"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, March 20, 2011

CERITA BENAR: PEGAWAI KANAN KERAJAAN, ANWAR DAN KARPAL SINGH

Semalam aku berkesempatan makan bersama dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan persekutuan. Aku cuma memasang telinga, mendengar hujah masing-masing mengenai isu politik semasa. Mereka bercakap pasal KM Sarawak Taib Mahmud yang masih tidak mahu mengundur diri dalam politik. Mereka mempertikaikan kenapa Taib Mahmud tidak umumkan penarikan dirinya dalam pilihanraya kali ini. Dia merupakan KM yang paling lama dalam sejarah. Ada pula di kalangan mereka berpendapat, Taib Mahmud memang mahu mengundur diri tapi Najib pula tak mahu. Seorang lagi pula mencelah, Taib Mahmud dan Najib cuma bersandiwara. Ini disokong melalui kenyataan mereka berdua Taib Mahmud dan Najib mengenai isu tersebut.
Selepas itu, perbualan mereka beralih kepada isu kes liwat II Anwar Ibrahim. Pandangan mereka terhadap isu ini amat mengejutkan kita. Mereka seolah-olah tidak mengikuti perkembangan kes liwat Anwar. Mereka bersetuju bahawa hakim mahkamah akan mengikut telunjuk pemimpin negara. Mereka yakin Anwar akan bersalah bukan kerana kes liwat itu benar berlaku sebaliknya satu konspirasi politik UMNO/BN untuk menjatuhkan Anwar. NGOs yang mengadakan demontrasi adalah kumpulan-kumpulan yang mendapat upahan daripada kerajaan UMNO dakwaan mereka. Malahan mereka memuji pula Karpal Singh yang memberi amaran kepada Datuk Zaid Ibrahim. Mereka menganggap Karpal Singh adalah pemimpin yang mahu mencari keadilan untuk Anwar. Akhir sekali mereka mempertikaikan mengapa akan ada penyokong-penyokong pembangkang akan keluar parti PKR/PAS terutama semasa kempen pilihanraya kecil seperti di Galas, Tenang dan Merlimau. Mengapa pula tidak ada berita keluar parti selepas pilihanraya kecil tamat?
Begitulah yang sempat kita dengar dari hasil diskusi beberapa pegawai kanan kerajaan di suatu tempat yang dirahsiakan. Dalam perbualan kira-kira 30 minit itu, mereka langsung tidak membincangkan mengapa sebenarnya Taib Mahmud tidak mahu mengundur diri dalam pilihanraya di Sarawak tak lama lagi? Mereka tidak membincangkan mengapa Anwar Ibrahim menolak permintaan "Sumpah Laknat" dan serah sampel DNA secara sukarela jika 'berani kerana benar'? Mereka tidak mengkritik integriti Karpal Singh sebagai peguambela Anwar Ibrahim yang pernah mengakui bahawa Anwar Ibrahim terlibat dengan kes liwat. Mereka tidak mahu memikirkan mengapa berpuluh-puluh pemimpin-pemimpin kanan dan pengasas PKR, ahli parlimen PKR telah meninggalkan Anwar Ibrahim? Mereka ini tidak akan percaya Anwar meliwat Saiful.  Mereka akan meletakkan Karpal Singh sebagai pemimpin yang berani kerana sanggup membela Anwar.
Mengapakah mereka jadi begitu? Walaupun mereka ini pegawai kanan kerajaan dan ketua-ketua jabatan pemikiran mereka tidak terbuka kerana mereka pembaca tetap kepada akhbar harakah, mendengar ceramah-ceramah pembangkang dan bergaul semasa mereka. Haram bagi mereka menonton TV1 dan membaca Utusan Malaysia. Itulah sebabnya mereka tidak bersyukur kepada Allah SWT walaupun menerima gaji dan elaun beribu-ribu ringgit daripada kerajaan persekutuan. Menikmati lain-lain kemudahan sebagai pegawai kanan kerajaan. Mereka akan kata, itu hak mereka dan merupakan tanggungjawab kerajaan pusat terhadap mereka. Mereka tetap akan mengatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat lebih baik daripada kerajaan persekutuan. Apakah Pak Menteri sedar tentang perkara ini? 

19 comments:

  1. Sebenarnya terdapat kepincangan dalam peengambil pegawai kerajaan. Kenapa ramai orang Kelantan dalam perkhidmatan kerajaan? Kerajaan BN sepatutnya mengunakan cara kerajaan Pakatan Rakyat atau mengikut cara kerajaan Singapura dalam mengambil pegawai kerajaan. Meraka ini ibarat duri dalam daging kerajaan BN.

