"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, February 24, 2011

UMNO KHIANATI MELAYU DI PULAU PINANG

Kain pemidang itu terpampang di tepi jalan Sg. Tiram, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Bila aku terbaca, "UMNO khianati Melayu" aku seperti tidak percaya. Sibahalol mana pula yang bodoh bin bingong yang memburukkan UMNO. Akhirnya aku percaya kerana penganjurnya Pakatan Rakyat. Aku percaya kerana penceramahnya ulamak politik yang menyokong perjuangan DAP dan PKR. Seorang Tok Guru (bukan Tok Guru Nik Ajis) yang akan mengupas isu politik. Minggu lepas Tok Guru Nik Ajis dah buat kenyataan yang membingungkan semua. Ahli-ahli PAS yang taksub dengan Tok Guru Nik Ajis jadi bingung. Pening kepala seperti cicak kena kapor. Yang kita tahu sejak dahulu, Tok Guru Nik Ajis tidak suka kepada bangsa Melayu. Dia benci kepada parti yang menyokong perjuangan bangsa. Sebab itu dia benci kepada UMNO. Perjuangan nasionalis UMNO menolak agama Islam. Sesiapa yang menyokong perjuangan BN/UMNO adalah jahilliah. Itulah fatwa TG Nik Ajis, Murshidul Am PAS.
Tapi minggu lepas, Tok Guru Nik Ajis buat kenyataan yang cuba memperbodoh-bodohkan orang-orang Melayu sendiri. Oleh kerana calon-calon PAS mengalami kekalahan dalam beberapa pilihanraya kecil yang lalu, Tok Guru Nik Ajis membuat kenyataan sebaliknya. PAS mesti sokong perjuangan orang Melayu kerana Melayu adalah penduduk asal di Malaysia. Melayu adalah penduduk majoriti di Malaysia. Tok Guru Nik Ajis sudah meninggalkan Islamnya. Walau bagaimanapun PAS akan tetap memperjuangkan Islam kata pula Tok Guru Haji Hadi Awang.
Dalam politik Pakatan Rakyat kena kerja kuat sebab orang Melayu sudah tak percaya dengan Pakatan Rakyat. Apa yang telah berlaku di negeri-negeri kerajaan Pakatan Rakyat, Melayu dan Islam semakin terhimpit. Islam semakin tercabar. Dalam kempen-kempen menghadapi PRU 13 akan datang, ceramah-ceramah Pakatan Rakyat akan menumpukan usaha meracuni fikiran rakyat supaya pengundi-pengundi Melayu terutamanya benci kepada UMNO. Jika Melayu benci UMNO, calon PAS akan menang dan calon PKR yang akan menang tapi yang memerintah tetap DAP. Mereka akan beritahu rakyat bahawa UMNO mengkhianati orang Melayu. Mereka akan beritahu bahawa PAS membela nasib orang Islam di Pulau Pinang dan Selangor. Mereka akan beritahu PKR akan membantu orang Melayu untuk maju dan DAP juga tolong orang Melayu untuk kaya di Pulau Pinang. Sebaliknya UMNO yang merobohkan masjid dan surau sebab itu UMNO tolak Islam. Pusat-pusat hiburan, pusat-pusat perjudian dan maksiat yang semakin banyak hari ini di Pulau Pinang dan Selangor adalah warisan pemerintahan UMNO. Adanya rumah-rumah pelacoran di Kota Bharu yang tak jauh dengan rumah MB Kelantan juga dikatakan warisan pemerintahan BN kira-kira 20 tahun yang lalu. Rumah-rumah mewah yang dibina di kampung-kampung Melayu harga ratus ribu ringgit itu hasil pemerintahan BN dahulu. Gerai-gerai orang Melayu yang kena roboh di Pulau Pinang termasuk di seberang Prai adalah kelemahan kerajaan BN/UMNO dahulu. Jika gerai-gerai itu diroboh jangan salahkan kerajaan Pakatan Rakyat tapi salahkanlah kerajaan BN dahulu.
Fokus Pakatan Rakyat cuba memburuk dan membusukkan UMNO. Menggambarkan UMNO itu parti yang mengamalkan rasuah, kronism dan tolak Islam. Yang tukang menghasut kenalah letak ustaz2 dan tok-tok guru belako. Orang Melayu mudah sangat terpengaruh dengan ustaz2 dan tok-tok guru upahan ini. Mereka ini ularmak Islam tak mungkin nak berbohong sesama Islam. Ularmak Islam sudah dijadikan ularmak politik asalkan dapat menjatuhkan UMNO dan menaikkan Pakatan Rakyat yang dikuasai oleh DAP. Kata tok guru Nik Ajis, DAP lebih tahu Islam daripada UMNO. Oleh itulah Tok Guru Nik Ajis lebih rela memeluk dan mencium Lim Kit Siang dan Kuan Yew daripada memeluk pemimpin UMNO seperti Tun Mahayhir, Pak Lah dan DS Najib. Jika kita baca komen YB Parlimen Kulim, tentang keutamaan mendahului orang Islam daripada orang bukan Islam, Tok Guru Nik Ajis jadi terlalu melenting! Baca sini.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.