"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, February 26, 2011

1800 ahli PAS dikafirkan oleh Tok Guru Nik Aziz, MB Kelantan?

PASIR PUTEH 26 Feb — Sejak Januari lepas, seramai 1,800 anggota dan pemimpin Pas menyertai UMNO Pasir Puteh selepas berasa tertipu dengan perjuangan parti tersebut.
Ketua UMNO bahagian itu, Zawawi Othman berkata, mereka menyerahkan borang keanggotaan menerusi empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Limbongan, Semerak, Gaal dan Selising.
"Ramai lagi anggota Pas terutama di peringkat akar umbi dalam proses menyertai UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menerima 30 borang permohonan menyertai Umno di Kampung Wakaf Bunut, DUN Selising, di sini hari ini.
Beliau berkata antara yang menyertai UMNO itu termasuk bekas ketua Pemuda, ketua Muslimat dan anggota jawatankuasa Pas cawangan yang telah bersama PAS antara 30 hingga 40 tahun.
Kemasukan mereka secara beramai-ramai yang diluar jangkaan ini memberi harapan cerah kepada Barisan Nasional untuk merampas kembali empat DUN tersebut dan kerusi Parlimen Pasir Puteh pada pilihan raya umum akan datang, katanya. — Bernama
Komen:
Jika ikut fatwa Tok Guru Nik Ajis, UMNO tolak Islam. Ertinya orang UMNO semuanya tidak Islam. Tapi tidak takutkah ahli-ahli PAS yang menyertai UMNO di kawasan Pasir Puteh, Kelantan? Tak bimbangkah mereka yang akan terlepas syurga yang dijanjikan oleh Tok Guru Nik Ajis?

2 comments:

  1. Mereka hanya memasuki parti UMNO sahaja dan bukan pun mereka meninggalkan agama Islam, mungkin mereka keluar dari isle PAS cuma mereka dah tak sanggup di tipu setiap hari.

    Yang paling takut kalau keluar dari anutan PAS cuma wakil rakyat depa sebab takut dengan sendiri terjatuh talak tiga pada isteri depa. Mana lah nik ajis dapat fatwa macam nie? Jelas terpesong dah orang tua tu.

    ReplyDelete
  2. Salam

    Ape kata saudara buat sikit ulasan mengenai Tun Mahathir mengenai Tuan Guru Nik Aziz dan kenyataan beliau mengenai Tengku Zafrul, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd dalam Utusan Malaysia Online pada 27 Febuari baru-baru ini.

    Kenyataan beliau;

    "Orang Melayu keliru dan tidak tahu hendak pergi ke mana. Kerajaan tolong pun mereka masih keliru.

    "Ada negara yang kerajaannya langsung tidak tolong rakyat. Kerajaan kita wujudkan peluang kerja sampai ada banyak pekerjaan tetapi orang tidak mahu kerja," katanya.

    Pada sidang akhbar sama, Dr. Mahathir berkata, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak perlu meletak jawatan kerana mempertikai pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda.

    "Saya tidak fikir dia perlu letak jawatan. Itu dia punya pendapat, kita tidak perlu dengar," katanya.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.