    ReplyDelete
  2. betul sgt SPA juga anggotai oleh ramai sgt sgt org kelantan ramai sgt.susah org lain nak dapat kerja juga...najib tgk sikit benda nie,jgn dok sibuk pilihanraya jer..MARA juga di lihat ramai ada org kelantan yang menjadi pegawai..semangat ke kelantanan dia begitu kuat.kerajaan patut mengambil langkah segera mengelak kebocoran rahsia kerajaan kerana terlalu ramai pengawai kanan terdiri dpd org kelantan.kalau sesuatu department atau apa sekali dia anggotau org kelantan makna satu division tu akan menjadi mcm negeri kelantan

    ReplyDelete
  3. betul tu komen diatas. ada pegawai tinggi kerajaan menghasut rakyat menentang kerajaan. mereka kata kerajaan korup dan sebagainya tetapi yang sebenarnya mereka yang melakukan kekorupan itu tetapi mereka menuduh kerajaan yang korup bagi menutup kekorupan yang mereka lakukan. kami yang bekerja disektor swasta nampak dan tahu apa yang mereka lakukan.

    ReplyDelete
  4. betultu. mereka menentang kerajaan kerana kerajaan cuba menghapuskan kekorupan mereka. olehitu mereka memburukan kerajaan untuk memneruskan kekorupan mereka.

    ReplyDelete
  5. orang2 kelantan mmg perangai mcm tu..abis adik beradik,saudara mara,kawan senegeri akan dipenohkan didalam jabatan mereka..lebih2 lagi kalau dijabatan tu org kelantan..semua puak2 kita lah katakan..mereka menghasut semua rakan sekerja supaya membenci kerajaan...ini mmg benar2 berlaku..tak ada siapa boleh nafikan

    ReplyDelete
  6. BIASALAH...ORG ATASAN NI PUN BANYAK SKENDALNYA..YG BETINANYA..YG RASUAHNYA..BILA KERAJAAN MULA TELUS TANPA MENGIRA KEDUDUKAN, MEREKA TERASA TERANCAM. PASAL TU LAH JADI DURI DALAM DAGING UTK MENUTUP KELEMAHAN DIRI...

    ReplyDelete
  7. Kerajaan Johor juga ada pegawai kanannya pro Al-Sheikh. Bukan dia sahaja tapi isteri beliau yang bekerja satu ofis jadi keraninya.Si suami Bos di ofis kerajaan yang menjaga Kewangan Johor. Sepupu beliau seorang Kadi di Pontian juga pro pembangkang. Isteri si Kadi pun berjawatan tinggi dalam kerajaan Johor pun pro pembangkang. Isteri si Kadi dan isteri pegawai Kewangan Johor bercakap di depan tetamunya di Hari Raya lepas mereka bila ikut rombongan Kerajaan pergi mengagih bantusn pada Orang Asli hanya wayang. Mereka kutuk BN macam BN ada hutang ngan mak bapak dia orang. Pada masa hadapan saya akan video dan bagi pada blogger pro BN untuk berkongsi bersama.

    ReplyDelete
  8. memang benar situasi yang disebutkan diatas. kerajaan harus bertindak sekarang untuk menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak bersyukur ni. mereka adalah tali barut pembangkang untuk menyalurkan segala maklumat kerajaan persekutuan. orang seperti ini hanya layak untuk berpolitik,maka humbanlah mereka untuk berpolitik berjuang dengan Pas,biar dorang rasa

    ReplyDelete
  9. Pegawai kerajaan yang seperti ini adalah serupa dengan perangai anai anai PAS, mesjid atau surau tak tahu di bina tetapi kalau menghasur dan mengambil alih mesjid yang di bina olih kerajaan mereka lah orang yang berlagak alim dan serba tahu, walaupun tindakan mereka itu menghancurkan perpaduan umat Islam namun mereka lebih rela atas sebab hasad dan dengki dengan kejayaan kerajaan yang ada. Perkara seperti ini tidak harus di biarkan sehingga menjadi barah kerana perbuatan mereka maka anak muda yang ada dah naik meluat hendak jadi jemmah mesjid sebab asyik dibuai dengan hasutan dan fitnah tentang kerajaan.

    Rumah Allah bukan nya tempat mencaci, menghasut atau pun memfitnah. Ianya adalah tempat beribadat. Nasihat saya kepada mereka henti hentikan lah perbuatan yang menjijikkan dan bertaubatlah selagi masih ada waktu.

