"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, April 30, 2011

UMNO JAHAT! KASIHAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM.

Aku kasihan melihat DSAI sentiasa diekori dan dikelilingi wartawan. Soalan-soalan yang dikemukakan wartawan amat perit untuk dijawab. Sebelum ini apa saja yang berlaku ke atas dirinya, DSAI akan lantas memberitahu wartawan, "Inilah konspirasi jahat kerajaan UMNO". Kes liwat 1, kes liwat 2 dan video seks juga dikatakan suatu konspirasi politik yang amat jahat oleh UMNO. Dan ada pihak pula menyalahkan Datuk Trio kerana mendedahkan video itu kerana tindakan Datuk Trio itu telah mengaibkan individu tertentu iaitu Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim. Kenapa yang si pencuri tak bersalah sebaliknya pihak yang mendedahkan si pencuri pula dipersalahkan? Mengikut kebanyakan pembangkang mengatakan sipencuri itu telah diaibkan kerana dia bukan si pencuri. Apakah benar si pencuri itu tidak mencuri? Dan adakah individu yang mencuri itu merupakan hasil usaha jahat pihak tertentu (konspirasi)  hingga menyebabkan dia tertuduh sebagai pencuri?
Jika kes liwat 1 DSAI dibebaskan oleh mahkamah kerana terdapat kesilapan teknikal tetapi laporan hakim menyatakan bahawa kes liwat tetap berlaku. DSAI merengkuk dalam penjara dan menghidapi sakit tulang belakang yang serius. Video youtube telah mendedahkan kepada umum, bahawa sakit tulang belakang yang didakwa Anwar merupakan suatu lakonan Anwar. Selepas PR menang besar dalam PRU12 bulan Februari 2008, Anwar sekali lagi tanpa segan dan malu, sekali lagi mendakwa bahawa pada 16 September 2008, Pakatan Rakyat akan menduduki Putrajaya. Beliau mendakwa usaha mengambil alih Putrajaya itu telah mendapat sokongan Yang DiPertuan Agung dan Angkatan Tentera. Berpuluh-puluh MP dari BN akan melompat parti bersama Pakatan Rakyat. Sebaliknya apa yang berlaku? Sebaliknya ramai MP dan pemimpin-pemimpin PKR dan DAP meninggalkan parti dan ada yang menyertai UMNO/BN. 
DSAI terus berjuang untuk menjadi Perdana Menteri. Apa yang berlaku terhadap dirinya merupakan konspirasi UMNO/BN. Pemimpin-pemimpin utama PKR/PR yang mengisytihar diri keluar parti didakwa dibeli oleh UMNO/BN. Yang tinggal cuma Azmin Ali, Tan Chua dan isterinya Wan Azizah yang masih setia bersama dengan PKR. Adakah nama-nama besar pemimpin PKR berikut yang mengambil keputusan meninggalkan PKR itu telah menerima imbuhan dari UMNO/BN? Mustahil! kerana di kalangan mereka ini ada maruah dan integriti.
PEMIMPIN UTAMA PKR
1. Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar,
2. Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor,
3. Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
4. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Zainur Zakaria
5. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk S. Nallakarupan.
6. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
7. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
8. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
9. Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan iaitu Lokman Noor Adam
10. Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip
11. Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha.
12. Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
13. Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
14. Setiausaha PKR bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
15. Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
16. Bekas naib presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
17. Naib Presiden, Jeffrey Kitingan,
18. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Christina Liew
19. Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
20. Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
21. Bekas calon PKR teluk kemang/ antara pengasas PKR Abdul Manap Shahardin
22. Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat
23. Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak Soraya Sulaiman
24. Timbalan Ketua PKR Bagan Serai Roshanita Mohd Basir Kerusi Parlimen 
1. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
2. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
3. Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Shamsuri
4. Ahli Parlimen Kulim Baru Zulkifli Nordin
Kerusi DUN 
1. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
2. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
3. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
4. Adun Lunas, Md Radzi Salleh
5. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
6. ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam

Setakat hari ini belum kita dengar pemimpin UMNO menyertai PKR. Walaupun UMNO dicemuh dan dicaci oleh pembangkang tapi rata-rata rakyat berbangsa Melayu beragama Islam masih yakin dengan UMNO untuk mempertahankan dan membela nasib bangsa Melayu/bumiputera dan agama Islam. Ini dapat dibuktikan melalui beberapa keputusan pilihanraya kecil di Semenanjung, Sabah dan pilihanraya baru-baru ini di Sarawak. Apakah Anwar dan PKR masih betul?
Kelmarin kira-kira jam 4.20 petang Datuk Eskay telah melaksanakan sumpah laknat di masjid. Beliau mengakui bahawa beliau bersama dengan Anwar dalam video seks itu. Dan beliau mengakui bahawa pelaku seks itu ialah Anwar. Kenapa Anwar perlu melenting bila ditanya oleh wartawan pasal jam omega, pasal nama beliau disebut dalam video itu? Jika beliau dipihak yang benar lakukanlah sumpah laknat atau mubahalah supaya isu video seks itu dapat ditamatkan dengan segera. Tidak perlu menepis dan membuat soalan balas dengan wartawan hingga wartawan diperbodohkan dengan soalan "Awak orang islam atau tidak?".  Kasihan si Anwar sebenarnya. Beliau sudah terdesak. Tapi sebagai ahli politik beliau tidak boleh melakukan tindakan yang boleh memadamkan kerjaya politiknya. Beliau akan mempertahankan bahawa video seks itu merupakan suatu konspirasi politik UMNO/BN seolah-olah UMNO/BN sangat takut kepadanya ekoran kebangkitan Pakatan Rakyat selepas PRU12 yang lalu. Rasionalnya, UMNO semakin kuat dan BN mulai mendapat keyakinan rakyat. Buktinya beberapa pilihanraya kecil yang lalu, calon BN menang. Berapa ribu penyokong-penyokong Anwar mengiringi dan menunggunya di mahkamah? Dulu ya kerana dulu rakyat belum kenali siapa Anwar. Tapi sekarang tidak sampai 20 orang itu pun pemimpin-pemimpin utama, MP dan pasukan peguam Anwar dan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang terpaksa memberi sokongan kerana kepentingan politik.
Walaubagaimana pun masih ada lagi pemimpin dan penyokong PKR yang taksub. Apa yang dipaparkan mereka kata itu bukan rupa Anwar, Sumpah laknat itu tidak menurut syariat Islam. Anwar adalah pemimpin ABIM yang berpegang kuat dengan ajaran Islam. Semua yang berlaku ke atas Anwar itu merupakan konspirasi jahat UMNO. Hakikatnya, salahlaku Anwar semakin hari semakin terdedah. Dapatkah rakyat boleh menerima Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia yang terlalu banyak konflik diri sejak beliau dipecatkan oleh Tun Mahathir. Negara Malaysia dikira lebih aman dan maju jika Anwar mengundur diri dengan baik sejak beliau didakwa terlibat dengan kes liwat 1 dulu. Apakah Anwar mungkin mahu dia ditangkap dan dipenjara untuk sekali lagi bagi mendapat simpati rakyat ke atasnya? Tunggu dan lihat.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.