"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, February 19, 2011

Kerajaan PR semakin jadi haru biru!

Selangor salah guna duit rakyat

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa menyalahgunakan wang rakyat apabila membiayai penginapan kira-kira 500 perwakilan pada Kongres PKR tahun lalu yang kesemuanya berjumlah RM80,500.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar ketika mendedahkan perkara itu berkata, ia dikeluarkan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) bagi membayar tempahan 100 bilik di sebuah hotel di sini ketika kongres tersebut diadakan.
“Kita ada bukti, invois dan resit bagi membuktikan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor telah menyalahgunakan wang rakyat bagi membiayai aktiviti politik mereka.
Lagi Kerajaan Selangor gunakan wang rakyat untuk kroni
Pemuda Barisan Nasional (BN)  Selangor akan mengumpul 100,000 tandatangan daripada penduduk negeri itu dalam tempoh terdekat bagi membantah keputusan kerajaan Selangor untuk  membiayai kos perundangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Shuhaimi Shafiei yang berhadapan dengan tuduhan menghasut. 



Kerajaan Pulau Pinang mempunyai KM raja putar belit
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menerima 'kejutan' apabila dihadiahkan dengan 12 kuntum bunga mawar hitam daripada Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia Pulau Pinang (PSAMPP) di pejabatnya di bangunan Komtar di sini hari ini.
Pemberian bunga ros hitam tersebut adalah sebagai simbolik meminta Guan Eng agar berundur dari tampuk pemerintahan kerajaan negeri pimpinan DAP itu selain mendesak penjelasan mengenai isu penerbitan risalah My Balik Pulau.

Penduduk Indian Settlement hantar memorandum kepada MB Selangor


Penduduk perkampungan Indian Settlement, Batu Caves berkumpul secara aman di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) bagi membantah pemberi milikan tanah di kawasan tersebut di Shah Alam, semalam.

Kira-kira 70 penduduk kampung Indian Settlement, Batu Caves dekat sini yang tidak berpuas hati berhubung pemberian Lesen Menduduki Sementara (TOL), menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Mereka yang menetap di kampung Indian Settlement sejak 30 hingga 60 tahun lalu, datang dengan sebuah bas pesiaran untuk membantah ketidakadilan pemimpin kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri dan tiba di pekarangan SUK kira-kira pukul 10 pagi.
Sebaik tiba, para penduduk yang turut membawa sepanduk yang antaranya tertulis 'Di mana keadilan kerajaan Selangor', 'YB Azmin dan YB Amiruddin penipu' dan 'Azmin dan Amiruddin pengkhianat penduduk' berdemonstrasi secara aman selama 40 minit.


No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.