Pengerusi JKKK Taman Perda, Zailan Zainon telah menggunakan taktik terkotor untuk menipu penduduk Taman Perda, Teluk Kumbar. Pada 23 Jun 2012, Sabtu yang baru lalu, Zailan selaku tuan rumah telah mengadakan Latihan Pengenalan Kepada Gender & Tadbir Urus Baik anjuran Penang Women's Development Corporation (PWDC) Sdn. Bhd. di Dewan Taman Teluk, Bandar Perda, Teluk Kumbar mulai jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang.
Dalam aturcara program nama ADUN Bayan Lepas, YB Syed Amerrudddin Dato' Syed Ahmad telah digunakan sebagai taktik kotor menarik orang ramai untuk hadir. YB Syed Amerruddin kononnya turut dijemput dan menyampaikan ucapan kata-kata aluan sebelum Exco Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat dan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, YB Lydia Ong Kok Fooi memberi ucapan.
Cerita sebenarnya, YB Syed tidak pernah pun dihubungi dan dimaklumkan tentang majlis berkenaan. Ertinya Pengerusi JKKK Taman Perda, Zailan Zainon telah menggunakan nama YB Syed untuk dua tujuan yang paling kotor dalam politik PR hari ini.
Pertama, penganjur mengharapkan dengan adanya nama YB Syed Amerruddin tertera pada kertas aturcara maka lebih ramai penyokong-penyokong UMNO/BN akan turut hadir dalam program tersebut. Keduanya, penganjur mungkin cuba menunjukkan betapa buruknya wakil rakyat BN iaitu YB Syed Amerruddin yang sanggup memungkiri janji untuk hadir dalam majlis berkenaan.

Kedua-dua tujuan itu merupakan taktik kotor Pakatan Rakyat yang mahu memenangi hati orang ramai untuk hadir ke majlis tersebut. Sedangkan YB Syed Amerruddin selaku wakil rakyat kawasan Bayan Lepas yang kita sangat kenali tidak pernah memungkiri janji malahan sentiasa menepati masa setiap program yang memerlukan kehadirannya.
Dari peristiwa di atas, rakyat perlu faham bahawa Pakatan Rakyat tidak malu lagi menggunakan taktik kotor untuk memenangi pilihanraya. Mereka akan menggunakan setiap peluang dan kesempatan yang ada. Malahan atas mimbar masjid pun, khutbah berunsur politik perpecahan dan dendam sesama umat Islam telah dibenarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Suatu masa tidak hairanlah jika kita akan lihat di setiap masjid dan surau akan dihiasi dengan bendera DAP, PKR dan PAS.
Begitulah situasi politik Malaysia hari ini yang kita tampak semakin bercelaru yang dibawa oleh kepimpinan PR. Yang jadi mangsa bukan bangsa Cina dan India sebaliknya orang Melayu juga yang akan berpecah dari majoriti menjadi kumpulan minoriti. Dari melayu yang boleh memerintah akan jadi Melayu yang diperintah. Tak percaya, tunggu dan lihat jika rakyat berdegil mahu beri peluang kepada PR memerintah Malaysia.

Dah sampai tahap gila babi
ReplyDelete