"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, August 10, 2011

Pelbagai pihak desak Pas gugurkan Islam pada nama parti

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Pas wajar menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu apabila gagal membela akidah sekumpulan umat Islam dalam kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah Gereja Methodist di Damansara Utama, minggu lalu.

Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, perjuangan Pas sekarang hanya semata-mata politik dan bukannya berusaha menegakkan Islam seperti mana matlamat pada awal penubuhannya.

''Disebabkan politik mereka terpaksa akur dengan desakan dan tekanan daripada rakan-rakan partinya yang lain sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahupun DAP. Ini yang berlaku sekarang,'' katanya di sini, hari ini.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin juga mahu Pas menggugurkan perkataan Islam kerana parti berkenaan tidak layak menggunakan perkataan yang amat suci itu.

Beliau berkata, jika Pas sebagai sebuah parti Islam bertanggungjawab sudah tentu parti itu akan segera mempertahankan tindakan JAIS dalam usaha menyelamatkan segelintir akidah umat Islam daripada terpesong.

Bagaimanapun beliau berkata, harapan tinggal harapan, Pas yang dahulunya begitu hebat memperjuangkan Islam kini terpaksa akur dengan tekanan PKR dan DAP atas nama politik.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, sebarang perkara yang melibatkan akidah tidak boleh dikompromi serta bukan perkara dagangan politik. Sepatutnya Pas tegas menyatakan pendirian mereka menegakkan Islam tanpa perlu berdolak dalik.

''Maka wajar perkataan Islam dalam Pas dibuang kerana mereka jelas tunduk kepada tekan pemimpin PKR dan DAP ,'' katanya lagi.

Seorang bekas lagi setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman berkata, apa yang berlaku itu adalah hasil kejayaan Anwar mempengaruhi Pas supaya parti itu lebih terbuka dan liberal.

''Jika dahulu saya sendiri masih ragu-ragu untuk menentang Pas kerana beranggapan Pas sebagai sebuah parti memperjuangkan Islam, kini semuanya sudah jelas.

''Pas tidaklah berbeza dengan PKR dan DAP. Kini kepentingan politik DAP, PKR serta meraih sokongan orang bukan Islam telah menjadi tajuk utama perjuangan Pas,'' katanya lagi sambil berharap Pas sedar dengan kepincangan yang berlaku dan kembali berjuang demi Islam.
Sumber: Utusan Malaysia 10/8/2011

3 comments:

  1. Kalau Pas didesak gugur nama islam, Bank islam tu macam mana. Islam tu nama yang satu dan suci sebenarnya tak boleh guna kat mana-mana produk pun: bank ka, parti ka, jenis pinjaman ka . Sebab pengelolanya manusia biasa, mesti buat silap punya dan jika berlaku kesilapan besar, putar belit perkataan ka, itu tak mencerminkan islam tetapi menggunakan nama islam supaya dapat sokongan orang melayu/islam. Tak pernah pula dengar kaun yahudi guna nama ugama depa kat mana mana

    ReplyDelete
  2. Dulu bila PAS beriya-iya nak Islam, dilabelkan PAS tu mcm2. Sesat, komunis, taliban dan lain2. Berdakwah pun kena bunuh oleh pemimpin UMNO seperti di Memamli. Org akan kata Ibrahim Libya tu pengganas sebab peranan media tu amat berkesan untuk kerajaan, sedangkan beliau bekas pendakwah di Pusat Dakwah Islam KL, cuma yg jadi salahnya kerana beliau letak jawatan bertanding atas tiket PAS. Sakitnya hati UMNO kalau org jadi pendakwah sehingga mencipta cerita2 buruk tentang pendakwah spt Ibrahim Libya. Sekarang ni peranan media juga digunakan untuk melunakkan apa saja agenda untuk meruntuhkan PAS. Semua org tahu itu. Yg bodoh hanya lah UMNO, yg cerdik itu selain UMNO.

    ReplyDelete
  3. Tak ada modal lain dah ke anon 11.32am. Hanya komen itu yang dijaja seluruh blog pro UMNO. Komen itu pun banyak yg tak betul.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.