"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, February 5, 2011

Demontrasi sejuta umat Islam menjatuhkan rejim Najib Abdul Razak!

                            Ini satu pandangan tapi mungkin ada rasionalnya melihat kepada situasi politik semasa di pihak pembangkang. Pemimpin pembangkang dalam ceramah mereka cuba menaikkan semangat rakyat Malaysia mencontohi keberanian rakyat Mesir bangkit menentang Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Malahan dalam Harakah online, telah memaparkan tulisan Naib Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang amat merbahaya dengan tajuk "Mungkinkah revolusi di Arab akan berjangkit ke Malaysia?". Oleh itu apakah maksud sebenarnya Mohamad Suhaimi Abdul Aziz yang bertanggungjawab menulis isu itu? [Baca sini].
Demontrasi besar-besaran merupakan jalan mudah untuk menukar pemerintahan sesebuah negara walaupun terpaksa hadapi kemusnahan harta benda dan kehilangan jiwa. Inilah yang sedang berlaku di Mesir yang memaksa Hosni Mubarak meletak jawatan dengan segera. Inilah peluang pihak pembangkang memutar belitkan fakta dan menyamakan sistem pemerintahan Hosni Mubarak dengan Barisan Nasional di Malaysia. Parti DAP sudah pasti tidak begitu senang dengan perhimpunan haram kira-kira  2000 penyokong Pakatan Rakyat yang berhimpun di Kedutaan Amerika. Perhimpunan Pakatan Rakyat mendesak Hosni Mubarak meletak jawatan sebenarnya salah satu strategi usaha Pakatan Rakyat mendapatkan publisiti murahan setelah kalah teruk dalam beberapa PRK yang lalu. Perhimpunan yang diketuai oleh PAS dan PKR itu tidak memberi apa-apa impak selain mewujudkan suasana yang kurang harmonis di kalangan rakyat Malaysia yang masih berada dalam suasana sambutan Tahun Baru Cina. Keghairahan pemimpin PAS dan PKR mengadakan demontrasi kesempatan apa yang sedang berlaku di Mesir, mereka terlupa rakan-rakan mereka dari DAP sedang meraikan sambutan Tahun Baru Cina. Mereka tidak hiraukan semangat 1 Malaysia dan rumah terbuka Tahun Baru Cina yang sedang berlangsung di beberapa buah negeri. Yang penting bagi mereka, cuba mengambil kesempatan apa yang sedang berlaku di Mesir. 
Kepada pimpinan Pas yang begitu bersemangat, pergilah ke Mesir. Bantu anak-anak kita yang terperangkap di sana. Jika Pas benar-benar yakin demonstrasi di Mesir itu adalah jihad dan jika mati, matinya syahid, maka berebut-rebutlah ke sana. Usah ganggu tanah air kita yang aman dan makmur ini. [Baca sini]. Itulah komen ikhlas daripada Kamariah Youp yang bimbang dengan tindak tanduk pembangkang Malaysia yang cuba menghidupkan budaya demontrasi di kalangan rakyat Malaysia. Apa yang sedang berlaku di Mesir sepatutnya dijadikan panduan dan pengajaran agar kejadian seumpama itu tidak berlaku di Malaysia. Kita sepatutnya bersyukur kerana Malaysia dengan rakyat yang pelbagai kaum dan agama dapat hidup aman dan damai. Sebaliknya dalam situasi kerajaan Malaysia membantu menyelamatkan ribuan rakyat Malaysia di Mesir, puak-puak pembangkang pula mulai menabur fitnah dan menyebarkan berita-berita palsu yang tidak menguntungkan sesiapa, kata Dato Jamil Khir. Apakah usaha pemimpin Pakatan Rakyat ketika rakyat Malaysia hadapi masalah banjir di Johor, Pahang dan Melaka? Kemana kelibat mereka ketika rakyat memerlukan bantuan mereka, yang memberi undi kepada mereka? Apakah pemimpin Pakatan Rakyat turut sama-sama kerjaaan Malaysia memberi bantuan kepada anak-anak mereka di Mesir yang kebanyakannya pro PAS? Apakah dengan demontrasi haram Pakatan Rakyat di hadapan Kedutaan Amerika kelmarin dapat menyelesaikan masalah itu? Sudah terang lagi bersuluh sebenarnya pimpinan Pakatan Rakyat mengutamakan survival politik kepartian daripada memikirkan ribuan mangsa banjir dan pelajar-pelajar kita di Mesir yang perlu diselamatkan. Pimpinan Pakatan Rakyat sekadar mampu mendesak dan mengkritik kerajaan Malaysia. Mereka mahu rakyat bangun melahirkan perasaan marah kepada kerajaan Malaysia kerana gagal membawa balik dengan segera rakyat Malaysia di Mesir. Mereka tidak mahu dengar rakyat Malaysia bukan sedikit tetapi berpuluh-puluh ribu di Mesir, mereka tak mahu tahu berapa buah kapal udara yang diperlukan, mereka tak mahu ambil tahu situasi genting di Mesir dan perintah 'curfew' di Mesir dan mereka tidak peduli apa perancangan kerajaan Malaysia untuk memindahkan rakyat Malaysia. Bagi mereka kegagalan kerajaan Malaysia tangani perpindahan rakyat Malaysia suatu bonus politik yang amat berharga buat mereka ketika ini. Mereka mahu pelajar-pelajar Malaysia yang berjaya balik ke tanah air membawa pulang dengan perasaan marah dan kecaman kepada kerajaan Malaysia. Jika ini berlaku, Pakatan Rakyat berjaya. Inilah peluang Pakatan Rakyat menunggu dan lihat bagaimana usaha kerajaan Malaysia menangani ribuan pelajar dan rakyat Malaysia keluar daripada Mesir ke Jeddah dan seterusnya balik ke Malaysia. Walau bagaimana pun, syukur alhamdulillah setakat ini operasi perpindahan rakyat Malaysia ke Jeddah sedang berjalan lancar walaupun terpaksa hadapi tempoh perintah berkurung dan hak pendaratan kapal udara TUDM di Jeddah baru selesai. Kebanyakan masjid-masjid dan surau seluruh negara telah mengadakan bacaan Yaasin dan solat hajat agar rakyat Malaysia di Mesir dalam keadaan selamat dan proses membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir berjalan lancar. Itulah yang sepatutnya tapi bukannya demontrasi dan kecaman serta sebaran berita palsu kepada rakyat? Apakah dengan mengadakan demontrasi Pakatan Rakyat itu boleh menyelesaikan masalah rakyat Malaysia di Mesir? Sebenarnya demontrasi itu hanyalah kesempatan semangat rakyat Mesir mahu diambil peluang oleh pimpinan Pakatan Rakyat ke atas rakyat Malaysia (cuma segelintir) yang rela diperkudakan. Demontrasi iPakatan Rakyat itu sebenarnya mempunyai maksud tersendiri, ada yang tersurat dan tersirat. Majoriti rakyat Malaysia pada hari ini sudah pun  tahu yang tersirat! Tunggulah PRK13 akan datang, pisang tak akan berbuah dua kali.

