"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, March 10, 2013

Azlan, bapa Saiful dan Anwar bersetuju untuk sumpah laknat?

Setelah 5 tahun Saiful mempertahankan dakwaan dirinya diliwat Anwar, bapa Saiful pula berpaling tadah. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, bapa Saiful merupakan bekas penyokong tegar Anwar Bin Ibrahim, Ketua Umum PKR. 
Beliau bersama anaknya semasa Saiful mengangkat sumpah laknat. Setiap kali di mahkamah, Azlan, sentiasa bersama Saiful. Beliau mahukan anaknya mendapat keadilan yang sewajarnya. Beliau masih kuat menyokong anaknya untuk meneruskan perjuangan membawa kes liwat Anwar ke mahkamah rayuan.
Tiba-tiba bapa Saiful dalam suatu persidangan media yang dibuat secara tertutup, hanya portal pro pembangkang dijemput, bapa Saiful telah mengejutkan negara. Namun pemerhati politik dan rakyat yang masak dengan politik Anwar memandang pengakuan bapa Saiful itu sebagai suatu yang lumrah dan telah dijangka akan berlaku.
Antara Saiful dan bapanya, Azlan siapa yang betul? Mangsa liwat bukan bapanya tetapi Saiful. Yang terlibat secara langsung dengan sumpah laknat bukan bapanya sebaliknya Samsul. Jika dakwaan liwat itu fitnah, yang akan terima laknat Allah bukan bapanya sebaliknya Saiful. Yang membawa kes itu ke mahkamah bukan bapanya sebaliknya Saiful sendiri.
Syabas kepasa Saiful kerana tetap beristiqamah mempertahankan bahawa dirinya diliwat oleh Anwar dan akan meneruskan perjuangan menegakkan keadilan. Sebagai anak yang baik, beliau mohon maaf kepada bapanya kerana pendirian tegasnya sudah pasti bertentangan dengan pengakuan bapanya. Beliau yakin bapanya, Azlan telah diperalatkan oleh orang lain. Pemimpin pembangkang yang semakin tersepit dengan pelbagai isu besar sedangkan PRU13 semakin hampir. 
Apa kata, jika dulu anaknya, Saiful mengadakan sumpah laknat dan sekali ini kita mendesak bapa Saiful Azlan pula mengadakan sumpah laknat di mana-mana masjid dengan disaksikan oleh anaknya sendiri. Azlan perlu menyakinkan bahawa Anwar Bin Ibrahim sebenarnya tidak meliwat anaknya, Saiful. Bolehkah Azlan, bapa Saiful melakukannya bagi membersihkan nama murni DS Anwar Ibrahim, bakal PM Malaysia selepas PRU13 ini? Ketepikan dulu persoalan bapa Saiful telah dibeli oleh pemimpin utama pembangkang. 
Oleh kerana mahkamah tidak dapat memberi suatu keputusan yang jelas, tepat dan betul eloklah sumpah laknat sebagai jalan penyelesaian yang muktamatnya. Hanya dengan lafaz sumpah laknat "Wallahi, Wabillahi, Watallahi, aku Azlan Mohd Lazim bersumpah laknat bahawa sesungguhnya anak aku, Saiful Bukhari bin Azlan tidak diliwat oleh Anwar Bin Ibrahim, Ketua UMUM PKR". Manakala DS Anwar Bin Ibrahim pula sebagai pihak yang didakwa pula melafazkan sumpah laknatnya "Wallahi, Wabillahi, Watallahi, aku Anwar Bin Ibrahim bersumpah laknat bahawa sesungguhnya aku, Anwar Bin Ibrahim tidak pernah meliwat Saiful Bukhari bin Azlan".
Jika sumpah laknat itu boleh dilakukan dengan sempurna secara terbuka, maka rakyat boleh menilai siapa yang benar, siapa yang palsu, siapa yang beli siapa, siapa yang memecah belahkan masyarakat dan sebagainya. 

3 comments:

  1. sesuatu yg x MUNGKIN BERLAKU...aku YAKIN DAN BENAR2 YAKIN SAIFUL YANG BERKATA BENAR..BAPAKKKKK DIA & ANWAR a/l IBRAHIM TIDAK AKAN AKU ULANG TIDAK AKAN BERBUAT SUMPAH LAKNAT TU....

    ReplyDelete
  2. bukan wata'alahi, tapi watalLahi =)

    ReplyDelete
  3. Sedangkan Nik Aziz boleh doa ramai-ramai bagi ummat Islam yang cenderung mati pecah perut..... apa lagi yang patut kita herankan.

    Hadi dah endorse kalimah Allah beri kepada paderi dan sami. Yang merajuk Haron Din je, yang lain siap jerit takbirrr lagik.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.