"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, January 15, 2011

UMNO belum berjaya di kalangan pengundi-pengundi muda!

UMNO belum  berjaya sepenuhnya. UMNO mesti merangka dan melakukan sesuatu terutama golongan muda di Pulau Pinang. Kebanyakan golongan muda Melayu khususnya masih memihak kepada parti pembangkang. Rata-rata pemuda-pemudi yang bekerja di kilang-kilang masih menyokong parti pembangkang. Ini bererti UMNO/BN masih gagal menawan hati golongan muda. Apakah pemuda BN/UMNO tidak bergerak? Atau tidak mampu menembusi pengaruh parti pembangkang di kalangan golongan muda?
Keadaan ekonomi negari Pulau Pinang yang begitu perlahan, masih ramai golongan muda yang tiada pekerjaan telah membesarkan rasa benci mereka kepada kerajaan persekutuan. Masalah sosial dan pengangguran diletakkan sepenuhnya tanggungjawab kepada kerajaan persekutuan, kenapa tidak kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah negeri ini? Kegagalan kempen politik pihak pemuda BN/UMNO menjadikan kerajaan persekutuan sentiasa dipersalahkan oleh golongan muda. Pemuda BN/UMNO mesti turun ke padang menemui golongan muda yang bekerja di kilang-kilang. Mereka merupakan ribuan pengundi-pengundi yang menentukan kemenangan dalam PRU13 yang akan datang. Pemuda BN/UMNO tidak boleh memandang sepi isu ini sungguhpun golongan pekerja-pekerja kilang ini datang dari negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak, Perlis dan Kelantan.
Sumber dari kalangan rakan-rakan pekerja kilang masih mengatakan golongan pekerja-pekerja kilang masih kekal sokongan kepada Pakatan Rakyat. Pelbagai program wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang banyak mendampingi rakyat telah menguatkan lagi sokongan pemuda pemudi terhadap mereka. Keprihatinan wakil-wakil rakyat PR terhadap isu-isu rakyat telah menarik perhatian dan minat orang ramai. Banner-banner direntang di setiap persimpangan jalan menunjukkan keupayaan dan komitmen wakil rakyat mereka dalam program-program bersama rakyat. Ucapan Selamat bagi semua perayaan pelbagai kaum dengan pelbagai bahasa, ucapan Selamat menduduki peperiksaan, Ucapan Selamat Hari Pekerja, Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Haji serta majlis-majlis penerangan tentang isu-isu semasa rakyat telah berjaya menarik minat orang-ramai terhadap PR. Pemimpin BN/UMNO khususnya wakil-wakil rakyatnya tidak begitu prihatin terhadap perkara ini. Berapa sangat belanja untuk merentang sekeping dua banner? Jika boleh membelanja kawan rakan politik hingga dua tiga ratus ringgit semalam di restauran, apa sangat dengan sekeping banner cuma antara RM60 - RM90 sahaja. Mungkin juga pemimpin-pemimpin BN/UMNO lebih sibuk dengan usaha-usaha melobi untuk menjadi calon DUN/Parlimen pada masa akan datang? Lalu terlupa kepada program-program mendekati rakyat khususnya golongan muda yang masih kelihatan tersisih dari UMNO/BN. Jangan sampai nanti BN/UMNO bak kata orang "Sudah nak terberak, baru nak gali lobang".

1 comment:

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.