"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, May 6, 2013

Wahai DS Najib, orang Cina di semenanjung jelas menolak BN!

PT nak ucapkan tahniah kepada wakil-wakil rakyat BN yang berjaya mempertahankan kerusi BN dalam PRU13 ini. Kubu kuat orang Melayu di Balik Pulau belum mampu dicerobohi oleh PAS dan PKR yang menjadi rakan sekutu DAP. 

Tahniah kepada YB DS Dr. Hilmi yang berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Balik Pulau (P053) daripada calon baru PKR. Tahniah kepada YB Farid yang berjaya mempertahankan kerusi Pulau Betong. Begitu juga kepada kedua-dua calon baru mewakili BN di Teluk Bahang (N40) dan Bayan Lepas (N38). Tahniah kepada mereka YB Dato' Shah Headan yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Teluk Bahang  dan YB Tn Hj Nordin yang juga berjaya mempertahankan kerusi DUN Bayan Lepas dengan majoriti yang tidak banyak.

Apa yang PT nak luahkan dalam ruangan ini adalah isu politik perkauman yang sedang hebat dibincangkan di kedai-kedai kopi. Data-data keputusan PRU13 telah memberi pengertian yang amat jelas kepada kita. Cuma kita orang Melayu/Islam sama ada sudah sedar ataupun belum sedar lagi. PT berpandangan bahawa pemimpin-pemimpin Melayu dari UMNO, PAS dan PKR lebih sedar dan faham. Jika pemimpin-pemimpin politik Melayu ini juga masih tidak sedar dan faham, eloklah berundur diri  daripada arena politik yang memerlukan pemimpin yang lebih berani, jujur dan ikhlas. Jangan jual agama, bangsa dan negara. 

Jika kita lihat keseluruhannya, 99% kaum Cina tidak memberi undi kepada calon BN. Biarpun banyak jasa calon itu, tinggal sekampung sekalipun kaum ini sama sekali tidak akan beri undi kepada calon BN. Itu politik racism yang sangat tidak sihat dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini. Hanya PM dan pemimpin BN yang bercakap pasal perpaduan. Konsep 1Malaysia diperkenalkan oleh PM DS Najib dengan harapan rakyat Malaysia pelbagai kaum dapat menghayati erti perpaduan. Nampaknya kaum Cina menyambut konsep 1 Malaysia dengan penuh lakonan. PM tertipu dengan konsep 1 Malaysianya. Selaku PM DS Najib bersungguh-sungguh cuba mendekati kaum Cina. PRU12 yang lalu telah dijadikan panduan dan pengajaran oleh DS Najib. Untuk menguatkan BN dalam PRU13 maka kaum Cina perlu didekati sedekat yang boleh.

Selama 5 tahun yang lalu, DS Najib berjaya mendekati kaum Cina. Di mana-mana sahaja DS Najib sampai dan disambut dengan semangat 1 Malaysia. Majlis sambutan begitu meriah, puluhan ribu rakyat pelbagai kaum meneriak 1 Malaysia. DS Najib berjumpa dengan masyarakat Cina di Dewan Perniagaan Cina, peruntukan khas diumumkan puluhan juta ringgit dengan harapan kaum Cina kembali menyokong BN. DS Najib meluluskan peruntukan pembinaan sekolah jenis kebangsaan Cina dalam satu majlis dihadiri oleh guru-guru sekolah Cina dan waris-waris murid berbangsa Cina dengan harapan undi Cina menyebelahi BN. Apa yang kaum Cina minta daripada kerajaan BN, hampir 99% dapat. Hampir semua yang hadir dalam majlis tepuk tangan gembira sebaik PM atau TPM selaku Menteri Pelajaran mengumumkan peruntukan tertentu. Rupa-rupanya kaum Cina memberi tepukan palsu kepada pemimpin BN.

Dalam PRU13 adalah jelas hampir 99% undi Cina kepada DAP. Mantan MB Johor, Dato' Abd. Ghani Othman yang begitu banyak jasanya kepada rakyat Johor. Mantan MB Johor itu banyak jasanya kepada kaum Cina di Gelang Patah jika nak dibandingkan dengan Lim Kit Siang calon DAP. Semua dia tolong tanpa mengira bangsa. Oleh sebab itu, mantan MB Johor berani menawarkan diri bertanding di Gelang Patah yang majoriti besar kaum Cina. Malangnya Abd. Ghani rebah tersungkur kepada Lim Kit Siang (DAP) dengan majoriti begitu besar. LTS sudah tua, LKS tidak ada jasanya di Johor tapi dia menang, kenapa? Jawapannya sebab LKS bangsa Cina DAP. Itu sebabnya DAP tidak akan meletakkan calonnya dari kaum Cina di kawasan majoriti orang Melayu. Tapi LKS kata DAP merupakan parti pelbagai kaum. Cakap tak serupa bikin. DAP menang di bandar-bandar majoriti pengundi kaum Cina. 

