Harakah Daily 26/4/2011 memaparkan berita besar "DAP akan tolak jemputan UMNO sertai BN".
DAP akan menolak jemputan Umno untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) jika benar akan ada pelawaan seumpama itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
"Sehingga kini kita tidak tahu apa-apa lagi tentang hal ini sehinggalah kita diberitahu hari ini, namun kalau adapun kita akan kekal bersama Pakatan Rakyat," kata Guan Eng ketika ditemui sejurus selepas sidang medianya di Ibu Pejabat DAP hari ini.
Pagi tadi, Harakahdaily menyiarkan laporan kononnya Umno sedang berusaha untuk mendekati DAP untuk dipelawa menyertai BN.
Menurut sumber itu, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.

Komen:
Itulah kerisauan PAS sebenarnya. PAS takut UMNO akan menerima DAP. Kata pepatah Melayu "Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong". UMNO bukan parti lemah hingga terpaksa menggadaikan maruah parti untuk bersama DAP. UMNO bukan parti PAS yang sanggup bersekongkol dengan DAP, parti mewarisi perjuangan komunis sealiran dengan semangat perjuangan PAP di Singapura. UMNO tidak akan tunduk kepada tekanan parti-parti komponen seperti MCA. Parti-parti komponen yang diibaratkan umpama "musuh dalam selimut" atau "api dalam sekam" eloklah isytihar keluar tinggalkan BN serta merta. BN tidak suka kepada parti-parti yang suka tikam dari belakang.
Oleh itu PAS jangan takut atau sengaja 'test' kawan-kawan pakatan seperti DAP. Ingatlah UMNO sama sekali tidak menggadaikan maruah seperti PAS. Sanggup menggadaikan perjuangan Islam kerana menjaga hati kawan DAP. UMNO tetap berjuang hingga ke titisan darah terakhir andaikata UMNO bersendirian dalam BN sekalipun. Pemimpin PAS bertanggungjawab berlakunya perpecahan di kalangan orang2 Melayu/Islam di Malaysia sejak berpuluh tahun dahulu. UMNO menyeru ke arah perpaduan Ummah manakala PAS pula menyeru ke arah perpecahan dan permusuhan di antara umat Islam. Orang UMNO dikafirkan. Orang yang menjadi ahli PAS masuk syurga. Sembelihan orang UMNO haram! Pasangan yang dinikahkan oleh jurunikah UMNO tidak sah! Maka jadilah dua imam dalam sebuah masjid. Pemimpin PAS merupakan individu yang bertanggungjawab berlakunya kafir-mengkafir sehingga perpecahan di kalangan umat Islam hingga sekarang masih berlaku.
Peh kalau betul la UMNO mempelawa DAP menyertai UMNO baik aku undi calon BEBAS dari BN yang dianggotai DAP.Marah pun dengan MCA halau je Chua PORN tu dari BN.
ReplyDelete