah pun sudah boleh dikongsi bersama, inikan pula khutbah Jumaat pula nak digantikan pemimpin Islam dengan pemimpin kafir harbi. Fikirlah semasak-masaknya, jangan politik sampai ke mimbar masjid yg sering pemimpin PAS lakukan. UMNO tak buat kerja macam itu jikapun nak dapat undi Cina. Jangan menang sorak kampung tergadai. Sekarang pun dah nak tergadai....selamat berbuka puasa.

    ReplyDelete
  4. Parti UMNO dilihat semakin "bengong" dan "merapu" sekarang ini. Apa tidaknya, pemimpin mereka sudah mula meracau tak tentu pasal. Tambah-tambah si Zahid Hamidi, bekas Menteri Agama UMNO dulu. Bercakap seolah-olah orang yang pandai agama dan menjaga kesucian agama. Walhal, habuk pun tak ada!. Isu bacaan doa khutbah Jumaat di Pulau Pinang dicanang-canangkan. Kononnya Kerajaan Negeri pimpinan DAP itu menukarkan nama Agong kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam bacaan doa tersebut. Walhal, perkara itu bukannya dibuktikan pun, malah satu laporan polis tidak kedengaran. Tiba-tiba si Zahid cuba menjadi pembela agama dengan menuduh ia berlaku di beberapa buah masjid di negeri itu. Namun, anehnya tidak dinyatakan masjid yang mana satu untuk siasatan lanjut. Hanya main "serkap jarang" dan kemudiannya heboh kepada media arus perdana untuk tujuan "publisiti murahan". Maka, "media UMNO Utusan Malaysia" pun berbanggalah menyiarkan laman hadapan berita "Nama Guan Eng Ganti Agong" tanpa mahu buat usul periksa apakah kebenaran terhadap cerita itu. Semua ini adalah satu "kerja jahat" untuk memalukan dan menghapuskan sokongan rakyat terutamanya orang Melayu terhadap DAP khas dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang amnya. Namun, mujurlah semua itu hanyalah "khayalan Zahid" semata-mata, sedangkan hakikatnya perkara itu memang tidak berlaku dan tidak masuk dek akal untuk berlaku. Inilah dia hasil didikan "Islam Hadhari" yang dipelopori oleh Zahid Hamidi ketika Menjadi Menteri Agama dulu agaknya. Beliau sanggup berbohong pada bulan Ramadhan, untuk menunjukkan kononnya UMNO prihatin dengan dengan kesucian Islam itu sendiri.

    ReplyDelete
  5. kesimpulan isu diatas menunjukkan KEJAHILAN puak2 UMNO tentang rukun kutbah dan terus beri wrong info kat zahid hamidi yang lebih cerdik sikit dari pemimpin UMNO p.pinang dan terus dengan bangangnya menyerang guan eng.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.