Lihatlah trend pengundi di bandar-bandar. Calon-calon DAP akan mendapat majoriti yang besar di kawasan bandar. Walaupun wakil rakyat DAP itu hanya turun jumpa rakyat dua tiga bulan sekali. Kaum Cina akan tetap mengundi calon DAP kerana kaum Cina sudah menolak calon BN dari MCA mahupun Gerakan. Boleh kita katakan di sini bahawa kaum Cina tidak mahu berkongsi kuasa dengan UMNO. Kaum Cina mahu DAP berkuasa dan mereka mahu kaum Cina kekal memerintah Pulau Pinang dan kalau boleh mengusai politik Malaysia. DAP yakin perpecahan orang Melayu hari ini memberi peluang kepada mereka membina kekuatan untuk berada di tampuk kuasa pemerintahan negara ini. 

Pemimpin PAS dan penyokong PAS perlu sedar bahawa PAS tidak boleh ke mana-mana dalam politik perkauman menebal yang dibawa oleh DAP. PAS hanya mahu menghapuskan pengaruh UMNO kononnya mahu menggantikan UMNO sepertimana PAS dalam Pakatan Rakyat. PAS menunjukkan prestasi yang semakin merosot dalam PRU13. PAS kehilangan Kedah dalam PRU13. BN melalui UMNO telah berjaya membentuk kerajaan BN di Kedah. Umat Islam amat rugi bila UMNO dan PAS tidak dapat bersatu sepertimana PAS boleh menerima DAP sebagai rakan seperjuangan. Selepas PRU12 yang lalu, PAS menolak pelawaan UMNO untuk bergabung membentuk kerajaan perpaduan. Antara alasannya PAS mahu menggantikan UMNO sepertimana PAS dalam Pakatan Rakyat. Sebenarnya PAS sengaja buat-buat tak faham secara tidak langsung PAS membohongi rakyat. Ingatlah UMNO merupakan parti dominan dalam BN sebaliknya PAS cuma parti pak turut dalam PR. Amat jelas tidak sama. Oleh sebab itu dasar perjuangan PAS berubah-ubah kerana PAS mahu menjaga hati rakan-rakan DAP dan PKR. Perjuangan negara Islam digantikan dengan negara berkebajikan. Hukum Hudud dan negara Islam tidak pun disebut dalam Buku Jingga yang menjadi dasar PR.

Dalam PRU13, kita lihat orang-orang Cina sanggup memegang dan mengibarkan bendera PAS? Dengan sebab itulah maka ada pemimpin PAS mengatakan bahawa orang Cina lebih tahu Islam daripada orang UMNO sendiri. Mungkin sebab itulah juga majoriti orang Cina di Gelang Patah menolak Abd. Ghani Othman kerana Abd Ghani adalah orang UMNO. Sebaliknya memilih Lim Kit Siang yang lebih tahu Islam daripada Abd. Ghani mengikut pandangan pemimpin PAS.

Pemimpin UMNO khususnya wakil-wakil rakyat perlu sedar bahawa secara berani tanpa berselindung lagi orang Cina telah menolak calon BN. Cukuplah lima tahun pemimpin BN cuba mengambil hati mereka dan kadang-kadang kita orang Melayu sendiri rasa iri hati. Lihatlah sendiri di Pulau Pinang apa yang telah berlaku. Sekolah-sekolah kebangsaan (SK) hanya mengharapkan 100% peruntukan daripada kerajaan persekutuan. Kerajaan DAP tidak beri peruntukan kepada SK dengan alasan SK akan memperolehi peruntukan dari kerajaan persekutuan. Sebaliknya SJKC diberikan peruntukan oleh kerajaan DAP dan pada masa yang sama kerajaan persekutuan turut menurunkan peruntukan kerana hendak mengambil hati kaum Cina. Ini adalah kenyataan yang tidak dinafikan telah berlaku. Oleh itu SJKC mendapat menafaat berganda tapi undi Cina 99% masih memihak kepada calon pembangkang.

