"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, February 10, 2011

My Balik Pulau cubaan memesong fakta sejarah dan hina umat Islam!

Bila meneliti risalah My Balik Pulau sah risalah itu merupakan suatu agenda jahat yang cuba memesong kefahaman generasi baru terhadap sejarah awal Balik Pulau. Tajuknya yang diterjemahkan dalam tulisan Cina sudah cukup memahamikan kita bahawa risalah ini cuba memertabatkan tulisan Cina dalam setiap risalah yang disebarkan. Tidak dinafikan kerajaan Guan Eng hari ini cuba mempelbagaikan bahasa dalam semua risalah dikeluarkan kerajaan negeri kerana dasar sama rata dan sama rasa kerajaan negeri. Tiada lagi keutamaan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Kaum Melayu dihina!
Risalah My Balik Pulau menceritakan bahawa pendatang awal ke Pulau Pinang bukan orang melayu sebaliknya pelarian yang melarikan diri daripada peperangan saudara yang melibatkan Siam dan Burma pada tahun 1786 di mana dianggarkan 70 orang pelarian - termasuk orang Cina Hakka dan orang Melayu.
Gambar kartun pula benar-benar menghina orang Islam atau orang Melayu di Balik Pulau. Apakah risalah ini mahu menceritakan kepada generasi sekarang bahawa orang-orang Melayu dulu adalah kaki berhutang hanya untuk tujuan peribadi manakala kaum Cina berhutang untuk tujuan perniagaan. Manakala Cettiar pula digambarkan sebagai pemberi hutang kepada kedua-dua kaum ini. Beginilah gambaran yang diberikan oleh risalah ini terhadap kaum Melayu.
Kebanyakan tajuk dan gambar menonjolkan sejarah kaum cina. Jika risalah ini ditulis dalam tulisan Cina sudah pastilah risalah ini bagaikan menceritakan kedatangan awal kaum Cina di Singapore. Apakah risalah ini mempunyai maksud tersirat dan disebarkan ke sekolah-sekolah tanpa kebenaran Jabatan Pelajaran Pulau Pinang. Apakah logo Jata Negara yang tertera digunakan tanpa kebenaran atau sengaja digunakan untuk menunjukkan bahawa risalah ini mendapat sokongan kerajaan persekutuan? Apakah arts-Ed merupakan sebuah NGO yang berwibawa dalam menerbitkan risalah berunsurkan sejarah tanah air atau sekadar sebagai NGO yang mendapat sokongan kerajaan negeri? Banyak yang tersirat daripada tersurat dari risalah ini yang diedarkan secara bebas. Banyak juga kos mencetak risalah ini? Apakah duit rakyat digunakan untuk menerbitkan risalah ini yang cuba memesongkan sejarah rakyat supaya rakyat menerima kaum Cina merupakan pendatang awal ke Balik Pulau?

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.