Ikut kedudukan dalam parti Ustaz Nasaruddin lebih jauh hebat daripada Ustaz Fathul Bari. UFB cuma ahli UMNO biasa tidak memegang apa-apa jawatan tertinggi dalam parti UMNO. Sebaliknya UNT jauh lebih berpengalaman dan mempunyai kedudukan sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat. Bukan tokoh sebarangan UNT ini.
Bila kita saksikan Debat anjuran Sinar Harian semalam melalui siaran Astro Awani jelas kedua-duanya mempunyai kehebatan dan ketokohan masing-masing. Namun yang peliknya tapi benar, UFB kelihatan lebih menunjolkan perjuangan Islamnya berbanding dengan UNT. Kata lain UFB selaku wakil UMNO pula yang lebih lantang berbicara, bijak berpidato, mengupas dan mengulas serta memetik ayat-ayat suci al-Quran dan hadis Rasulullah secara spontan tanpa merujuk atau membaca teks yang disediakan.
Sebaliknya UNT yang cuba mempertahankan hujahnya dan tidak banyak bersandarkan ayat suci al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Jika ada pun UNT akan merujuk surah-surah atau hadis-hadis yang disediakan di atas restrum. Oleh itu hujahnya sering tersangkut-sangkut atau tersekat-sekat.
Sebaliknya UNT yang cuba mempertahankan hujahnya dan tidak banyak bersandarkan ayat suci al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Jika ada pun UNT akan merujuk surah-surah atau hadis-hadis yang disediakan di atas restrum. Oleh itu hujahnya sering tersangkut-sangkut atau tersekat-sekat.
Begitu juga situasinya semasa Debat Sinar Harian II antara YB Datuk Saifuddin (AMT UMNO)berdebat dengan Sallahuddin (Naib Presiden PAS). YB Datuk Saifuddin seolah-olah mewakili PAS kerana beliau dilihat lebih kerap menyokong hujahnya dengan petikan ayat suci Al-Quran. Manakala Sallahuddin pula merujuk buku-buku yang ditulis oleh penulis Barat nak tunjuk bahawa pemimpin PAS juga tahu membaca buku-buku Inggeris.
Jika penonton-penonton yang menyaksikan debat-debat tersebut tanpa bias mana-mana parti, rasa-rasanya majoriti penonton akan memberi kelebihan atau kemenangan kepada Ustaz Fathul Bari yang merupakan Ulama Muda UMNO. Tahniah kepada Ustaz Fathul Bari kerana berjaya memukau penonton dalam dewan itu dan juga penonton di rumah.
Jika penonton-penonton yang menyaksikan debat-debat tersebut tanpa bias mana-mana parti, rasa-rasanya majoriti penonton akan memberi kelebihan atau kemenangan kepada Ustaz Fathul Bari yang merupakan Ulama Muda UMNO. Tahniah kepada Ustaz Fathul Bari kerana berjaya memukau penonton dalam dewan itu dan juga penonton di rumah.
Batil pasti musnah apabila datang kebenaran..inilah keajaiban yg julung kali disaksikan pada hamba hamba Allah yg ikhlas berjuang diatas jalan Allah dan Rasulnya.....
ReplyDeleteKemanisan Adab dan akhlak yg dapat dipersaksikan dan keteguhan menggigit sunnah dengan gigi geraham yg sabdakan terzahir agar menjadi contoh bagi para pejuang Islam dan anak anak bangsa.
Sesungguhnya... anak anak kecil perlu dipertontonkan vedio ini agar mereka menjadi pendukong dan pelapis demi menjernihkan kekalutan sebegini..dimasa mendatang.
Hperancis
memperjuangkan islam bukan hanya bercakap di mulut. realiti sebenar tanah air kita sgt menakutkan . tidak hairan non muslim tolak hudud, yang hairannya org islam tolak hudud. sama2 kita renungkan. kinsyaalah saudara2 akan faham
ReplyDeleteSaya berusia 25thn dan menyaksikan debat ini...UFB bukan lawan UNT untuk menjadi Utusan atau penasihat dalam membetulkan akidah seperti yg dilantangkan dalam hujah UFB. UFB mmg ilmuan Agama, tapi suaranya yang lantang tidak mampu membetulkan keadaan yang sudah parah di kalangan Pemimpin2 yang telah tersasar. Mana suaranya sewaktu himpunan Pemuda..Artis KPOP menjadi jemputan dan berhabis ratusan2 hanya untuk itu. Fitnah2 dalam akhbar UMNO yg menjadi2 dan telah beberapa kali di saman dan telah beberapa kali juga kalah bila di saman. Untuk berdebat dia perlu ada fakta dan contoh2 yg boleh difahami dan di yakini, dia tidak boleh bersandar hanya pada hadis dan ayat Allah...kerana ini penting kerana Malaysia ada berbilang agama dan bangsa...Untuk mereka mampu memahami kita harus bawakan fakta yang boleh dikaitkan dengan ayat2 tersebut. Dari debat tersebut juga beliau sering di Boo..kerana hujah beliau menampakkan beliau kurang peka dengan keadaan dunia hari ini. Ingat selemah2 Iman adalah melawan kemungkaran di dalam hati...Adakah itu pilihan beliau..untuk keadaan sekarang ini?
ReplyDeleteAnon 11:56am
ReplyDeleteBagus ulasan Anon, cuma minta Anon berkenaan lebih berfikiran terbuka. Ambillah peluang ikuti ceramah2 UMNO/BN. Jgn selalu baca Harakah dan Suara Keadilan serta Roket. Suatu hari nnti sdr Anon dpt mengenali yg mana intan dan yg mana ketul batu, insyaAllah!
Satu perbezaan yang sangat ketara antara pemimpin muda ini,satu telalu taksub dengan kepartiannya hingga mengeluarkan kata-kata yang banyak tidak benar dari kebenarannya,satu lagi amat bersederhana kerana beliau bukan pemimpin politik. Apapun sbagai anak muda saya memilih pemerintah yang mampu memberikan kebaikan kepada rakyat,keamanan kepada negara,kesejahteraan kepada masyarakat. Hingga saat ini Pakatan Pembangkang masih lagi tidak mampu memberikan perkara itu kerana antara mereka masih lagi belum terwujud satu ikatan yang boleh di percayai. saya khuatir satu keadaan dimana bila golongan mainoriti akan menguasai golongan majoriti. Menang sorak kampung tergadai.PAS perlu perkuatkan kedudukan dalam Pakatan baru Parti ini layak mengambil alih UMNO.
ReplyDeleteFathul Bari Hanya mampu merungkaikan lafaz Hadis dan beberapa potong ayat Quran yang beliau hafal khas untuk masuk debat tersebut. Sedangkan beliau sedikitpun tidak mampu untuk merubah sikap pemimipin2 umno yang rakus dan tamak haloba.Wahai komuniti suara 1umno, cuba buktikan di manakah terletaknya nilai pemerintahan Islam org umno? Mana jati waraknya "najib dan rosmah"? Buktikan! Sedangkan Hadis Sahih pernah berkata,"jika mahu pilih pemimpin, pilihlah yang paling warak dan alim di kalangan kamu". Warak dan alim sangat ke pemimpin Malaysia sekarang? Renung-renungkan.....
ReplyDeleteApa nak buat...kita umat akhir zaman. Nak cari pemimpin mcm umar abdul aziz atau sultan muhammad al fateh memg tak dak dah zaman kehancuran ni...yg ada cuma pemimpin2 yg suka gangnam style je...terima jela yer dak...dia dok bg banyak br1m tu...
ReplyDelete