"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, March 21, 2011

Video klip seks Anwar: Perlu lebih berhati-hati!

Sama ada benar atau tidak inilah yang aku dok fikir ni. Masalahnya kenapalah video klip itu ditayang kepada pihak media secara yang sangat berhati-hati. Nama Datuk yang bertanggungjawab mendedahkan video klip ini turut dirahsiakan. Jika benar kenapa perlu dirahsiakan? Mungkin Datuk T mempunyai ada sebab-sebab tertentu untuk berbuat demikian.
Aku dah meninjau hampir semua blog-blog yang memuatkan cerita mengejutkan ini. Ada yang mempercayai 200% bahawa lelaki yang beraksi dengan pelacur SPA Cina itu adalah lelaki Y. Aku tak berani tambah lebih daripada itu takut itu merupakan fitnah besar. Tapi ada pihak pula mendakwa video klip itu tak mustahil dibikin oleh puak Pakatan Rakyat sendiri bagi mengalih isu kes Liwat II, Anwar Ibrahim. Ertinya mereka bikin dan setelah disiasat polis kemudian mahkamah mengesahkan video klik itu adalah video klik palsu. Selepas itu rakyat Malaysia akan bangkit memaki dan mencerca UMNO/BN yang dituduh pihak yang mereka-rekakan video klip itu. Sekali gus akan membawa makna kes liwat II Anwar Ibrahim juga suatu yang direka oleh BN/UMNO. Ini semua boleh berlaku demi untuk memastikan hayat Anwar Ibrahim dalam arena politik dapat diteruskan hingga PRU13. Kes liwat II sudah sampai ke penghujungnya. Bahan bukti sampel DNA lelaki Y telah berjaya ditolak oleh Karpal Singh. Cuma mahkamah akan menentukan keputusan sam ada meminta atau tidak Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNAnya pada hari esok. Hanya Anwar sahaja yang tahu, jika benar ia melakukannya (meliwat Saiful) ertinya terpadamlah masa depan politiknya.
Apa pun kita merayulah Datuk T tidak menyembunyikan diri. Jika video klip itu benar maka tampilkan diri Datuk, "berani kerana benar, takut kerana salah". Jangan jadi seperti Anwar Ibrahim. Jika video klip ini tidak bertuan, pelbagai andaian rakyat akan berlaku. Sudah pasti puak-puak pembangkang akan membuat dakwaan bahawa video klip itu adalah usaha jahat dan amat keji dari puak BN/UMNO yang mahu menjatuhkan karier politik Anwar [baca sini]. Sekarang pun di kalangan mereka, di restauran mendakwa itu semua kerja pemimpin-pemimpin BN/UMNO. Rakyat akan membenci BN/UMNO kerana sanggup memfitnah pemimpin Melayu/Islam hingga ke tahap paling keji dalam sejarah politik tempatan.
Kita akan tunggu esok mungkin Karpal Singh akan berjaya mengalihkan kes liwat II Anwar kepada isu baru video klip supaya usaha mendapatkan sampel DNA oleh mahkamah ditangguhkan? Kita belum pasti semua kemungkinan boleh berlaku, kita tunggu dan lihat apakah yang akan berlaku seterusnya.

9 comments:

  1. AMENO Cha Cha MarbaMarch 21, 2011 at 11:17 PM

    *1)tak berani tambah lebih daripada itu takut itu merupakan fitnah besar

    *2)itu semua kerja pemimpin-pemimpin BN/UMNO. Rakyat akan membenci BN/UMNO kerana sanggup memfitnah pemimpin Melayu/Islam hingga ke tahap paling keji dalam sejarah politik tempatan...

    *3)Sudah pasti puak-puak PAKATAN akan membuat dakwaan bahawa video klip itu adalah usaha jahat dan amat keji dari puak BN/UMNO yang mahu menjatuhkan karier politik Anwar..

    STATEMENT2 anda saperti di-atas,adalah TELAHAN yang mungkin berlaku,sedang berlaku dan SUDAH pun berlaku.PAKATAN sebagai underdog skrg,akan mendapat SIMPATI RAKYAT dan dengan ASAKAN yang bertalu2,yg kadang2 tak masuk akal,BOLEH BACKFIRE kpd BN-UMNO,yang seakan2 Desperado BerBenor untuk memenagi PRU 13 at all cost.!! (saperti kata Mr.Magoo si-Najib)

    ReplyDelete
  2. Ya sokong pndngan sdr di atas. Apa pun boleh berlaku dalm politik cacamerba hari ini di Msia.

    ReplyDelete
  3. Budaya surat layang, videotape, rasuah, zina, judi semua itu budaya SIAPA? Itulah budaya yang telah dicerna pada setiap rakyat negara ini selama lebih 50 tahun tanpa penghujung. Lakukan sesuatu sebelum kita semua mengadap ILLAHI.

    ReplyDelete
  4. Makno ea Nuarlah merekacipta sumo tu, lopeh tu dio tuduh oghang lain buek. Dio kono nayolah konon ea.. bulih jadi. ese pun topikir yo yg ini mungkin konspirasi nuar utk mendapekan simpati rakyat.

    Tapi kok dio konspirasi macam manopun akhirnya akan tobongkar yo sok.. jgnghisau bona jang..

    ReplyDelete
  5. Ni Semuo Salah UMNO lah eh jang...!!! Dah 50 tahun lobih buet kejo gini...Tak tobat2 jugok..!!

    Eshk,eshk eshk.....

    ReplyDelete
  6. lepas asar
    lepas magrib
    lepas isyak.....

    di surau2...masjid2....

    9/10 jemaah akan mengatakan 'INILAH FITNAH 3 TERBARU UMNO "....

    kebencian terhadap umno semakin memuncak.....

    lesian umno...kihkihkih.

    ReplyDelete
  7. Kerjo fitnah bukan budaya umno wahai Dr.ztm. Kekalahan BN/Umno dlm PRU12 yg lalu disebabkan budaya fitnah yg menguasai rakyat ketika itu hingga bn/umno tak mampu melawan fitnah yg disebarkan oleh penceramah2 upahan PAS/PKR/DAP.

    ReplyDelete
  8. yela..napa bila tmbul isu anwar atau pmbgkang asyik nk salah BN/UMNO je..napa xsalah kn diri sndiri dlu..cntoh nya klu kalah pilihan raya mst ckp ada pngundi hntu la,ada rasuah la..persoalan nya di mana bukti nya?cba la renung kesalahan diri sndiri dlu..baru cari kesalahan org lain..kan agama ada ajar cam 2?ish3..

    ReplyDelete
  9. Apalah korang ni. Kalau nak code pun code ayat sampai habis jangan sekerat aje. Itu lagi teruk dari memfitnah. PKR fikir la sendir. budaya fitnah datangnya dari PKR. Kerana kerakusan mereka untuk merampas tahta politik dari UMNO. Hidup UMNO 3x. Orang dah meluat dah dengan PKR ni macam gambaq SI WAJI THE BOSS.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.