"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, January 29, 2011

Setiausaha Agung UMNO lebih berkuasa daripada Presiden UMNO, kenapa?

Cuba kita perhatikan senario kepimpinan politik di Malaysia hari ini. Kerap kali kita dapat perhatikan dalam sesebuah parti, pemimpin yang di bawah lebih berkuasa daripada pemimpin yang di atas. Inilah yang berlaku dan terus berlaku tanpa disedari atau pun memang sedar pun tapi sengaja berdiam diri tidak mahu jadi panas. Kita dapati Setiausaha Agung lebih besar daripada seorang Presiden parti. Setiausaha Agung lebih banyak bercakap pasal dasar perjuangan parti daripada seorang presiden. Kadang-kadang kita tidak tahu siapakah sebenarnya presiden parti dan siapakah yang jadi Setiausaha Agung Parti dan siapakah pula yang jadi Mursyidul Am parti.
Ini kerana, kata Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, meskipun Karpal merupakan Pengerusi DAP, tetapi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mempunyai kuasa yang lebih tinggi.
''Seperti yang kita tahu, kebiasaannya parti yang mana Setiausaha Agung lebih berkuasa daripada Presiden ialah parti komunis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Beliau menambah, situasi yang sama juga dapat dilihat dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih berkuasa daripada Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan Presiden parti.
Malah, kuasa dalam kepimpinan Pas juga mengelirukan rakyat apabila Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat lebih berkuasa berbanding Presidennya iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
''Kerana itu Karpal boleh berkompromi dalam isu undang-undang kerana beliau mempunyai agenda yang lebih besar dalam bidang politik dan bukannya sebagai seorang peguam," jelasnya.
"Dia ada agenda tersendiri. Sekarang dia sudah tersilap langkah. Masalahnya, dia sepatutnya memperbetulkan keadaan tetapi dia tidak buat begitu," ujarnya.
Tambah beliau, apa yang berlaku antara Karpal dan Anwar adalah kerana kedua-dua mereka mempunyai matlamat peribadi masing-masing.
"Kedua-dua mereka ada agenda masing-masing. Anwar dengan matlamat besarnya hendak menjadi Perdana Menteri. Karpal pula untuk kepentingan DAP. Semuanya amat jelas," katanya.
Dalam pada itu, Zahrain berpendapat Jabatan Peguam Negara juga perlu memainkan peranan penting dan tegas berhubung perkara itu.
Katanya, jabatan itu sepatutnya membuat keputusan yang lebih jelas tentang kedudukan Karpal dalam kes liwat Anwar dan bukannya pihak lain.
"Apa yang jelas sekarang ini kita tidak boleh ikut cara Karpal kerana dia sudah meletakkan politik lebih daripada undang-undang. Yang penting adalah Peguam Negara sendiri memainkan peranan bagi mengelak perkara ini menjadi isu yang lebih serius," katanya.

1 comment:

  1. Apa mu pekena kue, ingat kut cerita betul.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.