Sepatutnya pemimpin BN di atas sana dan di bawah sini perlu sedar. Jangan lagi terlalu ghairah membantu mereka. Kawan Cina saya ada kata bahawa orang Cina hari ini pelik "Kerajaan persekutuan bagi apa pun depa sapu tapi undi tetap kepada calon pembangkang". Cukuplah 5 tahun yang lalu kita tertipu. Jangan sampai orang Melayu/Islam sendiri pula menolak calon BN pada PRU akan datang kerana terlalu nak jaga hati orang lain. Orang Melayu sebenarnya telah kembali menyokong calon BN. Tanpa mereka ini mungkin beberapa kerajaan negeri akan terlepas lagi kepada pembangkang. 

Mungkin DS Najib sudah ada ramuan berkesan untuk menangani masalah ini. PT akan pastikan orang Melayu/Islam merupakan pengundi BN akan terbela seadil-adilnya. NGOs Islam/Melayu perlu bangkit sebagai kumpulan pendesak memastikan pemimpin BN dan wakil rakyat yang dipilih melalui PRU13 ini berlaku adil kepada pengundi-pengundi. PT sebenarnya sayangkan perpaduan antara kaum di Malaysia. PT juga mempunyai ramai kawan-kawan dari kaum Cina. Tapi mereka tidak ikhlas, DAP sebuah parti perkauman telah berjaya menyakinkan kaum mereka dengan tanpa rasa hormat dan takut. Sudah lama orang Melayu bertolak ansur dengan kaum-kaum lain khususnya Cina sehingga orang Melayu majoriti menjadi warga 'miskin' di tanah air sendiri. Fikir-fikirlah!

27 comments:

  1. BN tak perlu lagi undi bangsa cina... Yg penting pastikan jentera kita bertambah kuat kerana kita sedang berlawan dengan bangsa cina dan haprak melayu pas/pkr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan dibiar kawan-kawan kita di PKR tu sesat terlampau jauh. Cari jalan terbaik untuk penyatuan dengan PAS.

      Delete
  2. Rasanya parti cina tak perlu lagi dlm BN. Dah tahu tiada dpt undi. Undi melayu shj yg menangkan mrk. Peruntukan kerusi mrk beri pd umno shj. Kalah pn puas hati.

    ReplyDelete
  3. Tempoh PM mengambil hati Cina selama 4 tahun lalu sudah tamat. Hargai jasa kami, bumiputra Sabah dan Sarawak, dan golongan India.

    Untuk PRU 14, jangan lagi bertolak ansur dengan Cina, kerusi majoriti Melayu berikan kepada Melayu. Bandar Tun Razak sebagai contoh, calon MCA memang daripada perwatakan sudah tak selera untuk kami sokong. Cakap melayu pun tunggang langgang. Sedangkan BTR kawasan majoriti Melayu.

    PM Najib, jangan diberi sebarang jawatan kepada MCA dan Gerakan. Berikan jawatan tersebut kepada Bumiputra Sabah, Sarawak dan India sebagai menghargai sokongan mereka.

    Masa untuk ambil hati kaum Cina sudah tamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amat betol.

      Delete
    2. BN harus mencalon bakal wakil rakyat bn utk pru14 mula dari sekarang...utk kawasan yg kalah.
      Jgn pamer dekat pru krn rakyat tdk dpt menilai keupayaan mrk....khasnya calon baru dan muda
      Bantu dan bimbing mrk mula dari sekarang..

      Dekati golongan muda...

      Delete
    3. Parlimen kota samarahan tak pernah kalah...kubu kuat bn sejak dulu lagi....
      Lbh 20 tahun tunggu jambatan sg samarahan dibina....ds najib tlg bantu kami!!!!!!

      Delete
  4. Saya sokong berikan jawatan lebih banyak kpd bumiputera Sabah dan Sarawak yang menjadi 'fixed deposite' kpd BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sepatutnya....ada nilai sentimental bagi penyokong setia bn di sabah dan swk...
      Bukan sekadar timbalan......

      Delete

  5. Hapuskan SRJK(C)..

    ReplyDelete
  6. Ds Najib harus bertegas dalam apa jua Issue tentang bangsa cina jangan berlembut...mereka sebenar nya ramai yang tak menyokong kerajaan ...cakap tak serupa bikin...mereka harus di berikan hukuman setimpal dan kesedaran...tq

    ReplyDelete
  7. Saya mengharapkan agar anak-anak muda Melayu kita ni mana yang sudah boleh mendaftar sebagai pengundi, cepat2 lah mendaftar dgn SPR. Apa yang saya perhatikan selama 4 tahun dahulu, itu lah yang dibuat oleh kaum Cina ni. Tengoklah apa hasilnya sekarang. Lagi satu sy dapati bahawa pehak Pembangkang ni sentiasa mengeluarkan sentimen tak bai kpd SPR. Disebalik sentimen itu mereka bermain dan berlakon untuk menakut2kan dan membenci SPR supaya anak melayu kita terikut2 untuk tidak mendaftar. Fikir2kan lah.

