"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, April 23, 2012

Syed Amer: Pemimpin 'humble' disukai semua rakyat!

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Syed Amerruddin Syed Ahmad merupakan pemimpin yang 'humble' di kalangan rakyat dan pengundi-pengundi di kawasan Balik Pulau.
Dalam UMNO dan luar UMNO sama ada dalam negeri Pulau Pinang mahupun rakan-rakan di luar negeri Pulau Pinang ramai yang mengenali beliau. Cuma beliau pemimpin yang tidak gemar menonjolkan diri atau 'low profile'.
Sepanjang beliau melibatkan diri dalam politik UMNO, beliau belum pernah mencabar pemimpin-pemimpin lebih senior. Politik beliau yang bersih, yang suka berterus terang dan tidak suka menyentuh peribadi pemimpin lain menyebabkan beliau amat disukai dan dihormati kawan dan lawan. Beliau suka membantu rakyat yang memerlukan pertolongan, tak kira bangsa, agama dan fahaman politik. 
Oleh kerana beliau terlalu lama sebagai ADUN, kini beliau berhasrat untuk menawarkan diri sebagai calon ahli parlimen Balik Pulau dalam PRU13 akan datang. Selaku ADUN Bayan Lepas dan Timbalan Ketua Bahagian serta mempunyai rekod perkhidmatan yang cukup baik semasa menjadi exco, tidak dinafikan beliau mempunyai pengaruh dan pengalaman yang cukup luas.
Tapi rata-rata pemerhati politik serta pemimpin-pemimpin UMNO/BN telah melahirkan kebimbangan kerana situasi politik dalam UMNO/BN di Balik Pulau agak kritikal. Masing-masing ADUN seperti kawasan Telok Bahang diwakili oleh YB. DS Dr. Hilmi dan Pulau Betong diwakili oleh YB Mohd Farid mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri.
Masing-masing menaruh harapan yang sangat tinggi untuk dicalonkan sebagai ahli parlimen. Hanya rakyat dan pengundi-pengundi kawasan Balik Pulau yang dapat menentukan siapakah antara mereka yang paling layak? Jangan mengulangi kesilapan memilih calon, jika tidak sekali lagi kerusi Parlimen Balik Pulau terus kekal di tangan pembangkang. Tidak dinafikan sedikit sebanyak kerusi DUN juga akan tergugat kerana majoriti dimenangi oleh wakil rakyat BN dalam PRU12 yang lalu tidaklah begitu besar. Jangan lupa kepada pepatah Melayu, "Yang tamak selalunya akan rugi" dan "Sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian tidak akan berguna lagi".

9 comments:

  1. Salam......
    Saya bukan orang politik tapi saya memerhati politik balik pulau. Dengan sebab itu terlintas untuk saya membri komen demi kebaikan semua. Saya amat setuju dengan keterangan tuan, dari apa yang saya tahu, beliau sememangnya seorang yang "low profil" tidak suka tonjolkan diri. Diam tapi rekod pencapaian beliau sebagai Yb DUN tidak boleh di nafikan, mempunyai rekod yang amat baik. Beliau memang suka tolong orang tambahan lagi soal pendidikan dan dalam kesusahan. Orang kampung suka dengan cara beliau mendampingi masyarakat. Rata rata orang cakap sekiranya beliau di calon sebagai ahli Parlimen Balik Pulau mereka akan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Tam,

    ADUN Bayan Lepas yang lebih dekenali dengan YB Syed
    amat dekat dihati saya...beliau sentiasa membantu tanpa mengira siapa...dan jika beliau di calonkan sebagai Ahli Parlimen Balik Pulau...mudah tugas BN

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan pandangan PAK TAM..memang YB.SYED ni seorang yang low profile..nampak rilek ja tapi pengalaman dan jasa beliau amat besar kepada kami di Kawasan DUN Bayan Lepas..saya salah seorang Ketua Cawangan UMNO di dalam DUN Bayan Lepas..mintak lah apa jua peruntukan dan bantuan pasti akan tertunai..jasa YB.SYED amat besar..saya sokong 100% kiranya tercalon YB.SYED sebagai calon ahli Parlimen Balik Pulau untuk PRU 13 nanti..hidup YB.SYED

    ReplyDelete
  4. Pak tam..rasanya YB.SYED adalah calon yang sesuai untuk menjadi calon BN bagi kerusi ahli Parlimen Balik Pulau..berbanding dengan 2 YB.sedia YBDSHHY-YBSrMFHS..juga seorang lagi nama yang saya dengar Pengerusi K1MBD..SAYH..Kredibiliti YB.SYED teramat baik..dengan rekod bersihnya sebagai wakil rakyat..x dinafikan YBSr.sekarang ini banyak membuat program yang agak besar di BP..tapi rasanya masih terlalu baru dalam politik BP..mungkin masanya akan tiba bagi YBSrMFHS..kita harap beliau akan bersabar masanay akan tiba..bagila laluan kepada YB.SYED yang paling senoir..YBDSHHY rasanya dah sampai masa bersara..

    ReplyDelete
  5. Assalam semua pembaca sekelian;
    Siapa pun yang dicalonkan kita pasti akan terima. Tapi biarlah calon itu yg lebih berwibawa supaya calon BN tidak berdepan dengan halangan yang besar. Jangan kita bersengkata sesama sendiri disebabkan calon. Pemimpin2 UMNO/BN peringkat bahagian perlu saling memahami dan bertolak ansur serta tidak penting diri sendiri. Berilah peluang kepada pemimpin2 yg baru. Pemimpin lama pula dilupa jangan.
    Tk.

    ReplyDelete
  6. Yb Syed kalau jadi ahli parlimen sudah tentu senang untuk kita buat kerja. Tak payah susah2 sbb Yb syed orng yg di kenali dasn low profile....

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah BN dapat kembali Parlimen di samping kekalkan 3 DUN yang dimenangi..apapun calon yang dipilih kita terima..tapi biarlah yang bersesuaian dan disukai oleh penduduk di dalam Parlimen Balik Pulau...cadangan YB.SYED saya terima sebagai calon..saya juga salah seorang KC didalam DUN Beliau

    ReplyDelete
  8. Insya'Allah YB Syed Amer akan menang Parlimen Balik Pulau!

    ReplyDelete
  9. Syed amer cemerlang??? hampa pakai otak apa menilai pencapaian dia begitu? Beliu menentang usaha Dr. Hilmi untuk melebarkan jalan teluk kumbar-bayan lepas...menyusahkan orang ulang-alik ketempat kerja, menyebabkan kemalangan yg semakin meningkat. cemerlang?? Apa yg dia dah buat utk membantu nelayan?? stor nelayan pun tak mampu dia pengaruhi kerajaan pusat utk sediakan budget! pelingkop masyarakat adal lah!

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.