"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, February 4, 2011

Gempar: Mat Sabu kena balun dengan suku sakat Zahid Hamidi di Teluk Kumbar

Mat Sabu sedang berbohong!
Malam semalam Mat Sabu dalam ceramahnya mendakwa Zahid Hamidi memiliki sebanyak 40 buah kereta. Mat Sabu penipu besar kata seorang suku sakat daripada keluarga Zaid Hamidi kebetulannya menetap dan mendengar ceramah pada malam itu di Teluk Kumbar. Tentulah dia kenal siapa sebenarnya Zahid Hamidi. Malam itu Mat Sabu temberang besar kepada kira-kira 500 peminatnya pada malam itu. Sebenarnya Mat Sabu penipu! pembohong!. Nak jadi cerita di sebelahnya si Mamat itu ada kawannya seorang penyokong PAS mencabar si Mamat ini kerana menuduh Mat Sabu seorang pembohong. Puak-puak ini terlalu sayang kepada pemimpin mereka. Pantang dengar jika ada yang mengatakan pemimpin mereka pembohong atau pun penipu. Pemimpin sebuah parti Islam mana boleh jadi seorang pembohong. Mereka langsung tak percaya selama ini pemimpin PAS dok pekena mereka dan dok temberang mereka. Sebenarnya ada pemimpin PAS bukan setakat penipu dan pembohong malahan bini orang pun mereka kebas. Duit mangsa Memali pun mereka kebas. Apa sangat dengan cerita-cerita bohong yang mereka jaja setiap pelusuk dan tempat di seluruh negara ini.
Oleh kerana si Mamat ini dicabar pada malam itu untuk bersemuka dengan Mat Sabu. Pantang dicabar juga si Mamat ini, beliau pun terus berjumpa dengan Mat Sabu selepas Mat Sabu menamatkan ceramahnya. Hairan juga orang-orang kanan dan orang-orang kiri  di sekeliling Mat Sabu yang ada pada malam itu. Hilang gentar dan timbullah semangat berani si Mamat itu berdepan dengan pemimpin kanan PAS malam itu. Selepas bersalam, terus dia balun Mat Sabu. Muka Mat Sabu merah padam. Dia tanya Mat Sabu " Dari mana tuan dapat maklumat yang mengatakan Zahid Hamidi memiliki 40 buah kereta?". Dengan pantas Mat Sabu jawab " daripada oranglah yang bagi tahu". Dia menegur Mat Sabu dengan berkata " Hanya daripada orang, tuan boleh ceritakan hal ini di hadapan khalayak ramai pada malam ini". Air muka Mat Sapu pada malam itu tampak malu yang amat sangat kerana dibelasah oleh penonton sendiri pada malam itu juga. Si Mamat tahu Mat Sabu memang kaki temberang. Tapi orang ramai yang datang malam itu apa tau. Mereka tentu tidak percaya sebab pemimpin PAS sebagai pemimpin Islam tak boleh berbohong.
Si Mamat mengutarakan lagi persoalan seterusnya kepada Mat Sabu. Geram sungguh si Mamat pada malam itu. Mat Sabu ada mendakwa isteri polis (bukan polis) ikut serta membuang undi pos. Sekali lagi si Mamat itu balun Mat Sabu. Tak terkata apa-apa Mat Sabu. Tak terjawablah Mat Sabu kerana ia kaki temberang. Si Mamat itu cabar Mat Sabu supaya Mat Sabu berikan nama polis dan nombor polis kepada beliau untuk dia jalankan siasatan. Anggota polis mana yang memberitahu bahawa isteri polis (surirumah) juga membuang undi menggunakan undi pos. Sekali ini si Mamat balun sesungguhnya muka Mat Sabu. Si Mamat kata bahawa beliau seorang bekas anggota polis tak pernah sekalipun isterinya yang tidak bekerja (suri rumah) membuang undi secara undi pos. Sekali lagi Mat Sabu kata maklumat itu daripada anggota polis.
Begitulah kisah Mat Sabu kena balun. Orang sekeliling pada malam itu terkejut juga bila melihat pemimpin mereka dibelasah oleh seorang bekas pesara polis. Besok atau lusa sekali lagi Mat Sabu akan membohongi rakyat di Teluk Bahang. Mat Sabu akan membawa cerita yang sama untuk orang Teluk Bahang. Mungkin si Mamat akan ikut untuk membelasah Mat Sabu sekali lagi di Teluk Bahang. Tak marahkah Mat Sabu jika ada orang mengatakan bahawa Mat Sabu pernah buat 'projek' bagi kali kedua dengan bini orang dalam sebuah hotel di Pulau Pinang. Orang yang kata, sesiapa pun boleh kata kerana Malaysia memberi kebebasan bersuara. Pujian patut diberikan kepada si Mamat itu kerana  dia berani dan pantang pula dicabar maka bertindaklah tanpa takut dan gentar. Dalam isu ini, Mat Sabu kena ingat, orang Melayu sudah sedar bahawa dia kaki penipu dan dia pun bukan baik sangat. Si Mamat itu sebenarnya bukan pun ahli UMNO tapi dia naik angin bila Mat Sabu tanpa segan dan malu membohongi hadirin pada malam itu.  Nasib baik si Mamat ini tak balun dengan tangan, jika tidak "kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa". Dan lagi kata pepatah Melayu, " Terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak mulut maka buruklah padahnya".

