DAP mengulangi pendirian bahawa parti tersebut tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini dan perlaksanaan undang-undang hudud seperti yang disarankan Pas dan Umno.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, pendirian DAP selama ini adalah konsisten dan tidak pernah berubah, namun menegaskan DAP dan Pas bersama-sama berkongsi pendirian untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Kata Guan Eng lagi, atas sebab ini, DAP dan Pas telah menandatangani dasar bersama yang menyatakan kerangka kerjasama dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat (PR) masa depan.

“Jelas, ‘dasar bersama’ tersebut tidak menyebut tentang perlaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan,” katanya sebentar tadi.
Komen:
Bukankah Dato' Hassan Ali dah kata PAS sudah dikuasai oleh puak parasit yang kegilaan untuk menguasai Putrajaya? Golongan ulama dalam PAS seperti Ustaz Nasaruddin Md Isa, Dato' Harun Din, Dato' Ismail Kamus, Dato' Taib Azamuddin dan ramai lagi tidak berani buka mulut. Kerana itulah, dasar perjuangan PAS ditukarkan secara drastik dari perjuangan sebuah negara Islam kepada sebuah negara berkebajikan. Malahan dalam buku Jingga, kitab pegangan Pakatan Rakyat, dasar bersama PR langsung tidak sebut mengenai negara Islam dan hukum hudud.
Yang peliknya kenapalah penyokong-penyokong PAS di kampung-kampung ni beriya-iya sangat bercakap pasal negara Islam dan hukum hudud. Ada yang begitu taksub, menuduh ahli-ahli UMNO kafir kerana menolak hukum hudud. Jika PAS tegas dan jujur kepada penyokong-penyokongnya mengapa PAS tidak memasukkan dalam buku Jingga pelaksanaan hukum hudud dan pembentukan sebuah negara Islam?

Oleh itu status perjuangan Islam PAS samalah seperti perjuangan Islam yang dilbawa oleh UMNO. Walau bagaimanapun setakat ini kerajaan UMNO/BN begitu jauh ke hadapan dalam perjuangan memertabatkan agama Islam sejak 50 tahun dahulu. Itu sebabnya Ustaz Khazim melahirkan rasa bimbang jika pembangkang mahu menggulingkan kerajaan sedia ada.
Katanya lagi kerajaan PR tidak jelas identiti. Ada yang mahu hukum hudud dan ada yang tolak mentah hukum hudud. Ada yang mahu pertahankan Islam sebaliknya ada pula yang perjuangkan LGBT dan pluralisme. Apakah DAP, PAS dan PKR boleh bersama dalam menegakkan perjuangan masing-masing? Mustahil dan amat meragukan! Fikir-fikirlah!