"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, January 2, 2011

Surat dedah kebiadapan dan kecurangan bekas pemimpin negara, mesti baca!

Mula-mula dulu semua orang akan mengatakan Ummi Hafilda Ali seorang wanita jahat mungkin kecewa dengan Anwar Ibrahim. Mungkin juga dia kecewa dengan sikap abangnya Azmin Ali. Lebih banyak tanggapan buruk kepada Ummi Hafilda berbanding dengan Anwar Ibrahim. Maklumlah DS Anwar Ibrahim dikenali di seluruh dunia sebagai pemimpin negara yang kuat agamanya bergelar 'Pak Sheikh'. Bekas pemimpin ABIM dan selalu menyampaikan khutbah Jumaatnya tanpa menggunakan teks khutbah. Begitulah hebatnya DS Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.  Dalam kes liwatnya yang pertama dulu, DS Anwar Ibrahim boleh dikatakan di pihak yang menang sungguhpun ada akuan bersumpah dari Azizan Abu Bakar tapi itu belum cukup dalam perbicaraan kes di mahkamah.
Bila kita membaca surat dari Ummi Hafilda kepada bekas PM, Tun Mahathir Mohamad tampak jelas dan terbukti bahawa kes DS Anwar Ibrahim-Shamsidar-Dato' Nala-Afifa-Azmin-Azizan Abu Bakar-Afifa ada kebenarannya. Baca di sini.
Andaikata surat ini merupakan fitnah besar Ummi Hafilda terhadap Anwar Ibrahim. Sila DS Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang/Ahli Parlimen Permatang Pauh atau YB Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) atau Shamsidar (Isteri Azmin Ali yang masih setia kepada suaminya, Azmin) bawa kes ini ke mahkamah kerana ini boleh menjatuhkan kredibiliti seorang Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali.  Semua tahu,  surat itu adalah sah ditulis dan dimiliki oleh Ummi Hafilda sendiri. Blog yang mendedahkan surat itu juga dimiliki oleh Ummi Hafilda atas nama 'Srikandi 7'.
Rakyat Malaysia ingin tahu cerita sebenarnya di sebalik isu kes liwat pertama DS Anwar Ibrahim dengan bekas pemandunya, Sdr Azizan Abu Bakar. Jika begitu terperinci surat itu mendedahkan salahlaku bekas pemimpin negara belum dapat berbuat apa-apa, kes kedua liwat Anwar Ibrahim yang terbaru akan timbul pelbagai persoalan yang tiada jawapannya. Lihatlah peranan Karpal Singh peguam terkenal yang boleh berubah-ubah. Tanpa malu dan segan Karpal Singh boleh jadi seperti binatang sesumpah. Semasa kes liwat pertama, dia adalah salah seorang peguam yang lantang dan berani mengatakan Anwar Ibrahim terlibat dengan kes liwat. Tapi sekarang dia pula antara peguam kanan yang sanggup bermati-matian membela Anwar Ibrahim hingga proses perbicaraan tertunda-tunda sekian lama. Kerana apa jadi begitu? Kerana dulu Anwar Ibrahim adalah Timbalan Perdana Menteri tapi sekarang Anwar Ibrahim adalah Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR. Baca lagi di sini. Sesetengah pemimpin utama pembangkang di Malaysia amat tidak bermaruah kerana kuasa politik, agama dan bangsa sanggup dijadi kan sandaran/pertaruhan. Rakyat Malaysia perlu sedar sandiwara pemimpin pembangkang di Malaysia cukup hebat! Tapi di kalangan anak muda masih ada lagi yang terpedaya dengan ceramah-ceramah pembangkang terutama oleh Tok-Tok Janggut dan Tok-Tok Lebai. Jangan begitu fanatik hingga yang putih nampak hitam. Ingatlah tidak semua yang putih itu bersih dan tidak semua yang bersih itu pula halal. Lu pikiaqlah sendiri! Ambillah panduan kata orang-orang tua kita dulu "Sesat dihujung jalan, balik ke pangkal jalan".

5 comments:

  1. Dedahkan lagi. Pemimpin PAS bukan tak tahu. Tapi kerana politik semua boleh berlaku. Yang tak boleh jadi boleh. yang haram jadi halal. MasyaAllah mungkin itulah tanda2 akhir zaman. Ulamak sudah jadi ularmak. Maaf tidak semua. Ulamak lain2nya bagus dan kita hormati dan sanjung tinggi.

    ReplyDelete
  2. cian kan kat dia.. tp byk dah saksi2 kes liwat dulu mati.. yg kes ke 2 ni blum lg yg mati...

    ReplyDelete
  3. 'MELAYU MUDAH LUPA'.. ni ha Ummi nak peringat balik..

    ReplyDelete
  4. Apa ni penyokong2 Pakatan Rakyat tak reti bacakah surat ini. Hati mereka dah hitam legam, mata mereka dah buta semua angkara- fanatik!

    ReplyDelete
  5. PUU,

    ajal maut kuasa Allah SWT. bukan saksi2 kes liwat saja yg mati. pemimpin2 pas yg hina & fitnahkan Tun pun ramai yg dah mati! ntah sempat minta maaf? tapi Tun dah maafkan mrk semua....

    Ya Allah...

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.