9 comments:

  1. Orang2 PAS pun dah ketepikan Mat Sabu sebab dia pandai mengorat bini orang dan kuat kelentong.
    Orang PAS ni kalau bini dia sensitif sedikit jaga betul. Tapi kalau bini orang nak balun habis!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah marilah kita bersyukur kepada Allah.....diperkenankan jua Allah akan doa dalam solat hajat jauak2 nie...kebenaran akan terpancul dari sesiapa sahaja dengan kehendak Allah..kerana Allah akan terus memelihara agama spt yang dijanjikannya dalam AL QURAN...

    Juak2 penipu tu dah tak leh nak bermuka2 lagi...more to come bro don't be surprise...tiada yang pelik dan mustahil , kalau itu dikehendak Allah pasti terjadi..

    ReplyDelete
  3. Rakyat Melayu/Islam sudah mulai sedar. Sokongan kpd calon UMNO semakin bertambah baik. Tapi kaum Cina juga yang masih suka dengan puak2 ini sebab puak ini yang menjadikan Melayu/Islam semakin lemah di Msia. PAS tak dapat buat pun di PP dan Selangor.

    ReplyDelete
  4. Syabas SiMamat Teluk Kumbar. Org kuat UMNO pun tak berani spt itu. Berani potong anu jika berani.

    ReplyDelete
  5. Salam bro.

    Mengikut ajaran Islam Pas, menipu, kelentong, bohong, putar-belit, fitnah...tidak menjadi kesalahan asalkan niatnya baik iaitu untuk menaikkan kebencian dan memberi undi kepada Pas.

    p/s: http://laksabentan.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. salam, mat sabu dngr cakap orng last sekali bini org dia angkat.....adakah ini yang menjadi idola pada penyokong pas fikir2 dan renung2kan lah

    ReplyDelete
  7. Biasa la tu ..sapa yang tak kenal Mat Sabu..haru lagi merapu..

    dah tak ada modal nak buat ceramah....

    PAT PAT SIKU LIPAT..
    DUDUK RAPAT-RAPAT..
    DENGAR MAT SABU MENGUMPAT!!!!!!

    ReplyDelete
  8. Kepada saudara Mat Sabu....sudah-sudah laa menyebarkan berita yang tak benar. Awak tu merupakan seorang pejuang yang mendokong perjuangan Islam. Satu lagi. PAS tak payah laa bergabung dengan parti lain. Berjuanglah atas landasan sendiri. Sekarang dah banyak kecelaruan. Jika terus begini ISLAM akan dihina dan diperlekeh oleh orang lain. Biarlah lambat mencapai kejayaan tetapi kejayaan untuk orang yang memperjuangkan islam itu tetap akan tiba. Majoriti tak menjamin kualiti.

    ReplyDelete
  9. Sebagai orang ISLAM fikir la sendiri yang mana betul yang mana salah. Apa guna mengucap kalau sekadar mengucap sahaja. Sebab tu ALLAH bagi kita akal dan contoh umat serta pimpinan terdahulu. Cuba renung kenapa ALLAH turunkan NABI MUHAMMAD sempurna segala sifat dan kelakuan. Material tak menjaminkan keimanan. Pembangunan tak menjaminkan kemenangan. Selagi ISLAM tidak bersatu dan menjadi wadah perjuangan hidup tak payah laa nak bangga dengan apa yang ada. Sampai waktu kedalam bumi juga kita. Itu pun kalau bumi nak terima.....

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.