    ReplyDelete
  8. Halau mereka keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ke anda sedar.. bahawa di negara demokrasi, kita boleh memilih siapa kita suka... soalnya perlukah emosional sebegini...?

      Delete
  9. Cara mengatasinya adalah hapuskan SRJK(C). Samaada SRJK(C) dihapuskan atau tidak cina tetap sokong DAP. Oleh itu hapuskan sahaja SRJK(C.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan politikkan sistem pendidikan... politik bukan bermula kat sekolah...

      Delete
  10. THE MOST RACIST ELECTION EVER!!!!! Shame on Chinese.

    ReplyDelete
  11. Saya amat bersetuju kerajaan harus hapuskan SJKC, disekolah-sekolah ini sebenarnya lahirnya pelajar-pelajar totok cina, bayangkan pelajar tingatan lima pun masih tak pandai bercakap bahasa melayu yang mudah. Dasar pendidikan kite sebenarnya telah gagal dalam memupuk perpaduan kaum disebabkan oleh sekolah jenis ini. Hapuskan saja. Mereka nak marah pun bukannya mereka bagi sokongan kepada Kerajaan jadi tak ada kesan.Dato Seri Najib mesti bertegas perkara ini.

    ReplyDelete
  12. Hasil didikan sekolah vernakular selepas merdeka dan generasi yg dihasut membenci melayu sebagai tuan tanah telah menterjemahkan pd pru13 semalam.

    ReplyDelete
  13. Aku rasa PM Najib tak akan menghukum mereka malahan akan memberi lebih banyak lagi kepada kaum cina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Labur dan rugi....lbh baik jangan...
      Bantu tingkatkan infrastruktur di sabah dan swk....
      Dengar rintihan mrk...
      3 thn lagi dun negeri swk...
      Jgn biarkan rakyat yg setia dianaktiri.....

      Delete
    2. bantuan untuk cina sepatutnya di alihkan kepada memperkuatkan senjata ATM kita. Percayalah cina cina ni akan lari kalau negara dlm peperangan.

      Delete
  14. Tak guna dilayan dengan permintaan mereka lagi di masa-masa yg akan datang . Pemimpin pemimpin Umno hendaklah mencari jalan bagaimana hendak menghukum dan memberi ajar kepada bangsa cina ini di Malaysia. Dah terbukti walau bagaimana baik pun pemimpin kita cuba tetapi percayalah mereka tetap tidak akan memberi undi pada BN pada Pru 14 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar....dap nak jadi dominan wlpun pm pr melayu..
      Sekadar boneka yg hanya jadi pak turut...
      Melayu pr hanya jadi kuda dap kini dan selamanya...

      Delete
  15. Kalau najib tak mau buat, orang Melayu akan wajib hidupkan third force. Jati & Perkasa kena lagi stern. Menjadi pendesak kepada UMNO. DAP akan tetap kata Perkasa ni racist. Orang Melayu mesti pertahankan hak mereka. Counter attack balik tuduhan racist mereka. Mereka yang sebenarnya bapak racist.

    Kes seperti ini seperti ulangan pasca pru ke 12. Hanya kali ini Melayu tidak dilihat lemah seperti sebelumnya. Sebab itu dahulunya wujud Perkasa.

    Saya bersetuju dengan pandangan serta komen sebelum ini. Berilah hak dan peluang pada pengundi yang telah menyokong BN selama ini. Majukan Sabah dan Sarawak, beri mereka yang terbaik. Utamakan tuntutan serta kehendak orang Melayu. Beri insentif, peluang serta galakan pada mereka. Gaji kakitangan kerajaan pun boleh dinaikkan lagi selaras dengan kos hidup yang semakin meningkat, tak payah la nak kedekut serta bagi alasan lapok bajet tak cukup (bajet untuk kaum cina ada pulak). Bonus pun beri jugak dengan nilai yang lebih tinggi lagi, tak payah la Dato Omar Osman terhegeh hegeh tiap tiap tahun mengadap PM mintak bonus macam mintak sedekah. Kakitangan kerajaan adalah penggerak utama serta penyumbang pada kejayaan BN. Apakah mereka tidak layak untuk semua ini??

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya org melayu sendiri yg tuduh Perkasa sebagai racist

      Delete
  16. terima kasih kepada kaum bumiputera Sabah dan Sarawak......Pasti Najib akan balas jasa sokongan anda...!

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.