"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, February 6, 2011

GOTONG ROYONG ANJURAN JABATAN KESIHATAN ADA UNSUR POLITIK

Bukan kita iri hati malahan berterima kasih banyak kerana Jabatan Kesihatan Daerah Barat Daya dapat mengadakan gotong royong di kawasan Flat Taman Sahabat dan Kg. Suluk. Semangat gotong royong perlu disuburkan di kalangan penduduk agar usaha menangani kes-kes demam denggi dapat ditangani secara yang lebih berkesan.
Tapi ada kemusykilan pihak penduduk tempatan di kawasan ini:

1. Mengapa tidak semua penduduk di kawasan itu dimaklumkan tentang program gotong royong tersebut. Hebahan mungkin ada tapi terhad kepada penduduk di Flat Taman Sahabat.
2. Yang datang bergotong royong kami tak kenal sesiapa pun. Salam tidak tiba-tiba datang membersih di sekeliling rumah kami penduduk kampung. Ada pula kanak-kanak yang cuma umur 7-9 tahun ikut serta. Malu kami seluruh penduduk kampung dibuatnya.Ibarat baling penyapu ke muka kami.
3. Jabatan Kesihatan Daerah Barat Daya itu di bawah kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan? Tapi yang datang bergotong royong pada pagi ini dari Unit Amal PAS sebab baju uniform yang dipakai tertera 'Unit Amal'. Semuanya memakai baju Unit Amal. Kenapa tidak daripada unit yang tidak mewakili parti seperti  JKKK atau Unit COMBI seperti yang pernah  diadakan sebelum ini. 
4. Pemeriksaan kesihatan percuma juga diadakan di sebuah khemah berhampiran flat Taman Sahabat. Semua penduduk yang berminat dengan pemeriksaan percuma diminta datang dan jangan lupa bawa kad pengenalan untuk tujuan pemeriksaan itu.
5. Program gotong royong yang diadakan itu merupakan program serampang dua mata. Parti PAS mengambil kesempatan menggunakan agensi kerajaan pusat untuk kepentingan parti pembangkang. Terbukti ada Unit Amal dan yang ada bersama ialah Cikgu Hasnah, Penyelaras DUN Bayan Lepas/bekas calon PAS dalam PRU yang lalu.
Walau bagaimanapun kami penduduk kampung hairan dan tertanya-tanya, ke mana perginya orang kuat PAS/PR dalam kampung kami ketika ini. Sepatutnya mereka ini berada bersama dalam program ini dan lebih manis jika ada orang kampung sendiri yang mengetuai program ini. Apakah orang kuat kampung ini pula diarah keluar bergotong royong di kampung lain? Mungkin..mungkin di kampung sendiri malu sebab selama ini pun tak pernah bergotong-royong. Oleh itu Unit Amal dari pelbagai ceruk dikerahkan datang hanya untuk bergotong royong membersihkan kampung. Tapi jangan lupa anggota Unit Amal perlu pastikan kampung/halaman rumah sendiri dibersihkan dulu sebelum membuat kerja amal di tempat/kampung orang lain. Dan sebaik-baiknya biarlah kerja amal itu dilakukan dengan kerana Allah Ta'ala tapi bukan kerana parti PAS. Jika ikhlas kerana Allah, tak keberatanlah jika sebulan sekali atau sebulan dua kali datang membersihkan lagi kawasan-kawasan rumah di kampung-kampung dan taman perumahan yang ada di kawasan Daerah Barat Daya.

4 comments:

  1. Notis yang di keluarkan adalah gotong royong kat Blok C Flat Taman Sahabat sahaja bukan Taman Sahabat dan Kampung SUluk. Mereka masuk Kampung SUluk untuk promosi Unit Amal Saja.

    ReplyDelete
  2. Betulka? Ini kerja politik atau kerja sosial. Sambil menyelam minum air...orang kampung awak tu bodoh kut.

    ReplyDelete
  3. sekurang2 nya pihak berkenaan nk jugak membersihkan kawasan yg pnuh smph srp ekoran dr sikap manusia itu sendiri....utk pengetahuan, mungkin pihak kesihatan menerima undangan utk berbuat demikian dan jika ia berkepentingan utk masyarakat maka wajar lah pihak kesihatan terlibat sama...pemeriksaan kesihatan secara percuma membolehkan rakyat brkesempatan utk memeriksa kesihatan mereka...x kira la parti mana pon...parti a ka parti b ka...jika program mereka berorientasikan rakyat dan untuk kepentingan kesihatan mereka maka ksihatan akan turun...nyata d sini kesihatan x berat sebelah kerana soal kesihatan mesyarakat ialah soal umum....org parti A pon boleh sakit..mcm tu jugak dgn parti B/..kesimpulannya, pihak kesihatan nyata x menyebelahi mana2 pihak dan usaha kesihatan turun pdg wajar d beri pujian kerana mereka berkhidmat utk masyarakat.......bukan untuk parti...take note////

    ReplyDelete
  4. sekurang2 nya pihak berkenaan nk jugak membersihkan kawasan yg pnuh smph srp ekoran dr sikap manusia itu sendiri....utk pengetahuan, mungkin pihak kesihatan menerima undangan utk berbuat demikian dan jika ia berkepentingan utk masyarakat maka wajar lah pihak kesihatan terlibat sama...pemeriksaan kesihatan secara percuma membolehkan rakyat brkesempatan utk memeriksa kesihatan mereka...x kira la parti mana pon...parti a ka parti b ka...jika program mereka berorientasikan rakyat dan untuk kepentingan kesihatan mereka maka ksihatan akan turun...nyata d sini kesihatan x berat sebelah kerana soal kesihatan mesyarakat ialah soal umum....org parti A pon boleh sakit..mcm tu jugak dgn parti B/..kesimpulannya, pihak kesihatan nyata x menyebelahi mana2 pihak dan usaha kesihatan turun pdg wajar d beri pujian kerana mereka berkhidmat utk masyarakat.......bukan untuk parti...take note////

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.