"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, July 14, 2012

Penyokong PAS semakin bercelaru!

Pemimpin PAS hari ini punca umat Islam berpecah. Isteri diceraikan. Kawan dulu seagama dan sebangsa, le ni dah jadi musuh. Cina dikatakan lebih baik daripada orang UMNO kerana nak dapat undi Cina, nak menang pilihanraya. DAP pula dikatakan lebih tahu Islam daripada orang UMNO. Orang UMNO hanya pergi masjid pada hari Jumaat sahaja. Lebih serius lagi orang UMNO didakwa tak solat dan kafir. Nauzubillahi min zalik!
Amanat Haji Hadi adalah buktinya. TG Haji Hadi masih hidup. Dia tak pernah tarik balik fatwanya. Pemimpin PAS juga mendakwa UMNO kafir kerana berkawan dengan bukan Islam seperti MCA dan MIC. Tapi PAS lebih teruk lagi bila PAS sanggup bersekongkol dengan DAP yang jelas menentang Islam. Jika DAP boleh dianggap sebagai kafir harbi apa pula hukumnya PAS berkawan dengan DAP?
Orang Melayu/Islam berpecah menjadi lemah kerana tidak bersatu. Tidak mustahil suatu hari nanti, orang Melayu/Islam akan diperintah oleh bangsa lain dalam negaranya sendiri. Inilah yang sangat membimbangkan kita orang Melayu/Islam di Malaysia hari ini. Oleh kerana pemimpin PAS mempunyai agendanya sendiri, yang selalu berubah-ubah ikut mode kawan dan lawan. Perjuangan asalnya untuk menegakkan sebuah negara Islam digugurkan demi untuk menjaga hati DAP dan PKR.
Penyokong-penyokong PAS di bawah sana sudah bingung dan keliru dengan dasar perjuangan PAS. Pemimpin PAS kelihatan seperti pak angguk atau pak turut. PAS lantang bila berdepan dengan UMNO tapi takut dan ketar menggigil bila berdepan dengan Guan Eng. Banyak dasar kerajaan PR merugikan orang Melayu/Islam. Jika ada pun hanya sebagai umpan.
Dengan itu semakin ramai ahli-ahli PAS secara terbuka mengisytiharkan diri meninggalkan PAS dan menyertai UMNO. Yang meninggalkan PAS secara senyap sudah tidak terkira lagi banyaknya. Sudah ada pun ahli-ahli PAS yang kuat suatu masa dulu kini cuba menjauhkan diri dengan sebarang aktiviti anjuran PAS. Nampaknya orang Melayu/Islam tiada pilihan lagi melainkan menyokong UMNO/BN untuk memastikan nasib agama, bangsa dan negara terbela. UMNO semakin kuat dan sokongan kepada BN semakin bertambah baik berbanding semasa PRU12 dahulu. Biarlah kita sesal dahulu tidak apa, tapi sesal kemudian sudah tidak berguna lagi!

2 comments:

  1. Bila hendak membuat tingkap
    Tingkap dibuat daripada kayu
    Apa saja pemimpin cakap
    Sudah dianggap semacam Wahyu.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.