6 comments:

  1. Sepatutnye demonstrasi tu dibuat kat negeri Kelantan... Bertahun-tahun memerintah tapi negeri masih mundur.
    Menteri besar memerintah dah berpuluh tahun tapi tiada kemajuan, masjid pun tak boleh nak buat...
    Rakyat negeri terpaksa keluar untuk cari nafkah kat tempat lain pasal kerajaan negeri tak mampu laksana tanggungjawab.... asyik nak ceramah aje dan salahkan orang lain untuk tutup kelemahan sendiri.... malulah asyik jual nama Islam aje.
    Betulkan negeri sendiri dulu sebelum sibuk dengan negara orang..

    ReplyDelete
  2. Situasi kat Mesir tu rasanya sama aje macam negeri Kelantan.... Pemerintah dah terlalu lama tapi negeri masih ramai rakyat yang mundur dan miskin...
    Rakyat Kelantan tak perasan ke?

    ReplyDelete
  3. Setuju sangat dgn anon 11.57 diats ni..

    Sepatutnya, situasi di mesir ti dibawa ke kelantan. Apa kata , yang gatal nak berdemonstrasi tu, pergi ke Kelantan untuk tukat pemerintahan PAS yg 20 tahun, tapi satu habuk pun tak ada. Yg bawak kemajuan pun, kerajaan pusat...

    ReplyDelete
  4. Setuju.....
    Nak berdemonstrasi sangat, pergi Kelantan... apa kata kita cuba tukar pulak kerajaan negeri... boleh test kuasa rakyat.

    ReplyDelete
  5. Setuju setuju....kenapa di KL pulak. Eloklah lebih 20 tahun Nik Ajis memerintah tak mau turun2 lagi. Dulu Nik Ajis kata kat Mahadir "Mahadir nak tongkat langit". Nahhh sekarang sapo yg nak tongkat langit, bukan Pok Nik?

    ReplyDelete
  6. Kuasa rakyat Kelantan.... tunjukkanlah, bila lagi...

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.