Merujuk kepada NST pada hari ini (baca sini), Karpal Singh Pengerusi DAP secara tegas dan jelas mempertahankan pendapat lamanya menentang Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Keputusan menentang pelaksanaan hukum hudud kata Karpal Singh bukan datang darinya semata-mata malahan keputusan itu juga merupakan pendirian parti DAP.
Tajuk Debat anjuran Sinar Harian melalui siaran Astro Awani dengan tajuk "PRU13: Orang Muda Pilih Siapa" telah mempertemukan Ustaz Fathul Bari (Ulama Muda UMNO) dengan Ustaz Nasaruddin Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat). Bila terbaca NST, selaku umat Islam, kita rasa kecewa kerana ada TIGA sebab:
- Karpal Singh (Pengerusi DAP Pusat) masih keras kepala tentang isu penubuhan negara Islam. Tapi pemimpin seperti inilah juga yang menjadi kawan PAS untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia hari ini dipimpin oleh PMnya orang Melayu/Islam.
- PAS masih gagal menjalankan dakwahnya mengislamisasikan pemimpin DAP dan sebahagian pemimpin PKR yang bukan beragama Islam. Masih ingatkah kita, suatu masa TGNA pernah mengatakan bahawa pemimpin DAP lebih tahu Islam daripada pemimpin UMNO.
- Ustaz Nasaruddin Tantawi telah berbohong kepada penonton dalam dewan dan juga siaran Astro Awani bagi mematahkan hujah Ustaz Fathul Bari tentang pendirian Karpal Singh terhadap isu negara Islam.
Dalam bulan Ramadhan ini, bulan yang mulia eloklah kita perbanyakkan ibadah. Bercakap yang sepatutnya, yang baik-baik. Jika nak sebarkan maklumat, kita sebarkan berita yang benar. Kita patahkan cerita-cerita pembohongan agar rakyat Malaysia menerima maklumat yang tepat dan betul. Kata TGNA politik dan agama tidak dapat dipisahkan. Sebab itulah politik PAS boleh sampai ke rumah Allah seperti musolla, surau malahan di mimbar-mimbar masjid.
TGNA mengatakan bahawa politik dan agama tidak dapat
dipisahkan ekoran titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melarang berpolitik dalam masjid. Menurut Abdullah Saamah, pengasas Pondok Geting, Tumpat katanya "Sekiranya ahli Pas menggambarkan bahawa politik dan agama yang cuba
dibawa oleh Nik Aziz adalah politik semasa zaman Rasullullah, maka sudah
tentu mereka tertipu dan terpedaya dengan kata-kata dan hujah Nik Aziz" (Baca selanjutnya)
Eloklah dalam bulan Ramadhan, bulan yang mulia marilah semua umat Islam kembali bersatu dan menunaikan ibadah puasa dan ibadah yang lain-lainnya dengan tenang dan penuh ketakwaan dan keimanan semoga Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia ini dapat dipertahankan. Inilah negara kita, negara Malaysia satu-satunya perlembagaan negara yang paling istimewa di dunia. Mana ada negara termasuklah negara Arab sekalipun yang menegaskan bahawa bangsa Arab mesti beragama Islam mengikut perlembagaan negara. Sebaliknya kita rakyat Malaysia berbangga sebagai bangsa Melayu (Maaf TGNA tidak bangga dengan dirinya berbangsa Melayu) mengikut perlembagaan mesti beragama Islam.
Marilah kita berfikir sejenak, apakah pemerintah Malaysia ini zalim hingga pihak pembangkang mahu mencontohi apa yang berlaku di Syria, Mesir dan Libya. Eloklah menonton semula rakaman perdebatan antara Ustaz Fathul Bari dan Ustaz Nasaruddin Tantawi kerana di situ ada hujah-hujah yang bijaksana untuk tontonan orang muda jika mahu kejayaan di dunia maupun di akhirat [Ikuti Debat Sinar Harian - UFB vs UNT].
org PAS ni dgr blh caya jgn cm anuwar aljuburi..
ReplyDeletememang jelas nampak tewas dan kebodohan si Ketua Pemuda PAS ni..lari dari tajuk..zikir harian seluruh ahli PAS iaitu menghina dan mencaci terus juga dibuat tanpa mengira tempat dan cara..ikut suka hati jer..Nasarudin ni tak layak digelar ustaz..dia hanya layak digelar penjilat lendir jubur Karpal dan Anwar jer..manusia munafik, keji...
ReplyDeletehahaha kantoi besar-besaran
ReplyDeleteSebenarnya debat tersebut hanya melondehkan jubah dan selua dalam si tantawi tu aje..bergelar ustaz konon, tapi hujah2 dia tak menggambarkan ketayap/serban yg dipakai..lakunannya layak seperti aljuburi, mengaburi mata org ramai..kononnya islamik. Ptui..pemecah belah masyarakat Islam aje.
Deleteperingkat ATAS PAs mengajar orang bawahan membohongi rakyat yang paling sedih mereka membohobgi ahli2 mereka di akar umbi, dan tidak hairan kalau Ketua Pemuda PAS Nasa.Tantawi berbohong terang2 depan TV ASTRO sebab diluat CEARAH Pemimpin PAs semua BOHONG dan MENIPU Orang Kampung.
ReplyDelete