DS Najib bersama Ketua2 Bahagian |
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua bahagian yang menghadapi masalah dalaman khususnya membabitkan perselisihan antara pemimpin supaya mengatasi kemelut yang berlaku itu dengan segera.
Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan kepimpinan di peringkat bahagian menjadi lebih padu. Kata DS Najib " Kita telah mendengar masalah dalaman yang dihadapi dan kita telah memberi nasihat apa yang patut mereka lakukan supaya kekuatan kita lebih padu khususnya dari segi kepimpinan di peringkat bahagian". Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan 118 ketua UMNO bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
Komen:
Banyak masalah sebenarnya. Namun masalah umum hampir kebanyakan bahagian lebih berkaitan dengan calon untuk PRU yang akan datang. Usaha menonjolkan diri oleh pemimpin-pemimpin tertentu sangat ketara. Nampak sangat nak jadi calon terutama calon Parlimen. Tak kiralah sama ada baru sepenggal dua jadi YB, jika boleh pemimpin seperti ini mahu naik secepat yang mungkin. Kita tak tahu pasal apa, apa pula yang dia nak dikejarnya? Dia tak kisah lagi hati dan perasaan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Dia tak kisah lagi apa yang akan terjadi terhadap kekuatan parti UMNO selepas itu. Dia tak kisah sokongan akar umbi kepadanya. Yang penting bagi dirinya, dia mesti naik dulu.
Inilah antara penyakit yang sedang berlaku di bahagian. Yang baru tak sabar nak jadi calon parlimen. Begitu jugalah YB yang lama, sudah naik dan turun nak naik lagi. Apa pula yang mahu dikejarnya? Jangan ikut nafsu, lesu. Jangan ikut rasa, binasa. Kami ahli-ahli UMNO sayangkan parti UMNO. Ramai pemimpin UMNO dan ahli-ahli UMNO mahu parti UMNO semakin kuat selepas PRU13 akan datang. Jangan nanti "menang sorak kampung tergadai". Kekuatan parti di bahagian perlu dimantapkan lagi. Elakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan parti. Bertolak-ansurlah sesama pemimpin agar kekuatan parti dapat dimantapkan lagi. Kita tidak ketandusan pemimpin sebenarnya tapi kerakusan kita menyebabkan peluang pemimpin lain berpotensi tersekat dan akhirnya berlakulah pula perpecahan dalam parti. Inilah yang sedang dan akan berlaku. Rakyat sudah lama memerhatikan lakonan dan tingkahlaku pemimpin kita di peringkat negeri mahupun bahagian malahan di peringkat cawangan. Bukan semua pemimpin UMNO rakyat suka. Tersalah pilih calon terbaik dalam pilihanraya yang akan datang, calon UMNO akan kalah. Jangan tumpang selesa dengan kemenangan beberapa PRK yang lalu. Masalah dalaman parti jika tidak diatasi dengan bijaksana oleh pemimpin Bahagian itu sendiri, kekuatan parti akan jadi rapoh dan sudah pasti calon BN akan kalah dalam PRU yang akan datang. Lu fikirlah sendiri!
Salam paktam;
ReplyDeletesaya sokong isu ini memang juga berlaku dibahagian saya dan lain2 bahagian pun. harap ketua bahagian ambil sirius isu ini. jangan penting diri sndiri.
Syabas Paktam atas keprihatinan terhadap isu ini.
ReplyDeletePemimpin UMNO dari peringkat teringgi hingga peringkat cawangan usah lupa diri. Ingat kembali saat-saat keputusan PRU12 diumumkan dan ingat semula resolusi perhimpunan agung UMNO yang lalu.
Antara sebab mengapa rakyat Melayu tolak UMNO dalam PRU12 adalah kerana JELAK dengan sikap pemimpin dan penyokong UMNO bukan kerana PR hebat. Pelbagai ciri watak pemimpin UMNO yang negatif sangat melekat dan serasi pada diri mereka.
Adakah masih mereka ingat? Jangalah kerana kemenangan dalam beberapa PRK lalu menjadi pemangkin kepada tumbuh suburnya ciri peribadi busuk itu lagi. Ikhlaskan perjuangan anda kerana rakyat memerahati dan menilai!
Saya sokong 1st komen ni....betul!!! UMNO kene betulkan diri dulu, supaya orang tak menyampah. Banyak saya dengar yg wakil rakyat BN ni sombong/bongkak melampau, duit peruntukan tidak disalurkan, muka nampak masa pilihanraya je, tolong kaum keluarga je, tidak telus , dan beristeri ramai(ma'af ye, tapi ini betul), kaya sendiri2 je (mana dapat duit?). Tu yg buat rakyat menyampah dan pilih PR, sebagai protes!
