"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, July 27, 2012

PAS selalu dibuli oleh sekutunya DAP dan PKR

Pas dilihat memiliki sindrom keyakinan palsu yang bukan sahaja berbohong kepada ahli-ahlinya malah diri sendiri.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, pembohongan tersebut menyebabkan Pas kelihatan selalu dibuli oleh sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Pas juga masih keliru daripada segi keutamaan dalam kaedah perjuangan Islam yang sesuai di Malaysia.
"Pemimpin mereka sering bercanggah antara satu sama lain yang mengakibatkan beberapa pemimpin utama tersingkir seperti bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang tetap mempertahankan dakwaannya berhubung kesediaan Karpal Singh berkompromi untuk melaksanakan hukum hudud walaupun disanggah oleh Pengerusi DAP itu.
Karpal dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris berkata, beliau tidak pernah berkompromi dalam soal melaksanakan hukum hudud.
Jelas Karpal, ia merupakan pendirian DAP secara keseluruhan dan pelaksanaan hukum itu tidak pernah dirunding dalam sebarang bentuk pelaksanaan.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.