"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, August 6, 2011

Kerja Ketua Pembangkang: Memburukkan negara dalam syarahannya di Manila

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi cuba memberi gambaran buruk tentang Malaysia di luar negara apabila membuat kenyataan kepada media di Filipina bahawa demokrasi di Malaysia semakin terhakis.
Kenyataan Anwar itu dilaporkan akhbar The Philippine Star hari ini ketika Ahli Parlimen Permatang Pauh itu melawat ibu pejabat akhbar itu di Manila.
Anwar berada di Filipina bagi menyampaikan satu syarahan mengenai pengaruh Dr. Jose Rizal dan Ninoy Aquino serta kepimpinan ASEAN di University of the Philippines di Diliman, Quezon City.
Menurut laporan akhbar yang disiarkan melalui blog http://anwaribrahimblog.com itu, Anwar berkata, beliau amat menghargai sokongan rakyat Filipina kerana terus menyokong perjuangan demokrasi di Malaysia.
"Terima kasih kerana menyokong kebebasan dan demokrasi, ia amat bermakna," kata Anwar kepada pengarang-pengarang dan kolumnis ketika melawat ibu pejabat akhbar itu.
Dalam kenyataannya kepada akhbar itu juga, Anwar berkata, demokrasi di Malaysia semakin terhakis dan rakyat negara ini tidak mendapat pilihan raya umum yang bebas selain media yang juga tidak bebas dalam melaporkan berita.
Anwar turut mendakwa kes liwat keduanya yang akan bermula semula pada Isnin ini berkemungkinan akan dilengah-lengahkan sehingga pilihan raya umum akan datang.
Beliau juga mendakwa pihak berkuasa Malaysia berkemungkinan akan melakukan penipuan bagi membolehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kembali berkuasa selepas pilihan raya umum nanti.
Anwar berkata, pihaknya menerima laporan bahawa terdapat 200,000 warganegara Indonesia yang telah didaftarkan sebagai pengundi pada pilihan raya umum di Malaysia.
Sumber: Utusan Malaysia 6/8/2011

1 comment:

  1. bapak penipu cuba menipu lagi

    satu dunia akan ditipunya

    kalau sapa sapa ada kenalan dinegara luar, berikan amaran awal, beritahu sumber anda, ketua pengganas no 1 malaysia cuba mempengaruhi ideologi orang gila ............................................

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.