"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, April 27, 2011

Janjilah apa pun untuk orang Cina, mereka tetap menyokong DAP, kenapa?

Orang Cina sangat pintar dalam politik. Mereka bukan majoriti di bumi Malaysia. Tapi mereka boleh menguasai politik di negeri-negeri tertentu. Tidak hairan jika orang Cina mungkin suatu masa nanti akan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Ini boleh berlaku kerana Cina bersatu walaupun mereka ada yang menjadi ahli MCA, Gerakan mahu pun DAP. Orang Cina mudah untuk bersatu dan akan bersatu padu untuk membuat sesuatu perubahan. Pengundi-pengundi Cina boleh menolak dan menerima seorang calon. Mereka tidak peduli calon itu orang tempatan atau orang luar, calon itu dari BN atau DAP. 
Orang Cina tidak peduli baik budi sesebuah kerajaan tapi bagi mereka calon yang baik ialah calon kepada parti yang dapat membela nasib bangsa mereka. DAP sebenarnya lebih racist daripada UMNO. DAP tidak pernah berkempen untuk membela nasib orang Melayu di bandar mahupun di kampung-kampung. Sebaliknya pemimpin DAP lebih faham bahawa pengundi Cina lebih selesa jika DAP secara berterus terang memperjuangkan untuk orang Cina. Itu sebabnya calon DAP menang di Pulau Pinang dalam PRU12 walaupun Guan Eng bukan rakyat tempatan. Beberapa Pilihanraya Kecil yang lalu jelas menunjukkan bahawa majoriti pengundi Cina memberi undi kepada calon DAP walaupun mereka tahun calon DAP jika menang sekadar memanaskan kerusi pembangkang sahaja. Akhbar-akhbar Cina yang menerbitkan kenyataan perkauman manakala pemimpin DAP berceramah dengan meniup semangat perkauman di kalangan kaum Cina di bandar-bandar tapi tidak pernah pun pemimpin PAS bangkit untuk menegur. Jika berlaku di Utusan Malaysia, bukan kerajaan DAP di Pulau Pinang sahaja yang mengharamkannya, malahan pemimpin PAS turut bersetuju dengan MCA bahawa akhbar Utusan Malaysia diboikot. Begitulah tekanan dan asakan yang dikenakan kepada orang-orang Melayu dan juga akhbar berbahasa Melayu. Apakah Melayu akan terus begini dan sampai bilakah orang Melayu mampu bertahan?
Kata orang, sebusuk-busuk UMNO pun, masih lebih baik daripada PAS dan parti-parti lain dari segi perjuangan membela nasib bangsa Melayu dan agama Islam. Sebaik mana pun PAS kata orang, PAS tak mampu membela nasib bangsa Melayu dan agama Islam kerana perjuangan PAS sudah tersasar jauh malahan menjadi kuda tonggangan kepada DAP dan PKR. Orang Melayu hanya ada satu pilihan yang terbaik iaitu terus menyokong UMNO untuk survival politik masa depan orang Melayu di tanah air sendiri. Jika tidak orang Melayu akan menerima nasib yang sama dengan rakan-rakan kita di Singapura. Lihatlah sendiri apa yang sedang berlaku dengan nasib orang Melayu di Pulau Pinang? Tepuk dada tanya minda.

2 comments:

  1. melayu mudah lupa diri dimana asal nya.
    melayu menbuka jalan kapada cina menghina bangsa nya sendiri.
    DAP yang benar-benar hendak ke Putra Jaya.
    Bukannya barua anuar ibrahim.
    Kit Siang teringin benar police escort dan keluar selalu dlm prime news TV3

    ReplyDelete
  2. dah ler buat pent berckap jer... bukan pemimpin melayu tak tau, tapi memang jenis bebal tak sudah. orang umno kalu bab bersorak menggigil semngat dalam dewan boleh laaaaaa...."UMNO TERUS MAJU UNTUK RAKYAT MALAYSIAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA"

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.