"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, April 23, 2013

Pakatan Rakyat ketandusan isu di kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang

Salam hormat pengundi-pengundi sekelian;
Pakatan Rakyat ketandusan modal di Parlimen Balik Pulau. Calon Parlimen PKR, Bakhtiar masih membangkitkan isu kapal selam yang tak boleh selam katanya. Isu yang sudah basi cuba nak kitar semula oleh Bakhtiar. Beliau berceramah di Teluk Kumbar baru-baru ini di hadapan kira-kira 30 orang penyokong. Dia ingat orang-orang Teluk Kumbar bodoh! Dia ingat orang Teluk Kumbar masih duduk di bawah tempurung. Kapal selam sudah pun boleh selam beberapa kali. Guan Eng KetuaMenteri Pulau Pinang telah diberi peluang merasai berada dalam kapal selam. Lepas itu Guan Eng tidak mengkritik lagi. Bakhtiar pun tahu, kereta mewahnya pun kadang-kadang ada masalah semasa baru beli. Oleh itu janganlah dok temberang kepada penduduk-penduduk kawasan Teluk Kumbar dan juga seluruh DUN Bayan Lepas, Pulau Betong dan Teluk Bahang.

Kami orang-orang Melayu Pulau Pinang mahu tahu kenapa selama Pulau Pinang diperintah oleh DAP dan disokong oleh PAS dan PKR belum membina satu unit pun rumah kos rendah?Nak runtuh dan halau penduduk-penduduk miskin lagi ada sepertimana yang berlaku di Kampung Buah Pala dan Kampung Pokok Asam Jelutong. Kampung-kampung tradisonal Melayu dan India telah pun lenyap kerana kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang lebih pentingkan pembangunan rumah-rumah mahal daripada menjaga kebajikan rakyat. Kita mahu bertanya kepada pemimpin lama dalam PAS terutama, cikgu Asnah selaku calon PAS di DUN Bayan Lepas dan Dato' Halim calon PKR di Teluk Bahang, berapa buah rumah kos rendah untuk keluarga miskin yang telah dibina oleh kerajaan PR Pulau Pinang? Mengapa pula, begitu banyak projek-projek rumah mahal telah diluluskan oleh Exco Kerajaan Negeri yang naik bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan? Harga ratusan ribu ringgit seunit! Apakah Pak Mad Kampung Masjid Teluk Kumbar boleh beli? Pak Mad, Pak Hussin dan semua orang Melayu hanya dapat melihat rumah-rumah mewah tersergam indah yang menyelinap dalam kampung-kampung dalam kawasan DUN Bayan Lepas, Pulau Betong dan juga Teluk Bahang. Selaku pemimpin Melayu yang berada dalam kerajaan PR di Pulau Pinang tidak perlu takut untuk membantah atau mendesak pimpinan kerajaan negeri memberhentikan projek-projek yang boleh menghalau orang-orang Melayu secara senyap.

Jika kita nak bandingkan dengan kerajaan BN dahulu, memang jauh berbeda ibaratkan bumi dengan lagit dari segi pembangunan rumah untuk rakyat di kawasan Parlimen Balik Pulau. Ini bicara benar dan fitnah pun bukan. Ketiga-tiga calon PR memang sedar dan tahu pun tentang kelemahan kerajaan PR mereka. Ingatlah rumah merupakan keperluan asas kepada setiap penduduk selain makanan dan pakaian. Yang kita hairan kenapa Tuan Speaker DUN Pulau Pinang dan Penyelaras DUN Bayan Lepas boleh diam tentang isu rumah kos rendah. Semua orang tahu wakil-wakil rakyat PAS dan PKR sebenarnya tidak mampu berbuat apa-apa. Hebat lagu mana sekalipun wakil rakyat itu, mereka tak sanggup berdepan dengan Tuan Lim Guan Eng yang autokratik dan degil.

InsyaAllah! Rakyat akan menolak ketiga-tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat. Sebaliknya rakyat akan memilih calon-calon BN kerana kerajaan BN lebih diyakini menjaga kebajikan rakyat melalui gagasan 1 Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Pilihan yang bijak; Dato' Seri Dr. Hilmi Hj. Yahaya, calon parlimen, Tn Hj. Nordin Ahmad calon DUN Bayan Lepas, Mohd Farid Mohd Saad calon Pulau Betong dan Datuk Shah Headan calon Teluk Bahang. Ketiga-tiga wakil rakyat tersebut telah menawarkan diri untuk berkhidmat kepada rakyat di Balik Pulau seiring dengan kepimpinan kerajaan BN "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". 

Sebenarnya banyak isu kerajaan PR yang boleh diketengahkan untuk diperdebatkan oleh rakyat umum. Biar dahulu, kita memanaskan badan dengan isu kapal selam dan isu rumah kos rendah untu hari ini. Wallahu alam.

2 comments:

  1. Harapan saya saudara Shahidan boleh bekerja keras dan tak jemu mengambil berat hal rakyat. Perbaiki kesilapan yg lalu jika ada kepada cemerlang & berbaktilah kepada rakyat. Yang penting jgn ada ego atau sombong dihati. Kepada ahli keluarga tak kira calon apa yg bertanding sekali jgn cuba ambil kesempatan untuk kepentingan diri dan mengaku amanah dan bekerja keras tapi mengkhianati orang kampung demi kocek sendiri, tidak menepati janji pada masyarakat sekeliling yang akhirnya segala kebusukan dan hanyir itu terpalit pada calon calon itu sendiri yg mana rakyat secara tidak langsung menyalahlah calon aka parti sebagai tidak amanah dan tak buat kerja.

    Semua calon bertanding elok eloklah buat tapisan dan pilih jkkk atau ahli ahli yg betul amanah, rajin serta boleh didekati rakyat sekeliling dalam pelbagai isu di DUN masing masing.

    ReplyDelete
  2. Semua calon BN diharap begitulah. Jika ditakdirkan menang dalam PRU13 ini, seelok-eloknya kualiti perkhidmatan wakil rakyat akan bertambah baik lagi drp sebelum ini. InsyaAllah.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.