Sekali kita baca tajuk Haprak Daily di atas tergambar kita bagaimana penulis boleh samakan Mesir dengan Malaysia, pemerintahan Hosni Mubarak dengan Dato Seri Najib Abdul Razak. Mungkin penulis ini ada masalah mental kesan kekalahan teruk calon PAS dalam PRK DUN Tenang baru-baru ini. Atau mungkin penulis ini tercicir dari arus pembangunan di Wilayah Persekutuan. Orang inilah yang selalu nampak bertopeng dalam beberapa demontrasi jalanan sebelum ini. Minat sungguh dia dengan demontrasi. Mereka tak mahu lagi menggunakan saluran demokrasi menubuh kerajaan kerana akhir-akhir ini Pakatan Haram asyik kalah kepada calon BN. Orang ini mungkin tidak berpeluang akan jadi calon PAS pada masa akan datang kerana lebih ramai calon PAS yang lebih layak. Dengan itu penggulingan sesebuah kerajaan itu secara demontrasi seperti berlaku di Mesir itu memberi peluang untuk dia berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Maklumlah bukan semua pemuda PAS berkelulusan tinggi, haprak pun ada tapi bercita-cita besar nak jadi wakil rakyat.
Haprak Daily memang berminat memuatkan karya-karya yang boleh menjatuhkan imej pemimpin negara dan menggugat kestabilan negara. Itulah kerja tradisi Haprak Daily sejak ditubuhkan.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Haram terutama PAS mulai bimbang dengan prestasi calon mereka akhir-akhir ini. Orang Melayu mulai meninggalkan PAS dan kembali menyokong UMNO. Orang Melayu/Islam tidak yakin dengan perjuangan PAS yang semakin tersasar jauh dari matlamat asal perjuangannya. Yang peliknya, kaum Cina pula yang menyokong PAS! Apakah ini bermakna orang Cina menyokong penubuhan negara Islam oleh PAS dan sebaliknya orang Melayu mulai tidak menyokong penubuhan negara Islam? Sebenarnya orang Melayu/Islam tetap mahu negara Islam ditubuhkan. Mereka mulai meninggalkan PAS kerana perjuangan PAS yang terlalu mementingkan kuasa politik sanggup memusuhi sesama umat Islam. Kebanyakan umat Islam hari ini tidak sanggup lagi melihat orang Melayu/umat Islam berpecah atau bergaduh sesama sendiri. Demontrasi tidak akan berjaya jika PAS dan Pakatan Haram mahu menggulingkan kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO. Masalah kerajaan Mesir tidak sama dengan kerajaan BN di Malaysia sungguhpun kerajaan BN terdiri daripada pemimpin pelbagai bangsa dan agama. Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan janganlah memperbodohkan rakyat Malaysia walaupun kebanyakan rakyat Malaysia tidak berkelulusan tinggi seperti saudara Mohamad Suhaimi Abdul Aziz. Gunakanlah saluran yang betul melalui pilihanraya yang dikendalikan oleh badan bebas SPR. Jika SPR tidak betul atau tidak adil masakan pula Kelantan dapat diperintah oleh PAS sudah beberapa kali PRU dan PRK. Jika SPR tidak adil masakan beberapa negeri terlepas ke tangan pembangkang Pakatan Haram. Tapi bila kalah, macam-macam cerita pula yang ada. Begitulah sembang-sembang di kedai kopi mengenai perangai buruk pemimpin Pakatan Haram!

Revolusi hanya boleh berlaku di Kelantan..sekiranya MBnya masih orang yang sama.......
ReplyDeletesalam....
ReplyDeletebetul..betul..betul...
untuk berlaku revo 1malaysia tak mungkin...
kerna PM/TPM bertukar ganti..
bukannya negara ni ada Presiden pun
yg tetap menungkat langit sampai ajal...
Haprakdaily jer nak api-apikan rakyat tu...
tapi silaplah untuk kaitkan dengan 'kuasa' di Mesir tu...
Revolusi boleh berlaku di Pulau Pinang dan Selangor
ReplyDeleteHendak mampus.Budaya orang melayu adalah unik.Kita merdeka bukan cara huru-hara atau berperang.Kita merdeka bermufakat.
ReplyDeleteNampak macam kecoh tetapi tidak.Orang berangan yg tak sudah2 aje buat kecoh.Yang seorang ulamak tu dah nyanyok.Habis sudah ayat quran diputarbelitkan.Dia ingat ni kita bodoh ke Pok Nik.Sudah2lah Pok Nik, sayangkanlah bangsa sendiri .Tak payah bersusah payah hendak islemkan orang kafir,bangsa sendiri ni pun dah jauh dengan agama Allah.Betulkan bangsa sendiri daripada hendak membetulkan bangsa lain.
Kalau Pok Nik tak faham saya boleh sekolahkan Pok Nik ya.