"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, February 12, 2011

Selain Tony Pua, SPRM wajar panggil juga Mat Sabu!

Inilah yang telah, sedang dan akan berlaku di kalangan politikus pembangkang. Tuduhan pemimpin BN/UMNO mengamalkan rasuah sudah jadi perkara biasa sejak dari dulu lagi. Walaupun BPR ditubuhkan dan kini menjadi badan bebas sebagai SPRM tapi pemimpin pembangkang akan menggambarkan kepada rakyat sebaliknya betapa seriusnya amalan rasuah di kalangan pemimpin BN/UMNO pada hari ini. Pegawai kerajaan yang rasuah dikaitkan dengan kerajaan BN tapi dalam ceramah mereka disebutkan pemimpin BN/pemimpin UMNO. Inilah kerja politikus pembangkang selama ini. Jika tidak mereka akan ketandusan isu. Ini terbukti bila Mat Sabu berceramah di Teluk Kumbar baru-baru ini mendakwa Zahid Hamidi memiliki 40 buah kereta hanya dengan dengar cerita orang semata-mata. Tanpa ada bukti Mat Sabu telah melakukan fitnah di khalayak ramai serta menjatuhkan maruah Zahid Hamidi. Apakah tujuannya? Apakah tidak berdosa? Itu bukan fitnah?
 Kali ini pula Tony Pua lebih berani. Beliau mendakwa kerajaan berbelanja 870 peratus lebih mahal daripada kos yang dikeluarkan oleh negara lain dengan meluluskan peruntukan RM6 bilion untuk membeli enam buah Kapal Tempur Pesisir atau Littoral Combat Ship (LCS). Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menunggu laporan daripada Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua itu berhubung dakwaan itu. SPRM mengalu-alukan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu tampil memberi fakta dan asas-asas dakwaan yang dibuat supaya SPRM dapat menjalankan siasatan menjurus kepada dakwaan dengan jelas.
"SPRM tidak boleh membuat siasatan atas dakwaan yang liar dan tidak ada asas,” kata sumber itu, dan menambah kata dakwaan yang tidak jelas hanya akan menjadi ‘tohmahan’ semata-mata. "Janganlah biarkan kami (SPRM) seperti tercari-cari sebatang jarum di atas padang rumput yang luas,” katanya. Sumber itu berkata, sekiranya Pua tidak tampil, SPRM akan cuba menghubungi wakil rakyat DAP itu bagi mendapatkan fakta sahih untuk membuka kertas siasatan.
Jika SPRM boleh melakukan cara ini, insyaAllah kempen-kempen kotor pembangkang dengan fitnah-fitnah dan tohmahan akan dapat dikurangkan. Jika dakwaan itu benar, SPRM dipersilakan mengambil tindakan tegas dan adil tanpa pilih bulu atau warna kulit.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.