"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, April 20, 2011

Aku tetap sokong UMNO walaupun pemimpinnya pandang sebelah mata!

Aku bukan tak pernah minta daripada pemimpin UMNO. Setakat ini pemimpin UMNO di tempat aku termasuk Ketua Bahagian pernah memberi sumbangan RM10k untuk suatu program sukan peringkat kebangsaan. ADUN kawasan pun juga tidak kedekut sudah beberapa kali menghulurkan peruntukan sama ada peruntukan kerajaan mahu pun peruntukan peribadi. Aku dah naik malu nak minta kepada pemimpin-pemimpin UMNO di tempat aku.
Pada tahun ini aku diamanahkan untuk menjadi Pengerusi Penaja suatu program peringkat negeri. Aku pun menghubungi Pegawai Khas Dato' Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Telefon punya telefon dapatlah bercakap dan diberitahu aku supaya tidak datang ke pejabatnya sekarang kerana pusat khidmatnya untuk penduduk di bahagian itu sahaja. Untuk orang lain eloklah ke Pejabat UMNO Negeri. Aku pun berpatah baliklah dengan hati yang sedikit kecewa. Selepas bayar Tol aku berpusing patah balik ke Pulau. Atas jambatan pula ada kemalangan berlakulah kesesakan berjalanlah kereta aku perlahan-lahan dan kadang-kadang berhenti. Lebih banyak berhenti daripada berjalan. Aku menggelisah dalam kereta aku fikir macam2. Apa pula jawapan yang akan aku terima daripada pegawai di pejabat UMNO Negeri?
Kira-kira jam 4.00 ptg dapat jumpa juga dengan pegawai di pejabat UMNO itu. Aku serahkan surat mohon sedikit peruntukan cuma RM3k sahaja. Bukan RM13k ataupun RM30k. Satu program peringkat negeri jika RM3k tidaklah begitu besar. Oleh kerana jumlah peruntukan tidak begitu besar, aku menaruh harapan yang tinggi akan dapat peruntukan yang diminta. Kira-kira seminggu kemudian, aku difahamkan surat itu masih di atas meja. Seminggu kemudian aku telefon pegawai berkenaan dia jawab belum jumpa lagi dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Selepas seminggu kemudian program dimaksudkan itu pun berlangsung tanpa sebarang jawapan daripada pihak UMNO Negeri. Malu aku nak bercakap kepada AJK Program peringkat negeri bahawa UMNO tak ada duit. Sebaliknya aku tahulah sangat, bukan tak ada duit. Dato' Pengerusi pun dari cakap-cakap orang UMNO sendiri adalah orang korporat. Tapi mungkin aku bukan Ketua Bahagian atau bukan Ketua Cawangan. Jika aku Pengerusi Mubarak, Perkasa, Belia 4B, MAYC atau Pewaris mungkin akan dilayan dengan baik. Mungkin pula ditanya kenapa minta sikit sangat?
Tak apalah semua itu telah berlaku. Aku tetap bekerja untuk UMNO. Bukan UMNO buat semuanya betul. Yang tak betul kita kena tegur. UMNO bukan milik orang tertentu. UMNO milik ahli-ahli UMNO. Kita kena jaga dan pelihara UMNO dengan baik. Bagaimana nak jaga UMNO? Terpulanglah dengan cara dan kemampuan masing-masing. Kita harap pemimpin UMNO jangan lupa bahawa peranan ahli UMNO yang biasa seperti kami ada juga impaknya. Jangan kerana dia Dato' atau Ketua Bahagian atau Yang Berhormat, Pengerusi NGO-NGO tertentu baru kita nak layan. Orang macam kami di pandang sebelah mata sedangkan orang seperti kami sudah berpuluh tahun berjasa kepada UMNO tanpa goyah. Tanpa ada kepentingan peribadi bekerja menghambakan diri kepada UMNO setiap kali pilihanraya umum. Pemimpin UMNO hari ini yang baru usahlah terlalu bergaya dan mudah lupa. Rakyat sedang memerhatikan anda semua. Kesilapan pemimpin UMNO yang lalu jangan diulangi lagi. Perjuangan UMNO/BN yang di bawah kepimpinan DS Najib Tun Abdul Razak sedang berada pada landasan yang cukup baik. Aku tetap sokong UMNO walaupun pemimpin UMNO pandang sebelah mata!

4 comments:

  1. Sdr ahli umno yg bodoh. pemimpin umno macam itu pun sdr masih hormat lagi.

    ReplyDelete
  2. lu ckp pasal negeri..pasal bahagian dia pun banyak bolos jugak..pegawai dia kontrol habis..kalo puak dia mintak apa pun cpt kalau protes sikit kena gam ..silap-silap lu balek air lior saja..hahahaha cakap saja tp buat lain

    ReplyDelete
  3. bagus tu bro ini lah dinamakan perjuangan Agama dan bangsa.kisah aku lg sedih wapaupun aku ni hanye pekerja kilang yg tidak di pandang oleh UMNO tapi aku akan terus berjuang untuk UMNO sebab hanye UMNO saja yg perjuangkan nasib2 org2 islam dan melayu.......

    ReplyDelete
  4. salam,pada prjuang umno yg setia walaupun di permainkan oleh ketua2 pemimpin yg jaga perut masing2.pasai peruntukkan yg tuan minta memanglah susah dioarang nak sbb tuan ni sapa apa yg tuan boleh lakukankan jika meraka2ni tersepuk dibawah Adakah tuan boleh membantu mereka2 ni?Kalau tuan tlg mereka2 ni akan ucapkan terima kasih kemudian lantak leeee.....tuan nak tergolek ke..nak terterap ke dioarang xpeduli punya.umpama anjing tersepit katakan.okle apa2 pun saya pnyokong umno yg setia tapi kalau begini jadi boleh jadi tawar hati juga ooooo

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.