"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, June 30, 2012

Kerajaan PR lebih islamik daripada kerajaan BN!

Jika dengar ceramah PAS sudah pasti penceramah akan mengatakan sokong PAS sokong Islam, sokong UMNO sokong perlembagaan penjajah dan yahudi. Undi PAS dapat pahala dan masuk syurga. Apakah sebenarnya yang sedang berlaku? Betulkah sokong PAS dapat pahala atau bala?
Jika kita lihat dengan mata kepala sendiri, bukan fitnah tapi realiti. Di Pulau Pinang terutama bandar-bandar besar seperti Georgetown dan Bukit Mertajam ibarat kata orang kampung, malam dah jadi siang. Cuma bentuk aktiviti berbeza. Pada malam hari di sana sini, pusat-pusat hiburan hidup subur sentiasa dikunjungi orang ramai termasuk orang-orang Islam sendiri.
Pusat karaoke pun begitu menjadi tumpuan anak-anak muda termasuk pelajar-pelajar yang ponteng sekolah. Pusat siber cafe bukan sahaja di bandar malahan ada di mana-mana termasuk di pekan-pekan kecil tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Ibubapa pelajar telah melahir rasa bimbang dengan fenomena ini tapi apa boleh buat, pihak berkuasa tempatan telah meluluskan operasi pusat CC 24 jam satu hari. PBT pula dbawah pentadbiran dan bidang kuasa kerajaan negeri.
Apakah kerajaan PR yang memerintah PP hari ini begitu mengutamakan perniagaan tanpa memikirkan akibatnya kepada masalah sosial di kalangan remaja? Mengapakah PAS sebagai rakan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang berdiam diri dalam isu ini? Di mana suara lantang PAS yang begitu kuat menentang kewujudan pusat-pusat hiburan, konsert-konsert, Jom Heboh dan sebagainya yang dikatakan melalaikan dan membawa remaja ke arah kemaksiatan. Kenapa PAS sanggup berkongsi dosa dengan kerajaan negeri membiarkan pusat-pusat hiburan hidup subur seperti syurga malam untuk rakyat Pulau Pinang.
PAS perlu buktikan bahawa pusat hiburan terkawal di bawah kerajaan PR bukan berleluasa bebas tanpa kawalan. PAS perlu buktikan semua pusat-pusat hiburan termasuk pusat karaoke dan siber kafe beroperasi dalam tempoh waktu yang sesuai. Semasa BN memerintah dulu, pusat hiburan tidak sebanyak ini. Pusat-pusat hiburan seperti siber kafe hanya dibenarkan beroperasi hingga jam 12 tengah malam. Apakah pemimpin PAS dalam kerajaan PR buat-buat tak nampak isu ini?
Oleh itu sokong PAS dapat pahala jika PAS mampu tangani isu-isu di atas. Jika sebaliknya pemimpin PAS berdosa besar kerana berjanji pahala kepada pengundi-pengundi sedangkan pemimpin PAS sendiri tak mampu melaksanakan amanah itu.
Jika tak mampu kenapa berjanji. Jika tak mampu kenapa kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO juga pemimpin Islam mahu diruntuhkan? Sedangkan semasa BN memerintah pusat-pusat karaoke dan pusat-pusat hiburan lebih terkawal. Berdosakah rakyat yang menyokong BN/UMNO sedangkan kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO mampu memperkembangkan syiar Islam seperti rakyat saksikan sekarang ini.
Sejak merdeka kerajaan Perikatan (dulu) dan BN (sekarang) telah mampu menaikkan imej negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di dunia. Tokoh agama di nusantara dan dunia Arab telah mengiktiraf Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang maju. Cuma yang rakyat Malaysia sendiri sedih bila pemimpin PAS dan DAP tidak mengiktirafkan Malaysia sebuah negara Islam.
Rakyat tidak hairan dengan DAP kerana semua sudah tahu pun bahawa DAP mahu membentuk Malaysia sebagai sebuah negara sekular. Tapi PAS sanggup menafikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam kerana kepentingan politiknya. PAS mahu beritahu rakyat bahawa kerajaan UMNO belum tidak Islamik. PAS akan cuba menidakkan kemampuan kerajaan BN/UMNO memperkenalkan pajakan Islam, sistem kewangan Islam dan isnurans takaful. Dalam masa yang sama kerajaan BN/UMNO berusaha memertabatkan peranan mahkamah syariah. Erti kata lain, rakyat negara Islam lain telah melihat Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.
Oleh kerana PAS mahu ganti UMNO dalam politik tanah air di Malaysia ini maka tak dapat tidak pemimpin PAS terpaksa menafikan bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam mengikut persepsi PAS. Walaupun umat Islam di Malaysia dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna, ribuan masjid dibina di seluruh negara,  surau-surau ada di mana sahaja, di pejabat-pejabat kerajaan, dan sepanjang lebuhraya, tapi PAS akan menafikan Malaysia bukan negara Islam. Apakah PAS tidak berdosa menentang negara yang diketuai oleh pemimpin Islam, dan jawatan-jawatan utama dalam negara dipegang oleh orang Islam? Walaupun begitu PAS masih gagal menjadikan Kelantan sebagai sebuah negeri Islam contoh yang maju di kalangan negeri-negeri yang ada di Malaysia? Cuba anda fikirkan apakah kerajaan BN/UMNO yang memerintah Malaysia hari ini perlu digantikan dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih Islamik?

1 comment:

  1. Bukankah PAS ni parti puak-puak yang bertopengkan agama. Kalau orang lain buat mereka kutuk tapi mereka buat tak apa. BN bagi bantuan mereka kata rasuah walaupun merekalah berbaris di depan sekali. Tapi mereka lupa anak-anak mereka yang dok mengaji di sekolah dan IPT yang BN bina. Mereka lupa hari-hari mereka guna jalan dan lebuhraya yang BN bina. Di Kedah apa yang mereka buat selain dengan serakahnya membogelkan bukit dan gunung untuk perut mereka. Mereka mensejahterakan Kedah dengan tumbuhnya pusat-pusat karaoke dan hiburan di merata tempat. Puak depa kata pegawai kerajaan sabotaj tapi MB kata memang diluluskan. Dulu kutuk BN bukan main tapi sekarang mereka lebih lanun dan jahat dari UMNO dan BN. Mungkinkah inilah golongan munafik yang telah Rasulullah sabdakan ribuan tahun dahulu. Manusia yang hidup bertopengkan agama dan menjual ayat-ayat Allah tanpa harga demi nafsu serakah mereka.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.