"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, March 19, 2010

Ketua UMNO/JKKKP perlu menjiwai hati rakyat, jawatan bukan untuk bermegah tapi suatu tanggungjawab!

Kehebatan Anwar Bin Ibrahim boleh menyebabkan rakyat tertipu. Pendedahan berani bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang juga kawan rapat Anwar Ibrahim, Dato Zaharin semalam di Parlimen amat memeranjatkan sidang dewan Parlimen. Sebelum ini kita hanya mendengar dari luar, akhbar dan media baru yang lain. Tapi kali ini, bekas-bekas pemimpin PKR dan pemimpin kanan PKR sendiri yang mendedahkan usaha Anwar Ibrahim untuk menawan Putrajaya pada 16 Sept 2008. Semua pihak terkejut dengan pendedahan berani oleh Dato Zaharin, ahli Parlimen Bayan Baru. Dengan pendedahan itu sebenarnya belum cukup untuk menjatuhkan PKR dan sekaligus Pakatan Rakyat dalam politik negara.
Dalam politik semua boleh berlaku, boleh diputarbelitkan dan yang haram boleh dihalalkan! Yang paling penting, kekuatan Umno sendiri untuk mendepani isu-isu politik yang sedang dipermain-mainkan oleh pihak pembangkang. Mampukah UMNO/BN khususnya di Pulau Pinang selaku parti pembangkang  dapat menerjah isu-isu yang berlaku dalam Pakatan Rakyat? Setakat ini, UMNO/BN hanya gah kerana kehebatan PM dan Timbalan Perdana Menterinya serta beberapa AMT yang kerap turun ke padang! UMNO di peringkat bahagian (tidak semua bahagian) masih tunggu dan lihat! Antara AJK Bahagian pun masih tertanya-tanya sesama sendiri, apa yang bahagian kita dah buat? Cawangan-cawangan UMNO kaku lesu kerana tiada peruntukan yang diturunkan. Malahan NGOs pula nampak lebih berkemampuan dan kehadapan dalam mengatur program daripada UMNO cawangan itu sendiri. Kenapa terjadi begitu?
Ada ketua-ketua cawangan dan merangkap Pengerusi JKKKP terlalu sibok hingga terlupa tanggungjawab mereka kepada masalah penduduk dalam kawasannya. Penduduk mulai merungut, mereka berbual sesama sendiri tentang Pengerusi JKKKP yang sentiasa 'hilang'. Ada penduduk yang tertunggu sekian lama untuk mendapat maklum balas daripada Pengerusi JKKK sendiri, tapi hampa belaka. Borang dah hantar tapi sudah dua tiga bulan belum dapat apa-apa jawapan. Yang miskin tampak semakin susah bila urusan turun naik ke pejabat terpaksa dilakukan sendiri. Ada yang sakit sudah pasti tersiksa untuk mereka bergerak untuk memohon bantuan. Yang bekerja sendiri ibarat kata pepatah  'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' tentu berfikir sepuluh kali untuk berurusan dengan Pengerusi JKKK atau Yang Berhormat atau Pejabat Kebajikan dan sebagainya. Urusan belum tentu selesai biarpun mereka tidak ke laut atau ke sawah atau ke kebun pada hari itu. Tapi yang pasti mereka sudah keluar wang pada hari itu. Walaupun dua tiga ringgit untuk tambang bas atau menaiki teksi tapi wang sebanyak itu amat besar harganya bagi orang yang susah. Hidup golongan begini menjadi semakin susah dan parah. Inilah peranan ketua-ketua cawangan Umno yang dilantik selaku Pengerusi JKKKP untuk berbakti kepada rakyatnya yang memerlukan bantuan atau pertolongan. Buktikan Umno sentiasa membela nasib rakyat miskin yang susah tanpa mengira agama dan bangsa. Tunjukkan bahawa kita pemimpin Umno sentiasa mengambil berat tentang setiap masalah rakyat. Masalah rakyat adalah masalah Umno. Selaras dengan semangat 1 Malaysia yang dizahirkan oleh PM; "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".
Gerakkanlah usaha ke arah memperkasakan Umno cawangan masing-masing. Ketua Umno mesti ada keupayaan untuk menghidupkan semangat kerjasama dan bekerja sebagai satu pasukan dalam Umno ataupun pertubuhan-pertubuhan yang dipengerusikannya. Jangan terlalu banyak jawatan dalam pertubuhan hingga ada pertubuhan ibarat kata pepatah Melayu, "hidup segan mati tak mahu".  Jangan terlalu ghairah dan bermegah dengan senarai panjang jawatan-jawatan yang disandang. Jawatan sebenarnya adalah tanggungjawab. Jika sepuluh jawatan yang disandang bererti sepuluh tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang ketua. Mampukah ia atau hanya untuk agenda tertentu? Agenda menjiwai hati rakyat perlu dilihat secara serius kerana ketua umno atau JKKK adalah pemimpin yang paling hampir dengan mereka. Kita tidak mahu lagi mendengar rakyat benci Umno kerana sikap pemimpinnya sendiri. Jika orang ramai tidak lagi menghormati Umno bererti ketua Umno itu gagal sebagai pemimpin. Eloklah pemimpin sedemikian berundur diri dengan relahati untuk diberi peluang kepada individu lain yang lebih layak untuk menjadi pemimpin. Wallahu alam.

3 comments:

  1. Memang ada pun pemimpin semacam tu. Patut mereka ini berundur jika tak mahu Umno ditalkinkan oleh orang ramai.

    ReplyDelete
  2. Assalamualakum...Ketua Bahgian dn yb2 kena tengoklah. Apa nak jadi ni jkkk dan umno di balik pulau ni? pakatan rakyat dok buat ceramah merata tempat tapi umno buat sekali dimasjid sg. batu lepas tu diam terus. pihanraya akan datang masih 50-50 utk umno atau bn utk menang, tak silap boleh kalah. maaf geram aku.

    ReplyDelete
  3. tak payah cerita panjang la... PRU 13 BN pasti kalah lagi di PULAU PINANG.. atas sebab sebab berikut :-
    1. Pemimpin UMO setempat dok nganga saja. dok kira bila nak masyuk duit buta.. atau pun duit songlap..
    2. Ahli-ahli.. sendiri bersikap kurang elok, dimana nak buat apa apa pun maukan peruntukan besar... ( sbb dah diajar dulu ni).. semua mau duit buta.. usaha malas.. dok tggu ja..
    3.. semakin banyaknya rumah yang mahal, tak termampu milik oleh melayu.. mcm israel ambil tanah la.. tapi dibuat secara berhemah...maka penempatan utk kawasan melayu semakin kurang.. maka kuranglah undi melayu...di Penang ni sapa sokong PR bukan Melayu... sbb mereka sokong DAP..

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.