    Renung renungkan lah.

    ReplyDelete
  10. Bloggers pro Umni/BN elok disalurkan maklumat2 peg. kanank kerajaan yg pro pembangkang. Ada di antara mereka berani bercakap secara terbuka tanpa takut dan malu seoleh-oleh dikeliling mereka semua pro pembangkang. Ini berlaku di Kedah dlm satu kursus ketua2 jabatan.

    ReplyDelete
  11. Itulah baiknya kerajaan BN yg mengutamakan rakyat tanpa pilih kasih, bantuan kebajikan, biasiswa dll diberi tanpa kira latar belakang agama, fahaman politik dan sebagainya. Kalau kerajaan PR tengoklah apa yg berlaku di PP dan Sngor. Ada pilih kasih dan kronism lebih dahsyat berlaku. Itukah yang dikatakan kerajaan kebajikan. Boleh belahlah wahai penyokong PR yang buta mata dn hati!!!!!!

    ReplyDelete
  12. SAPA salah bro?? Ni Semua salah ahli2 politikus yg meneraju Kerajaan Pusat,tak gitu?? kadang2 tindak tanduk Pak2 Menteri sampai ke S/U Parlimen yg pelahapkan kontrak2,tender2 Kerajaan yg berjuta2 dan BerBillion2,akan menyebarkan Virus Korupsi kpd Pegawai2 Kerajaan. Daripada tengok saja politikus2 (yg BN-UMNO),sakau kekayaan negara,baik depa tumpang sekaki...!!! Bukan semua,cuma yg tak takut dan Berani2 aje...

    Yg tak dapat,akan rasa sakit ati,dan akan kondem Kerajaan BN-UMNO lah..Begitu lah Cerita nya...

    AMENO ChaCha Marba

    ReplyDelete
  13. BETUL tu ACCM,tengok aje le kes PKZ,politikus2 nya dari MCA. Kes Dato Zack di-Pandamaran Kelang..Buat Istana di-tengah2 kawasan setinggan miskin.Kes Dato Zakaya(Zakiah).Kes Puteri Umno pertama(PUP Azalina,bekas Menteri Kem Belia/Sukan) dan banyak lagi dari UMNO.

    Kes Samy Vellu(byk harta luar negeri di-India,Ausrtalia,UK,USA,Canada..serta penderma Utama TAMIL ELAM,Sri Lanka)..

    Begitu jua APEK Sarawak,TS Taib Mubarak-PBB,banyak harta sana sini,UK,Australia,US etc..

    Itu yg kita tau..yg kita tak tau??? Mahathir,Rafidah,Daim,Isa Samad etc,etc....????

    Mana RAKYAT tak Bengang..!!!Asyik TIPU,TIPU aje!!

    ReplyDelete
  14. apa nak heran ??? statistic menunjukkan penduduk kelantan memang ramai...so apa yang nk dihebohkan...jangan disebabkan politik kita kusut kan pemikiran kita...penjawat awam tidak terlibat dengan politik dan penjawat awam memang berkhidmat untuk kerajaan....kerajaan yang memerintah...pepatah sangat mudah, siapa yang bijak pandai, mereka pasti berdiri dihadapan.

    ReplyDelete
  15. da sume jabatan org pantai timur berkuasa...org yg asal dri kl pun jd despatch swasta je...mohon keje kerajaan xpnah dpt..intvew pun xpnah dpt....kne adil la sume nie jgn la smgt kenegerian kuat...dunia je..akhirat nnt merasa lah wahai kelantanese la kn...wlau dpt kerja bgus blom tentu korg yg pantai timur ni dpt hidup bahagia...

    ReplyDelete
  16. Org Pantai Timur lagi pandai.Apa nak dengki?Kalau belajar malas pas tu nak gaji tinggi buat apa?Tak sedar kemampuan diri.Pas tu dengki org lebih dari pada kita.

    ReplyDelete
  17. Allah maha adil,semakin lama kerajaan pusat tindas org Kelantan, semakin berjaya org Kelantan. Tu la, dengki sesama Islam Allah balas segera.

    ReplyDelete
  18. kalo dah dasar bodoh takyah la dengki kt orang kelate

    ReplyDelete
  19. KATA UMNO MEPERJUANGKAN NASIB ORANG MELAYU...

    ORANG KELATE TU BUKAN MELAYU KE???

    REZEKI ALLAH BAGI...

    BUKAN UMNO BAGI..

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.