Pemimpin Melayu dalam kerajaan negeri Pulau Pinang apa buat? Kenapa membisu seribu bahasa? Apa yang dijanjikan dlm kempen-kempen pilihanraya kepada pengundi-pengundi Melayu? Orang Melayu di Pulau Pinang telah ditindas oleh kerajaan DAP. Peniaga-peniaga Melayu pasar Ramadhan telah dilarang berniaga di tempat tradisi perniagaan mereka sejak 26 tahun yang lalu. Bukan baru 2 tahun atau 6 minggu berniaga di tempat itu wahai Dato' Mansor, Dato' Abd. Malek dan Dato' Salleh Man. Sudah 26 tahun..26 tahun bukan suatu masa yang pendek. Apakah kerajaan DAP tidak fikir tentang kebajikan golongan peniaga Melayu yang miskin dan daif ini? Golongan ini nak berniaga tak sampai pun 30 hari dalam setahun 365 hari.
Selaku wakil Melayu dalam kerajaan DAP Pulau Pinang, inilah masanya PAS dan PKR wajib menunaikan janji-janji dulu hendak jaga kebajikan rakyat termasuk peniaga-peniaga Melayu. Jika masalah ini pun dato'-dato' Melayu ini tak boleh tolong, eloklah letak jawatan sebagai wakil rakyat mewakili pengundi-pengundi Melayu, boleh? Atau kembalikan sahaja Pingat-pingat dan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Pulau Pinang yang telah diterima.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjanji kepada rakyat Rakyat Pulau Pinang dengan 6 harapan (6H) penuh. Harapan pertama adalah rakyat dapat cari makan dengan pekerjaan untuk menyara hidup ahli keluarga. Ucapan KM Pulau Pinang yang begitu sombong mengatakan bahawa Pulau Pinang, peluang pekerjaan begitu banyak sehingga wujud kekurangan pekerja baik di sektor pembuatan mahupun di sektor perkhidmatan. Apakah peniaga-peniaga seperti makcik-makcik dan pakcik-pakcik Melayu yang sudah berusia 50an dan 60an diminta oleh Ketua Menteri pergi kerja kilang atau sebagai buruh binaan? Harapan apa yang boleh kerajaan Pulau Pinang berikan kepada golongan peniaga ini sedangkan tempat mereka mencari makan sejak 26 tahun dahulu diubah ke tempat yang tidak ada pengunjung?
Kenapa sikap kerajaan Pulau Pinang tidak berlaku adil kepada rakyat Pulau Pinang? Ada jalan-jalan yang ditutup kerana memberi peluang kepada peniagaa-peniaga kecil membuka perniagaan pagi dan sebelah malam? Tidakkah berlaku kesesakan bukan setahun sekali tetapi setiap hari atau setiap malam. Sedangkan golongan peniaga-peniaga bazar Ramadhan hanya setahun sekali tak sampai pun sebulan.
Begitulah nasib orang Melayu/Islam di Pulau Pinang. Sekelompok golongan orang Melayu PAS dan PKR yang berjawatan dalam kerajaan tempatan atau negeri sahaja yang buat-buat tak nampak kesempitan hidup orang Melayu pada masa akan datang. Orang Melayu hanya layak berniaga di pasar-pasar malam dan pasar tani. Orang Melayu tidak layak berniaga di bandar-bandar besar kerana akan menimbulkan kesesakan jalan raya. Jika ada aduan orang ramai terhadap peniaga-peniaga Melayu maka MPPP atau MPSP akan segera merobohkannya.
Begitulah nasib orang Melayu/Islam di Pulau Pinang. Sekelompok golongan orang Melayu PAS dan PKR yang berjawatan dalam kerajaan tempatan atau negeri sahaja yang buat-buat tak nampak kesempitan hidup orang Melayu pada masa akan datang. Orang Melayu hanya layak berniaga di pasar-pasar malam dan pasar tani. Orang Melayu tidak layak berniaga di bandar-bandar besar kerana akan menimbulkan kesesakan jalan raya. Jika ada aduan orang ramai terhadap peniaga-peniaga Melayu maka MPPP atau MPSP akan segera merobohkannya.
Nasib peniaga Melayu sangat bergantung kepada parti PAS dan PKR yang berada dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Jika pemimpin-pemimpin Melayu, dato-dato Melayu yang ada sekadar memanaskan kerusi empok alamatnya orang Melayu Pulau Pinang akan menghadapi masa depan yang sungguh gelap. Oleh itu orang Melayu Pulau Pinang perlu bangkit untuk berubah. Nasib orang Melayu dalam tangan pengundi-pengundi Melayu. Jangan harap pengundi Cina akan bantu kerajaan Melayu. Pengundi-pengundi Cina tidak bodoh dalam politik. Yang bodoh cuma orang Melayu yang rela diri mereka dijadikan tunggangan kepada golongan yang menyokong penghapusan ketuanan Melayu, kedaulatan Raja-raja Melayu, menyokong LGBT, pluralisme agama dan sebagainya. Kata Ustaz Kazim jika karpet di masjid terkena najis kucing, bukan seluruh karpet itu dibuka dan dicuci. Yang terbaik, cuci di tempat yang terkena najis ataupun potong karpet yang terkena najis dan tampalkan karpet yang lain. Jika orang Melayu faham begitu ertinya akan selamat kerajaan orang Melayu di Malaysia ini.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.