ReplyDeleteKetua bahgian dan ajk bahgian kenalah kerap2 sikit meetting cari penyelesaian. jangan bergaduh atau merebut sama sendiri. dok tengok sibok dok perbetoi diri sendiri aje...
ReplyDeleteSalam .
ReplyDeleteBukan semua pemimpin yang boleh menjadi pemimpin dan memimpin. Masaalahnya yang dipilih bukannya pemimpin tetapi yg perlu dipimpin.Kita tertipu dengan sikap sandiwara mereka terhadap orang-orang bawahan yang mereka cop sebagai orang kampung manalah depa tau , akan tetapi tipah tak selalu boleh ditipu lagi. Kalau dulu mungkin ilmu atau pendedahan media tidak seberapa canggih namun sekarang ini semuanya sudah berlainan , kebanyakan dari kita telah menyedari akan kesilapan yang pemimpin lakukan dari hari kesehari. Lama kelamaan penyakit yang dahulunya kecil telah merebak menjadi besar dan sekarang amat suar untuk diubati.
Seharusnya dicawagan dan bahagian setiap pemimpin yang dilantik hanya boleh memegang jawatan tersebut selama 2 penggal dan kemudiannya diadakan pemilihan yang baru. Ini adalah untuk menyuburkan sistem demokrasi berparlimen yang sihat. Pemimpin akan lebih fokus kepada tugas dan amanah yang diberikan kepada mereka. Ini juga boleh memberi peluang dan laluan kepada bakal peminpin yang lain utk memegang jawatan dan mencurahkan idea mereka terhadap matlamat parti dan kesinambungan yang perlu diteruskan. Tidak akan ada lagi pemimpin yang selesa dan berkroni jika hanya dapat memimpin selama 2 penggal sahaja. Saf kepimpinan AJK bahagian pula diwarnai oleh bakal2 pemimpin yang beridea dan berkarisma dalam bersama-sama membantu utk memimpin kearah yang lebih telus dan jujur.
Sentimen kroni lama kelamaan akan terhakis dan terhapus dengan sendirinya jika ini benar-benar terjadi.
Sekarang ini jika kita amat-amati dikepinpinan AJK Bahagian kita amat kekurangan bakal pemimpin dan boleh dikatakan kosong disebabkan line up dan keputusan Ketua Bahagian dalam mengatur AJK tersebut. banyak Pak Turut dalam AJK Bahagian dan tak terketinggalan juga yang hanya sekadar melengkapkan syarat. Mesyurat AJK jarang sekali diadakan , peratus AJK yang hadir pula merosot , program yg dirangcang pula kerap kali ditunda atau langsung tidak dilakukan disebabkan oleh bahagian yang tiada peruntukan namun awalnya gah dibincangkan .
Kita sebenarnya sudah lama tersasar dari landasan kepimpinan yang seharunya dan jangalah kita terus tersasar. Kepada pemimpin yang lama sangat memimpin turun sebelum diturunkan dengan aib dan kepada bakal-baal pemimpin carilah resepi baru yg lebih enak dari resepi yang sedia ada. masyarakat telah pandai menilai dan kita sebenanya ada ramai bakal pemimpin yang berkaliber cumanya peluang tidak diberikan dan acapkali dicantas oleh pemimpin yang rakus dan tidak beramanah ini.
salam tuan apa yng tuan tulis cukup benar yang lama akan kekal selama-lamanya xada chan lansung yang baru.Jadi idea lama juga yng dipertngahkan sebab dah terlampau lama dok diatas dah xada idea lnsung tapi apa pun dlam hati apa pun jdi jnji masukkkkk.kalau ada pmpin sebgini rupa mampuih,hncur melayu entah2 tanah melayu pun dah xada cuma tnggal KTM itu pun klau ada????Kami ni ahli2 umno nak sngat ada perubahan dipihak atasan yang dah lama sngt ingat2 sama bukan nya boleh tongkat langit pun kubur dok pngil mai umah dok suruh pi.....jngn nanti masa pilihanraya berputih mata atas sebab kroni le blalalala.......xkan nak kena jajah lagi mula peniaga kena roboh kedepan rumah pula kena roboh....FIKIR2KAN LAH PEMIMPIN ATASAN JNGN DOK KIRA DUITTTTTTTTTTTTTTT JE FIKIR2KAN LAH WAHAI MELAYU XKAN MELAYU HILANG DIDUNAI.....????
ReplyDelete